Search This Blog

HOME

Monday, August 5, 2013

Budak Umur 14 Tahun Tukang Masak Terkenal Di Amerika.


Seorang remaja berumur 14 tahun menjadi ‘chef’ terkenal apabila dikala umurnya yang masih muda telah berjaya mengendalikan sebuah restoran. Bukan itu sahaja ‘tukang masak muda’ ini juga telah dijemput untuk menjadi ‘main chef’ menyediakan hidangan makanan oleh sebuah restoran yang terkenal di Beverly Hills.

Remaja ini bukan sahaja mengepalai sebuah restoran yang menghidangkan 18 jenis makanan malah sebuah restoran yang sangat terkenal di Beverly Hills iaitu Restoran “Bierbeisl” telah meminta beliau mengetuai chef-chef yang lain direstoran itu untuk menyediakan 12 jenis hidangan untuk 40 orang tetamu kehormat yang mana bayaran untuk setiap pelanggan adalah USD160.00 dan kesemua kerusi telah habis dijual.

Kisah bermula apabila remaja yang bernama Forland berasal daripada San Fernando, Amerika Syarikat itu terpaksa berdikari untuk memasak makanannya sendiri kerana dia tidak gemar masakan ibunya, “ibu saya tidak suka memasak dan masakannya tidak dapat menarik perhatian sesiapa,  jadi saya cuba memasak sendiri dan saya menjadi minat terhadap masakan.”

Forland yang banyak mempelajari tentang masakan melalui internet selain membeli buku-buku masakan dan beliau menjadi lebih kreatif dan yakin serta tanpa henti mencuba memasak pelbagai jenis masakan dan yakin akan mencipta resipi masakanya sendiri.

No comments:

Post a Comment