Apabila kita mengangkat tangan ke atas, sudah pasti dalam masa beberapa minit sahaja sudah merasai betapa lenguhnya sendi. Namun pernahkah kita terfikir dalam dunia ini terdapat seorang lelaki yang bertindak pelik mengangkat tangannya ke atas. Tindakan ini dilakukan adalah kerana kepercayaan terhadap agamanya sendiri. Bayangkanlah dirinya telah mengangkat tangan lebih 38 tahun. Sedangkan kita sendiri pun angkat sekejap sudah merasa lenguhnya.
Seorang lelaki tidak pernah menurunkan tangan kanannya sejak 1973. Bekas kerani, Manhant Amar Bharti Ji dikatakan mengangkat tangannya pada tahun berkenaan sebagai menghormati Tuhan Hindu, Shiva.
Manhant meninggalkan keluarganya pada 1970 selepas berhenti kerja untuk mengabdikan diri pada Shiva. Tiga tahun kemudian, kerana merasakan masih terikat dengan gaya hidup lamanya, Manhant mengangkat sebelah tangannya sebagai tanda taat kepada Tuhannya.
Dan hari ini, selepas 38 tahun, dia masih tidak menurunkannya, Pengikutnya berkata, dia enggan menggunakan tangannya itu bagi memisahkan dirinya dengan keseronokan hidup.
Ramai mengikut jejak Manhant dengan mengangkat tangan dan tidak menurunkannya selama beberapa tahun.
No comments:
Post a Comment