A. SAMAD SAID TERKEJUT BENDERA KEBANGGAANNYA DIRAMPAS
Tuesday, September 3, 2013
Jom Tengok 50 Video Hantu. (Video)
Ngeri! Kepala Tertusuk Besi Panjang Sedalam 20 Cm.
![]() |
Ini ialah batang keluli yang tertusuk dalam kepala seorang pekerja selepas ia jatuh di tapak bangunan. |
Liu Fenghe sedang berbual dengan rakan sekerjanya di tingkat bawah sebuah bangunan dalam pembinaan apabila tiba-tiba dia rebah ke lantai dengan batang keluli itu tercacak di kepalanya.
Rakannya Zhang berkata, kejadian berlaku cukup pantas. “Sebelum saya sempat berbuat apa-apa, Liu sudah pun berlumuran darah,” katanya ketika ditemui.
Dipercayai batang keluli itu jatuh dari tingkat 25 bangunan berkenaan.
Hentakan yang kuat menyebabkan ia tertusuk sedalam 20 sentimeter ke dalam kepala Liu.
Doktor yang menjalankan pembedahan kecemasan di daerah Shanghe, Shandong. Pihak hospital berkata Liu kini sudah terlepas daripada bahaya.
Pelik Ada, Ngeripun Ada, Kelakarpun Ada, Tak Percaya Tengoklah.(Video)
Wanita Simpan Wang Curi Dalam Dubur.
| Christie Black |
Nashville: Seorang wanita terpaksa menjalani rawatan di hospital selepas cuba meyembunyikan wang tunai AS$5,000 (RM16,370) dalam duburnya dan cuba mengeluarkan wang itu dengan berus tandas dan penyepit.
Christie Black, 43, didakwa mencuri wang itu daripada teman lelakinya Bobby Gulley minggu lalu.
Ketika dibawa ke Hospital Hawkins Memorial, Christie mengalami pendarahan teruk apabila percubaannya mengeluarkan wang itu gagal.
Polis mendakwanya mencuri lebih $1,000 (RM3,274).
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Selasa lalu, polis Hawkins pergi ke kediaman Gulley selepas menerima aduan teman wanitanya mencuri wangnya.
Gulley memaklumkan kepada Sarjan Michael Allen bahawa dia memerangkap Christie dengan meletakkan dua sampul surat berisi AS$4,000 (RM13,096) dan AS$1,000 (RM3,274) dalam plastik ubat usang yang ditinggalkan di atas meja.
Apabila terjaga pada waktu malam Gulley mendapati beg itu hilang. Dia kemudian bersemuka dengan Christie dan bertanya kepada wanita itu mengenai wang berkenaan.
Kerana takut Christie memuntahkan beg plastik mengandungi sebahagian pil yang sudah larut.
Dia juga mengaku meletakkan wang itu dalam bungkusan sebelum dimasukkan ke dalam duburnya.
“Christie mengaku mengambil wang dan ubat itu kerana bimbang Gulley akan mengusirnya. Dia perlukan wang untuk mencari tempat tinggal baru,” kata Allen.
Allen berkata, Christie kemudian cuba mengeluarkan wang itu dengan berus tandas dan penyepit tetapi gagal.
“Dia mengalami pendarahan teruk dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Hawkins Memorial.
“Doktor berjaya mengeluarkan wang berkenaan dan menyerahkannya kepada polis sebagai bahan bukti,” katanya.
Dia Perogol Dan Pembunuh, ‘Black Jesus’ Akhirnya Dikasi Selepas Dibunuh Penduduk.
![]() |
| Steven Tari 'Black Jesus' |
Sydney: Pemimpin ajaran sesat Papua New Guinea yang dikenali sebagai ‘Black Jesus’ dikasi oleh orang ramai yang berang selepas mereka menetaknya hingga mati kerana membunuh remaja perempuan untuk dijadikan korban.
Steven Tari, pesalah rogol yang disyaki memakan mangsanya dibunuh di sebuah kampung terpencil di Papua New Guinea minggu lalu.
![]() |
| .......... akhirnya |
Akhbar National melaporkan dia diburu 80 lelaki sebelum dibunuh, kemaluannya dikasi dan diheret dengan tongkat yang diikat pada lehernya sebelum dicampakkan ke dalam perigi buta.
Tari menjadi buruan sejak melarikan diri dari penjara di Madang, timur negara itu bersama 48 banduan lain pada Mac lalu.
Mayatnya digali polis, pekerja penjara dan pekerja kesihatan Jumaat lalu. Seorang doktor di Hospital Modilion, Gawi, berkata, mayatnya mempunyai beberapa kesan tetakan.
‘Dia ditetak dan dikelar dengan pisau di lengan, kaki, dada dan perut hingga menampakkan ususnya. Kemaluannya juga dikasi,” kata Gawi.
Tari, paderi Lutheran yang gagal dan lebih dikenali sebagai Black Jesus didapati bersalah pada 2010 kerana memperkosa remaja perempuan yang menjadi pengikut gerejanya dan dihukum penjara 10 tahun.
Ketika itu dia mempunyai beribu-ribu pengikut di kampungnya, termasuk askar bersenjata yang bertugas melindunginya.
Antara ajarannya ialah remaja perempuan perlu ‘berkahwin’ dengannya sebagai mentaati suruhan Tuhan.
Bekas Presiden AS Silap Ucap Takziah - Nelson Mandela Masih Hidup Dikatakan Mati........ Jurucakap Bekas Presiden Bush Mengaku Dia ‘Bodoh’.
![]() |
| Presiden AS ke-41 George W Bush |
Washington: Presiden Amerika Syarikat ke-41, George W Bush tersilap mengumumkan kematian bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pagi kelmarin.
Perkara itu berlaku apabila jurucakap Bush, Jim McGrath tersilap membaca tajuk berita di akhbar Washington Post.
![]() |
| Bekas Afrika Selatan, Nelson Mandela |
“Kenyataan Bush itu dibuat ekoran kesilapan dalam membaca tajuk berita di Washington Post. Kesilapan bodoh daripada saya. Minta maaf kepada semua,” tulis McGrath di Twitter. Kenyataan asal berbunyi: “Barbara dan saya berdukacita dengan pemergian seorang daripada pemimpin paling hebat pernah kami kenali. “Saya kagum dengan Nelson Mandela yang mampu memaafkan mereka yang menghukumnya.
“Dia menjadi contoh individu yang sangat pemurah. “Mandela tabah dan mengubah sejarah negaranya. Barbara dan saya sangat menghormati Presiden Mandela dan mengucapkan takziah kepada keluarganya dan semua pemimpin Afrika Selatan.” Bagaimanapun, pejabat presiden Afrika Selatan membetulkan kenyataan itu dengan berkata Mandela masih hidup.
“Ia jelas sekali tidak benar. Kami melihatnya sebagai kesilapan dan tidak akan membesarkan hal itu,“ kata jurucakap pejabat presiden, Mac Mahara.
Mandela dibawa pulang dari hospital kelmarin selepas dirawat sejak Jun lalu akibat jangkitan paru-paru. Keadaannya masih kritikal.
Subscribe to:
Posts (Atom)










