Search This Blog

HOME

Thursday, May 23, 2013

Pemuda Tersenyum Sebelum Digantung (18SG).


 


Siapa mamat yang dimaksudkan dalam artikel kali ini sebenarnya? Releks sahaja melihatkan air mukanya walaupun tersangkut tali gantung dilehernya.



Hossein Kavousifar ialah seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh Hassan Moghaddas, seorang hakim yang didakwanya korup dan dikenakan hukuman gantung sampai mati di tempat Hassan Moghaddas ditembak dan pada tarikh yang sama juga. Walaupun sedang menghadapi maut, sambil tersenyum beliau sempat melambai kepada anak buahnya.



Hakim Hasan Moghaddas dikatakan korup kerana memenjarakan Akbar Ganji, seorang wartawan terkenal di Iran selama enam tahun. Ganji dipenjarakan selepas beliau mengaitkan beberapa orang ahli politik dengan beberapa pembunuhan politikal.



Bayi Kembar Tiba-Tiba Ghaib Dalam Perut.


Menanti saat kelahiran anak yang dikandung merupakan hajat besar terutama bagi si ibu dan bapanya. Namun satu peristiwa pelik telah berlaku terhadap seorang wanita di Pokok Sena, Kedah. Bayi yang dikandung ini didapati telah ghaib selepas bermimpi sesuatu yang aneh. Kes ini sebenarnya pernah berlaku sebelum ini dan ia sering dikaitkan dengan alam ghaib. Persoalannya, bagaimana bayi kembar ini boleh ghaib di dalam perut wanita ini?.

Sepasang pasangan suami isteri terkejut apabila mendapati bayi kembar yang di kandung oleh isterinya selama beberapa bulan akhirnya ghaib secara tiba-tiba didalam perutnya. Selama lima tahun menanti, hajat seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.

Begitulah kejadian yang didakwa telah menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin. Apa yang lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai ghaib pada malam yang sama.

“Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.

“Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis.

“Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.

“Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis,” cerita Norliana kepada pemberita semalam.

Norliana dan suaminya tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas. Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.

Tambah Norliana, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan. Bagaimanapun dakwa mereka semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan beliau itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang.

Selepas kejadian, Norliana telah dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu. Para pengamal perubatan traditional juga turut memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu bayi kembar Norliana didapati ghaib semasa didalam kandungan.

Tengkorak Makhluk Asing Ditemui Di Mexico?.



Apabila media antarabangsa menyebut tentang penemuan yang berkaitan tentang makhluk asing, kita sememangnya agak sukar untuk mempercayainya. Kewujudan makhluk asing diragui sejak dahulu lagi. Persoalan sama ada wujud atau tidak, ia tetap menjadi persoalan. Terbaru mereka telah menemui tengkorak menyerupai makhluk asing di Mexcio. Benarkah itu makhluk asing?.

Di Mexico, Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico, menurut akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.

Tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood. Ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia.

Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico. Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah. Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala. Ia dilakukan ketika tengkorak tersebut masih di peringkat kanak-kanak.

Seorang ahli arkeologi, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan. Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat. Projek itu mendapat kelulusan Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico.

Dari Janin 15 Minggu Ianya Mampu Menjadi Bayi Yang Sempurna, Besarnya Kuasa Allah.




Betapa besarnya kuasa Allah yang boleh menghidup dan mematikan manusia. Siapa sangka Janin yang baru saja berusia 15 minggu (105 hari) mampu hidup sehingga boleh di panggil bayi. Bayangkanlah jika manusia menggugurkan bayi pada usia janin itu 15 minggu sudah pasti bayi itu masih bernyawa.

Hanover, Jerman – Gambar yang anda lihat adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?.



Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”.





Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.



Selepas 6 bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?.



Hidup dan mati adalah ketentuan Illahi jadi kita seharusnya berdoa agar dipanjangkan umur. Daripada janin, manusia cuba untuk menyelamatkan nyawa bayi tetapi mengapa ada diantara kita sanggup menggugurkan kandungan sedangkan mereka tahu janin mereka sudah mempunyai nyawa. Semoga kita dapat mengambil ikhtibar dari kejadian ini.

Pintu Neraka Dunia Ada Di Uzbekistan? (Gambar & Video).



Kalau di negara Asia tengah, Uzbekistan terdapat suatu lokasi yang terdapatnya ’Pintu Neraka Dunia‘ atau “The Door To Hell”. Benarkah? Kalau kita sebagai beragama Islam gelaran ini sebenarnya tidak mampu menggambarkan langsung hakikat keadaan sebenar di neraka jahanam ciptaanNya.  Gelaran tersebut diberikan kerana terdapat  sebuah lubang api raksasa yang disebut-sebut sebagai mirip kepada pintu neraka “The Door To The Hell”.


Lubang api tersebut telah wujud di Uzbekistan sejak tahun 1975 dan ukuran keluasannya mencapai 2 kali lapangan padang bola. Tidak hanya itu, kedalamannya juga mencapai sehingga 30 meter dalam.

‘Pintu Neraka Dunia‘ tersebut terdapat di lokasi jurang besar di bawah bumi. Ahli geologi menemui lubang tersebut ketika melakukan penggalian menggunakan jentera berat untuk pengeluaran gas semulajadi yang terdapat di situ. Tetapi, lubang tersebut runtuh. Ketika itu, kesemua peralatan penggalian telah masuk terperosok ke dalam lubang tersebut.


Peristiwa itu terjadi semenjak tahun 1975 lagi dan untuk mengelakkan gas beracun tersebut terus tersebar luas, akhirnya mereka bertindak membakar di sekitar lubang raksasa tersebut. Sudah 35 tahun berlalu, lubang raksasa masih lagi marak dikelilingi api yang terus marak menyala.

Sampai sekarang masih belum ada lagi penjelasan apakah ‘Pintu Neraka Dunia‘ itu ukurannya semakin melebar atau stabil kerana gas yang keluar dari perut bumi itu sentiasa terbakar. Walaupun terkena hujan sekalipun, apinya tidak pernah terpadam. Malah ada beberapa pandangan mengatakan bahawa lubang api itu sebenarnya semakin membesar tahun demi tahun. Wallahualam……

Keajaiban Hajar Aswad di Mekah (Video).


Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi kelihatan seperti tergantung di kawasan yang sangat gelap dan siapa pula yang menggantungnya?”.

Para astronout dunia telah berjaya menemui fakta yang mana planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, dengan memaklumkannya melalui Internet. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kota Kaabah itu sendiri. Yang mengejutkan adalah kerana radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto dari planet Mars, radiasi tersebut masih terus berlanjutan. Para saintis Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik yang mana menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana terdapat daya tarikan yang sama besarnya antara kedua kutub. Tempat itu adalah kota Mekah sebenarnya.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Kota Kaabah, kita akan merasakan terdapatnya suatu tenaga misteri yang menjadi tarikan kepada jemaah yang hadir ke sana.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengembang apabila di dalam air.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Hajar Aswad itu diturunkan dari Syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877).


Kejam - Hukuman Mati di China (18SG).

 

Hukuman mati yang dikenakan terhadap pesalah dan penjenayah di China cukup-cukup kejam, tetapi tiada yang menghairankan bagi masyarakat di China. Gambar di atas ini menunjukkan salah satu jenis hukuman mati iaitu tembak yang dikenakan kepada pesalah-pesalah di China.


Hukuman mati ini dijalankan pada waktu pagi dan melibatkan 68 jenis jenayah antaranya membunuh, mengedar dadah, rogol, terlibat dalam sendiket pelacuran, mencuri secara tegar, mencuri & menyeludup khazanah negara, mengedarkan bahan lucah, sendiket wang palsu, pemalsuan dokumen perniagaan, RASUAH, penyeludupan barang-barang larangan termasuklah penyeludupan beruang panda.


Semasa kempen “Strike hard” terhadap jenayah di China pada tahun 2001, Majlis Pengampunan Antarabangsa merekodkan 1,781 kes pengorbanan secara tembakan ini. Rekod ini adalah lebih tinggi berbanding jumlah keseluruhan kes seluruh dunia.


China tidak mengumumkan statistik hukuman mati yang dijalankan di sana ini kerana ia adalah rahsia negara China.


Hukuman mati ini akan serta merta dilaksanakan setelah hukuman dijatuhkan dan keluarga pesalah membayar kos peluru.


Tangan pesalah akan diikat ke belakang dan mereka akan melutut sebelum menerima 1 das tembakan pada jarak dekat di bahagian belakang kepada ataupun leher oleh tentera ataupun polis yang ditugaskan. Selain itu, para pelaksana hukuman boleh juga menembak pesalah pada bahagian jantung menggunakan senjata automatik.



Undang-undang China tidak menyatakan secara spesifik tempat hukuman dijalankan dan kebiasaannya dilakukan di dalam kawasan tentera dan juga kawasan bukit. Pesalah akan dibawa menaiki lori dari stadium sukan tempat mereka diumumkan bersalah.


Hukuman mati seperti ini tidak dijalankan di dalam penjara kerana ia disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan bagi pesalah lain yang mendengar bunyi tembakan tersebut.



Manusia Paling Ganas Didunia.

 

Apa akan jadi pada keadaan dunia jika mafia-mafia ini bersatu hati bagi memerintah dunia?, Mampukah kita melawan mafia-mafia ini yang boleh dilabelkan sebagai pengganas alaf baru. Diantara kumpulan mafia yang paling berpengaruh didunia ialah : -

Jamaican-British Yardies.


Yardies Jamaica-Inggeris adalah geng Jamaica yang berimigrasi ke United pada tahun1950-an. Mereka terlibat dalam keganasan geng dan kemudian dikenali sebagai Yardies. Geng ini melakukan jenayah terancang seperti perdagangan dadah dan jenayah senjata lain. Mereka tidak cuba menyusup sistem penguatkuasaan undang-undang sehingga mereka tidak dianggap sebagai yang kuat sebagai kumpulan mafia lain.

The Albanian Mafia.


Mafia Albania terdiri daripada sejumlah besar pertubuhan kejahatan yang berpusat diAlbania. Mereka aktif di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah juga. Konon, mafia Albania tersebar ke peringkat antarabangsa sejak tahun 1980-an. Di Amerika Syarikat danInggeris, mereka menjalankan seks dan perdagangan dadah. Kumpulan mafia ini dikenali cepat menggunakan cepat kekerasan untuk membalas dendam.

The Serbian Mafia.


Mafia Serbia beroperasi di lebih dari sepuluh negara termasuk Jerman, Amerika Syarikat,Inggeris, Perancis, dll. Mereka terlibat dalam kegiatan yang berbeza seperti perdagangan dadah, penyeludupan, kontrak membunuh, judi dan pencurian gen. Ada tiga kumpulan besar, iaitu Vozdovac, Surcin dan Zemun yang mengendalikan kumpulan-kumpulan kecil.Saat ini ada sekitar 30-40 kumpulan kerja di Serbia.

Israeli Mafia.


Mafia Israel bekerja di banyak negara dalam kegiatan seperti perdagangan dadah danpelacuran. Mereka terkenal kejam dan tidak berfikir dua kali untuk membunuh. MafiaRusia-Israel telah meresap ke dalam sistem politik AS sehingga pasukan AS gagal mencapai kemajuan yang ketara untuk menghentikan mereka.

Mexican Mafia.


Mexico Mafia adalah geng penjara yang sangat kuat di Amerika Syarikat, bermula pada akhir 1950-an untuk melindungi tahanan terhadap banduan lain dan dari para petugas.Geng ini juga telah terlibat dalam pemerasan dan perdagangan dadah. Tercatat, geng inimempunyai kira-kira 30,000 anggota di seluruh Amerika Syarikat. Para ahli gengkadang-kadang membuat tatu dengan reka bentuk am yang merupakan simbolkebangsaan Mexico.

Japanese Yakuza.


Yakuza Jepun adalah kumpulan jenayah terancang asli sejak abad ke-17 yang menggunakan ancaman dan pemerasan untuk melancarkan misi mereka. Seringkali,sebagai tanda lambang kesetiaan, mereka memutuskan jari kelingking anggotanya.Sambungan jari kelingking tersebut seringkali ditawarkan kepada pemimpin sebagai tindakan penenangan atau permintaan maaf.

Beberapa ahli bahkan punya tatu seluruh tubuh. Yang tercatat, Yakuza mempunyai 110.000ahli aktif. Kegiatan mereka terlibat dalam banyak hal seperti aksi perlindungan,mengimport pornografi uncensored dari Eropah dan Amerika, pelacuran dan imigresen haram.

Chinese Triads.


Geng ini mula ada pada abad ke-18 tetapi dahulu disebut Tian Di Hui. Triad China terdiri daripada banyak organisasi kejahatan yang berpusat di Benua China, Malaysia, HongKong, Taiwan, Singapura, dll. Mereka juga sangat aktif di New York, Los Angeles, Seattle,Vancouver juga San Francisco. jenayah terancang mereka melibatkan pencurian, kontrakpembunuhan, perdagangan dadah, pemerasan, rampasan, dll. Ditengarai, Triads sekarangterlibat dalam rampasan juga.

Colombian Drug Cartels.


Kartel Dadah Colombia dibentuk terutama untuk mengendalikan perdaganganubat-ubatan. Mereka beroperasi di banyak negara, dengan jumlah organisasi yang berkaitan dengan politik, aspek ketenteraan dan undang-undang kartel. Kartel pentingdari Columbia adalah Kartel Cali, Medellin Cartel dan Kartel Valle del Norte. Mereka juga telah terlibat dalam banyak penculikan dan keganasan.

Sicilian and American Cosa Nostra.


Sicily dan Amerika Cosa Nostra adalah kumpulan yang relatif baru. Bermula padaseparuh kedua abad kesembilan belas di Itali. Walau masih dikategorikan mafia muda,kumpulan ini mempunyai kemampuan besar untuk merancang jenayah besar danterlepas begitu sahaja. Penyusupan anggota dan pengaruh di institusi undang-undang Amerika sempat membuat perang besar penguatkuasa undang-undang dengan kumpulan ini.

Kegiatan mereka seperti aksi kumpulan mafia umumnya, terlibat dalam dadah,perdagangan senjata, pengantaraan perniagaan jenayah, dan lain-lain. Anggotakumpulan ini biasanya tidak terlalu besar, hanya berkisar 3.500-4.000 orang. Seorangahli perlu menjalani upacara inisiasi di mana ia mungkin perlu membunuh seseorang untuk membuktikan dirinya.

Russian Mafia.


Mafia Rusia berasal dari Kesatuan Soviet dan sekarang mempunyai pengaruh di seluruh dunia. Pengikutnya antara 100.000 sampai 500.000 ahli. Selama ini mereka terlibat dalam jenayah terancang di negara-negara seperti Israel, Hungary, Sepanyol, Kanada,Inggeris, Amerika Syarikat, Russia, dll. Mereka juga berhijrah ke Israel, Amerika danJerman dengan menggunakan identiti Yahudi dan Jerman.

Kegiatan mereka termasuk ubat-ubatan dan perdagangan senjata api, pengeboman,penyeludupan, pornografi, penipuan internet, dll. Jika salah satu ahli "bersuara" ketika ditangkap, mereka akan dibunuh apabila dibebaskan.


Hukuman Rejam Sampai Mati Jika Berzina.


Pemuda di atas ini melakukan zina dan telah berjaya ditangkap oleh penduduk di Somalia untuk menjalani hukuman rejam sampai mati. Manakala pasangan wanitanya, dihukum sebat 100 kali. kerana belum berkahwin.  Sekali pandang daripada sudut pandangan mata kasar, kejam bukan? Tetapi ada hikmahnya daripada sudut kitab Al-Quran dan juga ilmu sains.


Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman di atas, padahal kedua-duanya berzina iaitu pihak lelaki mahupun wanita?.


Tokoh Islam menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya.


Hukuman sebat diberikan kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.


Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga.

Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru.

Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.  Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.

Cara terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia.

Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.
Apabila mereka dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin.

Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.

Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

Dah tahu kejam, tak sanggup ambil risiko jangan cuba cabar diri sendiri cuba-cuba berzina dengan bukan muhrim. Apabila sudah tertangkap pada masa itu, sendiri buat sendiri tanggung. Biasanya yang takut, orang yang suka berzina sahaja.

Wednesday, May 22, 2013

Pelihara Ular Sehingga Menjadi Gergasi.



Jangan kata melihat ular, memegang  pun kadangkala menjadikan sebahagian daripada kita akan takut. Namun memang normal kerana ular merupakan satu spesis haiwan liar yang mampu mencederakan manusia sehingga boleh membawa maut. Tetapi tidak kepada lelaki ini apabila berani memelihara seekor ular sawa dari bersaiz kecil sehinggalah kini ia bersaiz gergasi. Namun ular ini dikatakan jinak terhadap tuannya.

Seekor ular sawa diberi nama timangan Gaban kini mampu digelar ‘ular gergasi’ apabila beratnya mencecah lebih 130 kilogram dengan panjang lapan meter selepas dipelihara sejak 11 tahun lalu.


Reptilia milik Nor Hizan Abd Ghani, 55, atau Pak Atan mula dipelihara dari saiz sepanjang 60 sentimeter pada 2001 selepas anak saudaranya, Romi Nor Izham, (kini 21 tahun) meminta hadiah berkenaan ketika mahu berkhatan.

Pak Atan yang mengusahakan inap desa Kampung Pulau Pisang, Tunjang, di sini, berkata dia berminat memelihara reptilia berkenaan yang diperoleh dari pihak tertentu di Perlis bagi menunaikan hasrat Romi ketika berusia 10 tahun sebagai hadiah.

“Romi meletakkan syarat mahu ular sawa sebagai hadiah sebelum berkhatan, jadi sebagai tanda kasih kepadanya, saya berusaha mendapatkan reptilia berkenaan.

“Ia hanya sepanjang 60 sentimeter ketika diambil dan boleh diletakkan atas tapak tangan serta boleh dibawa ke mana-mana, namun selepas itu saya mengambil tanggungjawab memelihara ular sawa berkenaan memandangkan Romi masih bersekolah ketika itu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Pak Atan berkata, ular sawa itu terpaksa diletakkan dalam pelbagai saiz akuarium di rumahnya hingga berusia enam tahun sebelum dimasukkan dalam sebuah sangkar khas dibina di luar rumahnya ketika berusia tujuh tahun hingga sekarang.

Menurutnya, dia memperuntukkan RM200 membeli 10 ayam daging untuk makanan Gaban setiap bulan dan mengambil masa antara 30 hingga 45 minit untuk makan seekor ayam.

“Saya tidak rasa hobi ini satu bebanan kerana turut menjadi minat seluruh ahli keluarga, malah mereka sudah tidak takut dengan Gaban selain menjadi daya tarikan kepada inap desa kami yang sering dikunjungi pengunjung dalam dan luar negeri setiap hari.

“Setiap hari hampir 40 pengunjung datang melihat sendiri ular sawa berkenaan, namun ada juga pengunjung inap desa yang membatalkan niat menginap selepas mengetahui terdapat ular sawa dipelihara di sini,” katanya.

Dia bercadang membuat ‘roadshow’ dengan mempamerkan Gaban kepada orang ramai di mana-mana karnival bermula tahun depan.