Reese Witherspoon |
ATLANTA 22 April - Aktres Hollywood, Reese Witherspoon ditahan polis Georgia atas kesalahan berkelakuan tidak sopan terhadap polis.
Menurut laporan penahanan, polis Georgia bertindak menahan kereta yang dipandu suami pelakon itu, James Toth, kerana tidak berada dalam laluan yang betul, pagi Jumaat lalu.
Witherspoon dengan lagak bersahaja menyoal, "Anda tahu siapa saya? Anda patut tahu siapa saya, anda akan jadi bahan berita."
Menurut laporan itu lagi, ketika di tahan, Toth berada dalam keadaan tidak terurus dengan mata berair dan kuyu serta dipercayai mabuk.
No comments:
Post a Comment