Search This Blog

HOME

Monday, August 19, 2013

Jutawan Tolong Bayarkan Saman Pengharaman Memakai Hijab.

Rachid Nekkaz bersama wanita yang disaman kerana memakai hijab
Seorang usahawan kacukan Perancis-Algeria yang telah mendengar berita tentang pengharaman pemakaian hijab dikalangan wanita di Perancis berikrar akan membayar kesemua saman yang dikenakan keatas wanita yang memakai hijab.

Rachid Nekkaz seorang usahawan yang tinggal di Perancis akan membayar kesemua saman yang dikenakan terhadap wanita Islam yang ditindas ekoran pemakaian hijab itu bukan sahaja di Perancis malah dimana-mana negara yang mengenakan undang-undang seperti itu.

Dengan dana permulaan sebanyak 1 juta Euro (RM4.02 Juta) yang diberikannya, Rachid Nekkaz berkata “Saudariku, pergilah kemana sahaja yang kamu nak, dan saya akan bayar semua saman yang dikenakan keatas kamu itu.”

Gambar Rachid Nekkaz semasa membayar saman yang 
dikenakan kepada mereka yang memakai hijab bukan sahaja di Perancis malah di Belgium






   
Semoga Allah S.W.T. memurahkan rezeki dan memberkati beliau.

No comments:

Post a Comment