 |
Rupa kaabah dari pandangan yang lebih dekat. |
Umum maklum yang kini kos menunaikan haji telah semakin meningkat seiring dengan pembaharuan yang dilakukan disana.
Kini, di sekitar Mekah sudah terdapat hotel-hotel mewah, restoran-restoran fastfood terkenal dan juga shopping mall. Sejauh mana menunaikan haji dapat melahirkan rasa keinsafan dalam keadaan sedemikian, itu terpulang kepada masing-masing. Kalau betul niatnya, insyaAllah dipermudahkan.
Pernahkah anda terfikir bagaimana haji ditunaikan 61 tahun yang dulu? Hayati gambar-gambar dibawah yang diambil daripada Majalah National Geographic. Maaf, tiada satu pun gambar selfie.
 |
Ketibaan jemaah haji yang kebanyakannya menggunakan feri ataupun kapal. Jika dari Malaysia, ianya memakan masa berbulan-bulan lamanya. |
 |
Bagi mereka yang mampu, mereka menggunakan perkhidmatan kapal terbang daripada negara berhampiran. |
 |
Sama seperti hari ini, bas merupakan kenderaan yang paling banyak digunakan oleh para jemaah. Namun baru-baru ini, perkhidmatan seperti LRT telah dilancarkan untuk memudahkan para jemaah haji. |
 |
Hanya muslim dibenarkan untuk memasuki kawasan ini untuk menunaikan haji. |
 |
Inilah gambar sekitar masjid mekah. Pemandangan sekarang jauh berbeza sama sekali. |
 |
Jalan Mekah yang sibuk. Kelihatan menara dari seni bina Khilafah Ustmaniyyah. |
 |
Ini adalah salah satu jalan masuk Masjidil Haram. |
 |
Para jemaah diluar perkarangan Masjidil Haram. |
 |
Rupa kaabah pada masa itu. Begitu ringkas binaan-binaan disekitarnya. |
 |
Rupa kaabah dari pandangan yang lebih dekat. |
 |
Jemaah dibenarkan untuk memasuki kaabah pada masa itu. Mungkin kerana bilangan yang tidak ramai. |
 |
Menunaikan tawaf nampak lebih mudah 61 tahun yang lalu. |
 |
Peniaga-peniaga disekitar Mekah. |
 |
Pasar dan gerai-gerai disekitar Mekah |
 |
Jemaah yang berehat sedang menikmati shisha. |
 |
Kuda masih digunakan sebagai alat pengangkutan. |
 |
Jemaah sedang memilih kambing untuk ibadah korban. |
 |
Jemaah akan menyimpan sendiri haiwan-haiwan untuk ibadah korban. |
 |
Keldai digunakan untuk mengangkut haiwan yang telah dikorbankan. |
 |
Di Mina, makanan dimasak menggunakan periuk dan unggun api. |
 |
Jemaah sedang menunaikan solat. |
 |
Khemah-khemah yang didirikan disekitar gunung Arafah. |
 |
Jamarat yang simboliknya melontar batu kearah syaitan tidaklah sebesar sekarang. |
 |
Seorang jemaah sedang bercukur. |
 |
Menikmati minuman sejuk dibawah panas terik matahari. |
No comments:
Post a Comment