Jika sebelum ini heboh diperkatakan, satu kejadian aneh ketika gerhana berlaku, yang mana beberapa biji telur dapat berdiri tegak. Namun kali lain pula, kerana terdapat yang istimewa dengan telur ayam yang satu ini.
Di bahagian hujung telur pelik ini terdapat kulit yang menjulur seperti ekor ayam. Telur yang dimiliki Saleh Lasing, penduduk Daerah Galang, Tolitoli itu kini menjadi perhatian penduduk sekeliling.
Sejak telur itu keluar dari ibu ayam kampung, penduduk sekitar tidak henti-henti menziarahi rumahnya untuk melihat secara langsung keanehan telur berwarna coklat keputihan tersebut. Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan foto kenangan bersama telur pelik tersebut.

Saleh menceritakan, ketika hendak melaksanakan solat Maghrib, dia dikejutkan dengan suara ayam berkokok dalam bilik tidurnya.
Setelah diperhatikan, Saleh ternyata terkejut dan mendapati sudah ada seekor ayam di atas tempat tidurnya. Tidak lama kemudian Saleh melihat ayam tersebut mengeluarkan beberapa biji telur ayam. Namun salah satunya ternyata berbeza dibandingkan yang lain. Telur ayam itu mempunyai ekor di ujungnya.
Kerana dianggap unik, bapa kepada dua orang anak ini menyimpan telur pelik tersebut dalam bekas untuk dijadikan pameran dalam rumahnya. Saleh tidak berniat untuk menjual telur pelik ini meskipun banyak yang sudah menawarnya dengan harga yang tidak diberitahu.
No comments:
Post a Comment