Search This Blog

HOME

Saturday, August 3, 2013

Tahukah Anda 7 Keajaiban di Dunia yang Sebenarnya Adalah Salah?.

Taj Mahal antara yang dinamakan 7 keajaiban didunia.


Seorang guru yang mengajar sejarah disebuah sekolah telah memberikan tugas kepada anak-anak muridnya berkaitan dengan 7 keajaiban di dunia dan mengarahkan mereka menyerahkan jawapan tersebut kepadanya sebelum kelas tamat. Setelah kelas hampir tamat kesemua pelajar telah menyerahkan jawapan mereka kepada guru tadi dan yang paling akhir menyerahkan kertas jawapan tersebut ialah seorang pelajarnya yang paling pendiam didalam kelas.

Selepas makan malam dirumahnya, guru tersebut mengambil kertas jawapan subjek sejarah murid-muridnya tadi untuk diperiksa dan diberi markah, sambil meneliti kertas-kertas jawapan tersebut dia merasa ada yang pelik dengan jawapan yang diberi oleh murid yang paling pendiam didalam kelasnya berbeza dengan jawapan murid-murid lain. Hampir kesemua pelajarnya memberi jawapan seperti berikut :

1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar Negara China
4. Menara Pisa
5. Chandi Borobudur
6. Menara Eiffel
7. Colloseum

Sehelai demi sehelai kertas jawapan yang diperiksa dan hampir kesemuanya sama kecuali urutannya sahaja tetapi bila sampai ke jawapan oleh pelajarnya yang paling pendiam guru tersebut tersentak sambil terdiam kaku. Jawapan yang diberikan oleh pelajar tersebut adalah seperti berikut :

Tujuh Keajaiban Dunia:

1. Bisa melihat;
2. Bisa mendengar;
3. Bisa menyentuh;
4. Bisa disayangi;
5. Bisa merasakan;
6. Bisa tertawa; dan
7. Bisa mencintai…

Setelah menyandar dikerusinya hampir beberapa minit, guru tersebut menyimpan kesemua kertas jawapan murid-muridnya dan kemudian menundukkan kepalanya sambil berdoa dan mengucap syukur buat seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelasnya, yang hari itu telah mengajarkannya sebuah perkara hebat….... iaitu tidak perlu mencari sampai ke hujung dunia untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita untuk kita miliki sebenarnya, cuma kita sahaja yang tak tahu nak cari kat mana.

No comments:

Post a Comment