Search This Blog

HOME

Saturday, May 11, 2013

Kuasa Allah S.W.T., Lelaki Sembuh Daripada Bisu Dan Pekak Selepas Minum Air Zam-Zam.

Kerana segelas air zam-zam, seorang lelaki warga Somalia boleh bercakap dan mendengar selepas 20 tahun menjadi bisu dan pekak.

Ali Abdul Rahman Asy-Syarif, 42, mengaku selepas meneguk segelas air zam-zam sewaktu menunaikan rukun haji dia boleh bercakap dan mendengar.

As-Syarif yang mengalami kecederaan teruk dibahagian kepala dalam perang saudara di Somalia, menjadikan dia bisu dan pekak.

Walaupun pernah menjalani pemeriksaan dan rawatan di hospital sebelum ini, keadaan As-Syarif masih tidak berubah.

Beberapa orang doktor yang terkejut melihat perubahan itu menyifatkan ia satu keajaiban yang jarang dialami oleh orang lain.

As-Syarif yang kini tinggal bersama keluarganya di England mengakui ia satu keajaiban dan anugerah dari Allah.

Katanya, selepas minum air zam-zam, dia boleh bercakap malah terkejut apabila boleh mendengar azan dari Masjidilharam ketika berada di Mekah.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang bercakap dan mendengar semula. Ini satu keajaiban yang menakjubkan", ujarnya.

Sewaktu berada di England, kata As-Syarif, seorang doktor pernah berkata keadaan bisu dan pekak yang saya alami sukar dipulihkan.

"Saya disahkan bisu dan pekak sepanjang hayat. Keadaan ini menyebabkan saya rasa sedih dan akur dengan kenyataan itu".

Katanya keajaiban itu bermula apabila dia bangun subuh untuk menunaikan solat subuh. Selepas meneguk air zam-zam dia terdengar bunyi azan subuh dari Masjidilharam.

Terlalu gembira, dia segera memberitahu perkara itu kepada isterinya dan sekali lagi terkejut apabila dia sudah boleh bersuara.

Inilah janji Allah .Bahawasanya air zam-zam itu adalah raja segala air dan ubat segala penyakit kecuali mati dan tua.Marilah kita mengamalkan untuk minum air zam-zam jika kita berpeluang kerana anda pasti akan merasa keajaiban air tersebut.

No comments:

Post a Comment