Search This Blog

HOME

Thursday, July 3, 2014

Tiong Lai Pamer Kejahilan Sebagai Menteri Pengangkutan


Belum pun cukup sebulan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memikul tugas berkenaan, sudah ada tindakannya yang dikritik blogger dan aktivis media sosial di internet.

Semalam, terjadinya satu runtuhan sebuah terowong bawah tanah yang sedang dibina di simpang empat berhampiran Berjaya Times Square berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi.

Petang semalam melalui akaun twitternya @liowtionglai, beliau memaklumkan sudah memberi arahan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk turun padang melihat masalah berkenaan.

Re: tunnnel collapse. I have instructed SPAD to get on the ground. We must develop a culture of zero tolerance for accidents.
— Liow Tiong Lai (@liowtionglai) July 2, 2014
“Kita mesti bergerak ke arah satu budaya toleransi sifar ke atas sebarang kemalangan,” katanya dalam tweet berkenaan.

Hari ini, tweet itu dikecam teruk oleh blogger dan juga wartawan kerana dilihat seperti tidak mengetahui bidang tugasnya sebagai Menteri Pengangkutan.

Di sebuah blog, khairulreyzal.blogspot.com, penulisnya menyifatkan reaksi segera Liow sebagai tanda menteri baru itu sudah mula menunjukkan taring tetapi sayang bukanlah taring singa garang, tetapi taring anak kucing yang baru sudah menyusu.

SPAD sebenarya tidak terletak di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan sebaliknya di bawah Jabatan Perdana Menteri di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Blog tersebut mengkritik Liow dengan memintanya supaya mentelaah bidang tugas kementeriannya sendiri, dan juga tugas sebagai Menteri Pengangkutan.

Selain itu, Liow dilihat seperti tidak menyedari bahawa projek terowong berkenaan merupakan projek di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan dengan menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam satu kenyataan media, DBKL sudah pun mengambil tindakan segera untuk memulihkan kawasan tersebut dan ia akan ditutup selama dua minggu.


Para aktivis sosial beranggapan bekas pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sudah pun meletakkan tanda aras tinggi di kementerian Liow ketika mentadbirnya ketika insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebelum ini.

Jangan kerana, kurangnya arif Liow berkenaan bidang tugasnya, malu besar akan terpalit ke Kementerian Pengangkutan yang sebelum dikagumi ketika menguruskan insiden MH370.


Sumber - MYNEWSHUB.MY

No comments:

Post a Comment