Penyanyi yang entah apa-apa daripada Korea Selatan PSY dikatakan telah meminta maaf kepada rakyat Amerika Syarikat berikutan lirik kontroversi didalam sebuah lagunya yang ingin membunuh tentera Amerika dan keluarga mereka didalam satu persembahan yang diadakannya pada tahun 2004.
PSY mengangkat replika kereta kebal Amerika dan menghempasnya dilantai didalam satu persembahan pada tahun 2002 |
Media di Korea Selatan mengatakan PSY terpaksa meminta maaf kerana popularitinya meningkat di Amerika syarikat dan mungkin akan berlaku sebaliknya.
Ramai pemintanya pada masa itu menyokong lirik lagu yang dinyanyikannya dan ramai juga yang mengritiknya.
Penyanyi yang cukup popular dihampir seluruh dunia dengan lagu Gangnam Style itu, pernah semasa menyanyikan lagu kontroversi tersebut didalam satu persembahan pada tahun 2002, telah membawa replika sebuah kereta kebal Amerika dan menghempaskannya dilantai pentas yang menunjukkan tanda kemarahannya terhadap Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment