Search This Blog

HOME

Saturday, April 20, 2013

La Isla de la Munecas, Mexico...... tempat yang menyeramkan

La Isla de la Munecas...... tempat yang menyeramkan


La Isla de la Munecas ialah sebuah pulau yang menyeramkan kerana ia dipenuhi oleh boneka yang telah lusuh.Pulau ini dipenuhi dengan pelbagai tanda tanya dan misteri.

Masyarakat setempat mengatakan pulau ini berpuaka.Tiada seorang pun yang tahu mengenai sejarah pulau ini, namun yang pasti ianya dipenuhi boneka.Pulau berpuaka ini terletak di selatan Mexico City.Nama pulau ini berasal dari perkataan Sepanyol.

Cerita demi cerita misteri tentang pulau ini tersebar ke serata tempat.Peliknya, perkara tersebut menarik perhatian pengunjung untuk datang ke pulau itu.

Menarik dan seram! itulah suasana yang dirasai pengunjung yang datang. Hampir semua pokok disitu digantung dengan boneka yang rosak. Semua pengunjung yang datang ada memberitahu bahawa mereka berasa seram sejuk dan gementar. Mereka mendapati seolah-olah ada mata yang selalu mengawasi mereka ke mana pun mereka bergerak. Menurut satu cerita, dahulunya pulau ini merupakan tempat tinggal seorang pertapa,  Don Julian Santana.

Walaupun sudah berkahwin,dia memilih untuk menghabiskan 50 tahun berseorangan di pulau ini. Don Julian berkata dia selalu diganggu oleh hantu gadis kecil yg lemas di sekitar pulau itu.Beberapa sumber memberitahu, Don Julian mengantung boneka-boneka tersebut bertujuan untuk menenangkan hantu gadis kecil tersebut. Pada tahun 2001, Don Julian telah ditemui mati lemas di pulau itu. Kini, pulau ini dianggap tempat pelancongan paling aneh di dunia.

1 comment:

  1. huuuuu baca pon dah seram blom lagi pegi,,,kalau pegi boleh pengsan aq

    ReplyDelete