Bila kena ugut bunuh baru nak kelam kabut....... mulut kena jaga beb. |
Tiga deejay radio Era FM, Johan, Haniff dan Ray semalam mengemukakan permohonan maaf mereka menerusi segmen JoHaRa Pagi Era gara-gara komen negatif mereka yang menyatakan bahawa pasukan bola sepak Sarawak menjadi juara Liga Perdana kerana bermain dalam liga ‘cap ayam’.
Permohonan maaf itu dibuat oleh ketiga-tiga penyampai radio tersebut pada pukul 8.38 pagi menerusi satu pengumuman khas dalam segmen JoHaRa Pagi Era.
Permohonan maaf Johan berbunyi: “Dengan rasa rendah diri kami di JoHaRa Pagi Era ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata kami. Permohonan maaf ini dibuat dengan seikhlas hati kami.”
Ucapan maaf tersebut disambung oleh Haniff yang berkata: “Sejujurnya kami tiada niat untuk menyinggung perasaan penyokong Sarawak FA.”
Ray pula berkata: “Kami sememangnya penyokong tegar Liga Malaysia.”
No comments:
Post a Comment