Dari luar fizikal, kasut ini nampak biasa-biasa sahaja. Tidak ada yang menarik, cuba ia mirip seperti kasut orang pergi bekerja. Namun begitu difahamkan kasut ini amat ditakuti sekali oleh banduan-banduan penjara. Mengapa? Oh rupa-rupanya kasut ini telah diletakkan dengan pemberat. Ia bertujuan untuk menyukar banduan tersebut melarikan diri.
Kasut ini dihasilkan oleh Warden, J.c Gardner pada tahun 1866, kasut ini juga dipanggil the Oregon Boot atau man-killer. Kasut ini mempunyai berat di antara 5 hingga 28 paun. Kasut ini telah dipakai oleh banduan untuk mengelakkan mereka dari larikan diri. Selain itu, ramai banduan yang memakai kasut ini satu masa yang panjang akan menyebabkan masalah fizikal yang parah.
No comments:
Post a Comment