Alda Risma meninggal ketika berumur 24 tahun akibat pengambilan dadah berlebihan |
Mungkin tak ramai yang kenal dengan Alda, atau nama penuhnya Alda Risma Elfariani. Alda ditemui mati di sebuah hotel kerana disyaki mengambil dadah yang berlebihan (overdose) ketika umurnya baru 24 tahun. Beliau adalah penyanyi dari Indonesia yang pernah popular dengan lagu “Aku Tak biasa” .
Lagu terakhir sebelum beliau meninggal dunia adalah berjudul “Menanti Kekasih”. Lirik dan ketawa yang ‘menyeramkan’ di dalam lagu ini boleh membuat bulu roma meremang apabila didengar di waktu tengah malam ketika bersendirian.
Untuk rekod, Alda meninggal dunia kira-kira tiga hari selepas lagu ini disiapkan, namun yang menjadi misterinya, tak siapa tahu siapa pencipta lagu ini. Lebih menimbulkan misteri, bila ada yang mendakwa lagu ini hanya ditemui selepas kematiannya dan ada juga mengatakan mengikut siasatan forensik Alda sudah meninggal 7 hari, manakala lagu tersebut dirakam selepas 7 hari dia meninggal dunia. Yang jadi tanda tanya siapa yg menyanyikan lagu tu?.
Macam-macam, Apapun bersamalah kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah.
Lihat video dibawah..........
No comments:
Post a Comment