Search This Blog

HOME

Wednesday, April 2, 2014

Teknik terkini supaya tidak terlelap semasa mengulangkaji pelajaran.

Ngantuk bebenor............

Terlelap sewaktu mengulangkaji pelajaran bukanlah sesuatu yang pelik di kalangan para pelajar.

Pelbagai cara dilakukan bagi mengelakkan perkara ini terjadi termasuklah minum kopi, mencuci muka dan memasang lagu sekuat-kuatnya.

Namun, mungkinkah cara menyangkut dan mengikat rambut yang dilakukan oleh pelajar di China ini boleh dijadikan ikutan?

Teknik yang dipopularkan oleh dua pelajar di sebuah universiti di wilayah Fujian iaitu Chen Tang, 20, dan Huang Lu, 21, semakin menjadi trend di kalangan pelajar lain.


Alat yang digunakan termasuklah kain dan penyepit pakaian yang digantung tinggi.

Sekiranya terlelap, mereka akan tersedar semula kerana kesakitan akibat tarikan pada rambut yang telah disepit.



Kepada sesiapa yang nak mencuba anda hanya perlu mengikat rambut bukannya mengikat dileher, bukan apa takut terlelap dengan leher sekali terjerut.

No comments:

Post a Comment