Search This Blog

HOME

Thursday, April 25, 2013

Pelik Tapi Benar - Kuil Khas Untuk Motorsikal.


Pada 1991, Om Banaji atau lebih dikenali dengan panggilan Om Banna sedang menunggang motorsikal kesayangannya tetapi malangnya beliau telah menghadapi kemalangan.

Pihak polis telah mengambil motorsikal beliau sebagai barang kes dan dibawa kebalai tetapi apa yang mengejutkan pada keesokkannya pihak polis mendapati motorsikal tersebut telah berada ditempat dimana kemalangan tersebut berlaku. Setelah mereka membawa kembali motorsikal tersebut ke balai polis perkara yang sama terjadi pada keesokkannya.

Untuk mengelak kejadian tersebut berulang pihak polis telah mengosongkan tangki minyak motorsikal tersebut dan menanggalkan alat gantinya tetapi kejadian tersebut masih berulang.

Oleh kerana kejadian tersebut amat pelik, sebuah kuil telah dibina untuk menghormati motorsikal tersebut yang dinamakan “Bullet Baba’s Temple”. Sesiapa juga para penggembara yang melalui kawasan tersebut akan singgah di kuil tersebut untuk memberi penghormatan bagi mengelakkan perkara buruk memandu semasa memandu.

Penduduk tempatan memberi penghormatan mereka dengan menghiasi motosikal dengan bunga, tudung, dan tali. Kuil ini juga mempunyai imam sendiri.

No comments:

Post a Comment