XIAN – Pihak pentadbir Shaanxi Normal University di China pening memikirkan bagaimana untuk mengatasi pembaziran penggunaan air di universiti itu di saat masalah bekalan air semakin meruncing di republik tersebut.
Di universiti itu sahaja, 6,000 milimeter air telah digunakan oleh para pelajar dan kakitangan universiti itu, hanya untuk ‘flush’ 300 milimeter air kencing mereka.
Akhirnya pihak universiti menemui satu kaedah yang dianggap menjimatkan air serta ‘mesra alam’.
Mereka telah memperkenalkan TANDAS BERDIRI UNTUK WANITA!
Walaupun mendapat reaksi yang tidak menyenangkan daripada kaum wanita, pihak universiti berkeras mengatakan ia antara kaedah terbaik setakat ini bagi menjimatkan air.
Mereka berpendapat, dengan cara ini, 160 tan air boleh dijimatkan sekiranya kaum wanita di situ menggunakan tandas tersebut berbanding tandas yang sedia ada.
Mungkin kita tertanya-tanya, bagaimana ‘kaedah’ tersebut dibuat?
Rupanya setiap tandas wanita itu telah dibekalkan sejenis kertas yang direka khas bagi membolehkan sisa kumuhan mereka disalirkan terus dari vagina ke dalam mangkuk tandas yang disediakan.
Kertas itu kemudian boleh dibuang ke dalam tong sampah di dalam tandas itu.
Memang ia satu idea yang karut tetapi tidak bagi pentadbir universiti itu, malah mereka tidak menolak kemungkinan mengembangkan lagi tandas seumpama itu di masa hadapan.
Bagi membuatkan wanita lebih ‘tenang’, tandas berdiri wanita itu dicat dengan warna yang lembut serta dihias dengan lukisan bunga-bungaan.
Salah seorang siswi yang ditemui selepas menggunakan tandas itu memberitahu;
” Bila saya masuk dalam tandas berdiri itu, dekat dua tiga minit ‘mencuba’ tetapi masih tak boleh ‘keluar’. Rasanya kena berlatih banyak kali baru boleh menyesuaikan diri,” katanya sambil malu-malu.
No comments:
Post a Comment