Search This Blog

HOME

Thursday, May 23, 2013

Pintu Neraka Dunia Ada Di Uzbekistan? (Gambar & Video).



Kalau di negara Asia tengah, Uzbekistan terdapat suatu lokasi yang terdapatnya ’Pintu Neraka Dunia‘ atau “The Door To Hell”. Benarkah? Kalau kita sebagai beragama Islam gelaran ini sebenarnya tidak mampu menggambarkan langsung hakikat keadaan sebenar di neraka jahanam ciptaanNya.  Gelaran tersebut diberikan kerana terdapat  sebuah lubang api raksasa yang disebut-sebut sebagai mirip kepada pintu neraka “The Door To The Hell”.


Lubang api tersebut telah wujud di Uzbekistan sejak tahun 1975 dan ukuran keluasannya mencapai 2 kali lapangan padang bola. Tidak hanya itu, kedalamannya juga mencapai sehingga 30 meter dalam.

‘Pintu Neraka Dunia‘ tersebut terdapat di lokasi jurang besar di bawah bumi. Ahli geologi menemui lubang tersebut ketika melakukan penggalian menggunakan jentera berat untuk pengeluaran gas semulajadi yang terdapat di situ. Tetapi, lubang tersebut runtuh. Ketika itu, kesemua peralatan penggalian telah masuk terperosok ke dalam lubang tersebut.


Peristiwa itu terjadi semenjak tahun 1975 lagi dan untuk mengelakkan gas beracun tersebut terus tersebar luas, akhirnya mereka bertindak membakar di sekitar lubang raksasa tersebut. Sudah 35 tahun berlalu, lubang raksasa masih lagi marak dikelilingi api yang terus marak menyala.

Sampai sekarang masih belum ada lagi penjelasan apakah ‘Pintu Neraka Dunia‘ itu ukurannya semakin melebar atau stabil kerana gas yang keluar dari perut bumi itu sentiasa terbakar. Walaupun terkena hujan sekalipun, apinya tidak pernah terpadam. Malah ada beberapa pandangan mengatakan bahawa lubang api itu sebenarnya semakin membesar tahun demi tahun. Wallahualam……

1 comment:

  1. Tengok tu je dah meroyan ketakutan .. Nak api neraka akhirat plak ??! No pls -_-''

    ReplyDelete