Search This Blog

HOME

Saturday, May 11, 2013

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung.


Bertudung bukanlah alasan untuk mengabaikan penjagaan rambut. Lebih-lebih lagi selepas mahkota wanita itu dibiarkan tertutup melebihi lapan jam sehari. Bagi yang bertudung, penjagaan rambut yang rapi adalah sangat penting kerana aliran udara yang tidak sempurna boleh merosakkan kesihatan rambut. Berikut tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung yang boleh diamalkan.

1. Tak Seharusnya Cuci Rambut Setiap Hari

Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali dah memadai. Kalau yang nak cuci rambut sebelah pagi, boleh cuci 2 jam sebelum pakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering. Cuci rambut juga perlu pilih syampu yang sesuai. Bab ni akan kita sentuh dalam tips #5. kalau yang rasa tak selesa & perlu cuci setiap hari, pilih syampu yang berasaskan herba. Cuci rambut sebelah petang atau malam, selepas balik kerja atau outing siang hari.

2. Keringkan Rambut Secara Semulajadi

Tak kira lah panjang mana sekali pun rambut, rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.

Elak mengikat rambut ketika basah. Kalau nak cepat keringkan rambut, boleh guna pengering rambut yang jenis tak panas, atau last option boleh gunakan kipas angin sambil jari-jemari tu digunakan untuk meleraikan rambut yang basah secara perlahan-lahan.

3. Pilih Kain Tudung Yang Lembut

Pilih fabrik lembut untuk tudung. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tak sesuai sebab mudah memerangkap haba dan buatkan kulit kepala kita cepat berpeluh.

Kalau selesa, elakkan pakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa supaya rambut tak terkeluar.

4. Rehat Dulu

Bila sampai je di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala “bernafas” terlebih dahulu. Rehat dalam masa 1/2 jam untuk peluh di kulit kepala kering. Sebaiknya, buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

Just rileks dan berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja yang berat kerana ianya akan berpeluh. Kalau ada air-cond lebih baik! Switch on aircond dan berbaring sebentar. Badan pun dapat berehat, dan kulit kepala pun kering daripada peluh!

5. Cari & Pilih Syampu Yang Sesuai

Syampu memang kena cuba untuk cari yang sesuai dengan rambut & kulit kepala kita. Bagi kak aina yang paling penting pilih yang berasaskan herba dan semula jadi. Elakkan guna yang mengandungi banyak bahan kimia. Tapi apapun, ada guideline asas untuk pilih syampu jenis apa yang sesuai dengan jenis rambut kita.

6. Atasi Masalah Rambut Secepat Mungkin Jika Ada

Biasanya pakai tudung ni kadang-kadang boleh mendatangkan bau yang tak berapa best sebab faktor kelembapan, terutamanya untuk orang yang cepat berpeluh.

Apapun masalah yang dialami, sentiasa peka dengan keadaan rambut & jangan pandang remeh dan berharap masalah itu akan hilang dengan sendirinya. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika kita sendiri tak mencari penyelesaiannya.

Kalau tak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, boleh gunakan produk rawatan rambut herba yang ada di pasaran. Tapi pastikan dulu ianya herba dan halal, dan paling penting berkesan. Jangan main cuba-cuba sebarangan takut daripada nak jadi elok jadi lebih teruk pula.

No comments:

Post a Comment