Search This Blog

HOME

Wednesday, August 14, 2013

Lelaki Paling Romantik Di Dunia.

Jack Mills dan isterinya

Jack Mills 90 tahun boleh digelar lelaki paling romantik di dunia apabila dia tidak pernah gagal menghantar bunga kepada isterinya sejak 70 tahun yang lalu.

Mills berkata itulah rahsianya mengekalkan perkahwinan yang sentiasa subur dan mengeratkan kasih sayang selama-lamanya.

Jack Mills semasa baru melangsungkan perkahwinan mereka.
Beliau yang tinggal di Cambridgeshire Yaxley, England akan memastikan isterinya yang berumur 88 tahun sentiasa gembira dan tidak pernah gagal memberikan isterinya bunga selama 70 tahun dan jika dihitung hampir 3,000 bekas bunga telah dihantar kepada isterinya sejak 70 tahun yang lalu.

Jack Mills berkata, “Saya sangat bernasib baik kerana tidak pernah menyesal dengan perkahwinan ini.”

No comments:

Post a Comment