Seorang lelaki China dengan tidak sengaja mencipta sebuah air terjun beku diluar rumah pangsa kediamannya apabila dia membiarkan tab mandinya dipenuhi air sehingga melimpah keluar flatnya.
Wen Hsu, 58, adalah orang terakhir yang mendiami rumah pangsa tersebut yang dijadualkan akan dirobohkan untuk laluan pembinaan pusat membeli belah yang baru di Bandaraya Jilin, Wilayah Jilin, China.
Disebabkan musim sejuk, Hsu risau air yang mengalir didalam paip tersebut akan membeku dan akan menyusahkan beliau kerana ketiadaan air untuk digunakan.
Dia berkata: “Saya nampaknya terpaksa berpindah, mereka mengarahkan saya berpindah tetapi tidak menawarkan imbuhan yang setimpal, saya tidak mampu untuk mencari tempat lain, sebab itu saya masih tinggal disini,” katanya.
No comments:
Post a Comment