Dua minggu lalu, pelakon drama popular 7 Suami, Izreen Azminda memberi kenyataan dia bosan dan rimas apabila masih dikaitkan menjalinkan hubungan dengan pelakon Amar Baharin.
Namun, belum cukup sebulan kenyataan itu cuba difahami peminat mereka lain pula cerita yang timbul apabila Malaysian Digest menemubual Amar dalam satu acara fesyen baru-baru ini.
Amar berkata, dia mengakui senang berkawan dengan aktres beranak satu itu dan mereka sering berkongsi masalah serta bertukar pandangan sama ada mengenai kerja termasuk peribadi.
"Saya ada juga kawan rapat lain tetapi dia adalah kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Dia baik dan comel serta banyak menolong saya dalam industri ini," katanya.
Mengulas lanjut kenyataan Izreen sebelum ini, Amar menyifatkan rakannya itu sebagai wanita 'masuk air' dan 'ting tong' tetapi dia menerima sikap Izreen seadanya.
"Sebenarnya, kami berjumpa kembali selepas sebulan apabila masing-masing sibuk dengan penggambaran.
"Kami jarang berjumpa tetapi jika ada kelapangan, kami keluar setakat minum kopi. Kami sering juga berkongsi tentang masalah atau hal peribadi tetapi tidak semua kami kongsi apatah lagi lebih pada hal kerja", katanya sambil tersenyum memandang Izreen yang duduk di sebelahnya.
Sebagai kawan, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Izreen seandainya wanita itu mempunyai pilihan hati sendiri.
"Saya selalu doakan kebahagiaan dan yang terbaik untuk dia. Saya tiada masalah kalau dia jumpa orang lain lagipun kami hanya kawan.
"Sebenarnya, saya lagi takut jika jatuh cinta dengan kawan baik sebab apabila berkawan, kita tidak perlu terlalu 'control'. Jika persahabatan bertukar rasa cinta, akan timbul rasa janggal.
Mesra tapi takde apa-apa katanya |
"Jadi, rasanya baiklah jadi kawan baik sampai bila-bila," katanya sambil tidak menolak jika ada jodoh antara mereka.
Mengenai perkembangan kerjaya, Amar yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama Suamiku Encik Sotong merancang mahu bercuti sebelum kembali bekerja semula pada Januari tahun depan.
Sementara itu, ketika ditanya kepada Izreen tentang pandangannya mengenai Amar, pelakon itu menjawab: "Satu yang saya boleh gambarkan tentang dia, Dia 'charming'," katanya tersenyum.
No comments:
Post a Comment