Mexico – Jika melihat daripada raut wajahnya, dia seperti seorang pelakon sinetron. Namun disebalik kecantikkan wajahnya itu, dia sebenarnya adalah seorang wanita di Mexico yang sangat kejam.
Maria de los Angeles Pineda bukan calang-calang orang sebaliknya merupakan ketua kepada kumpulan kartel yang terlibat dalam 200 pembunuhan kejam dan kehilangan penduduk di bandar Iguala.
Pineda yang juga isteri kepada Datuk Bandar Iguala menjadi tajuk utama akhbar selepas dia ditahan berhubung pembunuhan beramai-ramai 43 pelajar baru-baru ini.
Tetapi siapakah dia?
Pineda rupanya adalah seorang wanita kejam dan merupakan ketua kepada segala ketua jenayah di Iguala.
Dia juga adalah ketua kartel da-dah United Warriors, satu kumpulan penjenayah yang terkenal kerana sering menculik mangsa pada waktu malam dan kemudiannya`melenyapkan’ mangsa berkenaan.
Meskipun penduduk Iguala mengetahui kejahatan Pineda namun mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana`hukuman’ pasti akan diterima jika mereka bersuara, apatah lagi pasukan polis tempatan dikuasai oleh wanita ini.
Pineda sendiri berasal daripada keluarga penjenayah. Anggota keluarganya termasuk ibu dan bapanya ditahan di penjara manakala saudara-maranya yang lain turut ditangkap dan ada yang mati dibunuh.
Sejak kecil, Pineda, yang digelar wanita cantik tetapi jahat dan telah menyaksikan penculikan dan pembunuhan yang dilakukan oleh keluarganya.
Dia adalah anak kedua daripada lima beradik kepada pasangan Salomon Pineda dan Maria Villa.
Ibu dan bapanya terlibat dalam jenayah kejam selepas kakak Pineda diculik dan dibunuh. Sejak itu keluarga tersebut tidak lagi memandang ke belakang dan mula melakukan penculikan serta pembunuhan sebagai membalas dendam.
Pineda berkahwin dengan Datuk Bandar Iguala, Jose Luis Abarca dan suaminya itu hanya boneka semata-mata dengan Pineda yang mengawal bandar berkenaan.
Mereka kemudiannya membina empayar di bandar itu dengan menceburi perniagaan emas dan mempunyai lebih 17 kedai emas serta rumah di sekitar bandar.
Pineda menjadi tumpuan selepas merasuah polis untuk menculik 43 pelajar terbabit dan mengarahkan United Warriors `mengajar’ mereka kerana dikatakan cuba mengganggu majlis keramaian yang diadakannya.
Kartel itu kemudiannya telah membunuh pelajar-pelajar terbabit dengan membakar mereka, dan ada antaranya dibakar hidup-hidup hingga hangus.
Pineda yang bangga kerana dirinya ditakuti dibandar itu kini ditangkap polis bersama suaminya.
Dia berdepan tuduhan membunuh, terlibat dalam kumpulan jenayah dan menyebabkan kehilangan 43 pelajar.
Sumber - ejeninfo.blogspot
No comments:
Post a Comment