Search This Blog

HOME

Wednesday, May 22, 2013

Remaja Gemar Makan Sabun Dan Bahan Pencuci.


 

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang berasal dari Florida ini mempunyai tabiat pelik iaitu suka makan sabun dan juga serbuk pencuci. Tempestt Henderson nama diberi, menelan sehingga 5 buku sabun setiap minggu. Walaupon telah diberi amaran tentang bahaya perbuatannya itu oleh doktor, beliau tetap tidak mengendahkan amaran tersebut dan meneruskan pemakanan tak seimbangnya itu.


Tempestt turut berkata bahawa pertama kali beliau mencelup jari kedalam serbuk pencuci dan merasa dgn lidah telah membuatkan beliau jatuh cinta dengan rasa sesebuah sabun. Kemudian beliau mula menjilat buih-buih sabun ketika mandi, dan akhirnya menjadi ketagih dan menelan 5 buku sabun setiap minggu.


Selepas 6 bulan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat ini, Tempestt mula mendapatkan pendapat doktor kerana tabiatnya yang pelik itu. Dr Barton Blinder mendiagnos Tempestt menghidap tabiat pemakanan pelik yang dipanggil PICA dimana pesakit lebih cenderung untuk makan benda yang tidak berkhasiat seperti tanah, besi, pasir, duit syiling, cat, dan lain lain lagi.

Dan sekarang, Tempestt sedang menjalani terapi bagi menjauhkan beliau dengan mana-mana sabun dengan harapan dapat menghilangkan ketagihannya terhadap benda yang tidak  berkhasiat itu.

No comments:

Post a Comment