Search This Blog

HOME

Sunday, November 16, 2014

MH17: Operasi kutip serpihan pesawat bermula

 
HRABOVE, Ukraine: Petugas mula mengutip serpihan pesawat Malaysia Airlines MH17 di kawasan yang dikuasai pemisah di timur Ukraine hari ini, empat bulan selepas pesawat berkenaan ditembak jatuh.

Operasi itu dijalankan di bawah seliaan penyiasat Belanda dan pegawai Pertubuhan Untuk Keselamatan Dan Kerjasama di Eropah.

Serpihan pesawat itu akan diangkut dengan kereta api ke bandar Kahrkiv di kawasan timur Ukraine yang dikuasai kerajaan.

Alexander Kostrubitsky, ketua perkhidmatan kecemasan di wilayah Donetsk yang dikuasai pemisah, berkata kerja mengumpul serpihan pesawat itu boleh mengambil masa sehingga 10 hari.

Katanya, serpihan besar dipotong kepada bahagian lebih kecil untuk memudahkan ia diangkut.

Semua 298 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terkorban apabila ia ditembak jatuh pada 17 Julai lalu. - AP

Seorang anggota tentera pemisah Ukraine memerhati serpihan pesawat MH17 diangkat dengan kren di perkampungan Hrabove di wilayah Donetsk, timur Ukraine hari ini. Petugas perkhidmatan kecemasan tempatan mula mengutip serpihan pesawat itu hari ini bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan pasukan penyiasat yang diketuai Belanda. - Foto Reuters
Sumber - BH Online

No comments:

Post a Comment