Suspek berjaya ditahan oleh orangramai |
Georgetown: Seorang wanita maut dilanggar dan digilis kereta jirannya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di flet Desa Intan, Bandar Baru, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa Lee Seok Pheng, 47, mati di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana mengalami kecederaan teruk di badan.
Ketika itu, suspek berada dalam kereta dan mangsa bersama suami cuba menegur perbuatan jirannya itu yang membuang sampah di kawasan rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berang selepas ditegur dan memandu keretanya secara melulu sebelum melanggar mangsa.
"Suspek cuba melarikan diri bagaimanapun dia dikejar orang ramai yang melihat kejadian itu.
"Dia kemudiannya berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis," katanya ketika dihubungi.
Sumber - Harian Metro
No comments:
Post a Comment