Search This Blog

HOME

Friday, February 28, 2014

Tony Fernandes Mohon Maaf Iklan ‘Hina’ Jururawat

Tony Fernandes berpendapat itu adalah iklan yang bodoh

Iklan insurans yang ditampal pada bahagian belakang kerusi penumpang itu tertulis: “You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses” (Anda mahukan ibu, kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang memberikan layanan buruk).

Iklan yang dikatakan menghina jururawat
Kritikan terhadap iklan ini bukan sahaja dibuat melalui akaun Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes malah Persatuan Kesihatan Malaysia (MMA) turut mendesak permohonan maaf daripada syarikat penerbangan ini kerana memberikan imej negatif terhadap profesion jururawat di negara ini. 

Dan semalam, respon Tony pasti sedikit sebanyak mengubati hati jururawat yang telah terluka. (Lihat artikal terdahulu) 


Luahan hati seorang jururawat
Menurut Tony, beliau secara peribadi turut berpendapat itu adalah iklan yang bodoh dan sudah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Aireen Omar supaya memastikan ia dihentikan serta merta sambil mengambil langkah perlu bagi memastikan insiden sama tidak berulang. 

Tony turut memberi jaminan, beliau sendiri akan bercakap tentang hal ini dengan Tune Insurance Holdings. 

Difahamkan, insiden berlaku disebabkan ada proses yang tidak dipatuhi. 

Sementara itu menurut jurucakap Air Asia, sepucuk surat memohon maaf sudah diutus kepada Persatuan Jururawat Malaysia (MNA) bagi menyatakan kekesalan Air Asia dan Tune Insurance di atas insiden yang tidak disengajakan ini. 

Mengulas lanjut motif sebenar di sebalik iklan yang mencetuskan kontroversi itu, jurucakap Air Asia menyatakan ia sebenarnya cuba menggalakkan setiap oran agar menemani anggota keluarga yang sakit.

Wednesday, February 26, 2014

BIADAP - Iklan Air Asia Hina Jururawat

Iklan ini sangat biadap dan menjadi kemarahan para jururawat

Air Asia didesak supaya menarik balik iklan terbarunya di atas pesawat yang didapati menyakitkan hati para jururawat.

Iklan yang ditampal pada belakang tempat duduk penumpang itu berbunyi, “You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses” (Anda mahukan ibu, kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang memberikan layanan buruk).

Ayat ini sebenarnya digunakan bagi mengiklankan pakej perlindungan Tunes Insurance Malaysia.

Terdapat jururawat yang terlihat iklan ini di atas pesawat, kemudiannya memberikan mesej jelas bahawa mereka terasa hati apabila memuatnaik gambar iklan terbabit di laman Facebook pemilik Air Asia, Tony Fernandez bersama luahan perasaan.





Disebabkan aduan diterima, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut meminta supaya Air Asia memohon maaf kepada seluruh jururawat di Malaysia kerana dianggap memperkecilkan pekerjaan mulia tersebut.

Presiden MMA Datuk Dr N.K.S.Tharmaseelan berkata, iklan ini sudah pasti dibaca oleh ramai penumpang dari pelbagai latar belakang dan tempat yang menaiki pesawat Air Asia sekaligus memberikan gambaran negatif tentang kerjaya jururawat di negara ini.

Sumber

Brunei Laksanakan Undang-Undang Syariah Mulai 1 April 2014.

"Brunei akan melaksanakan undang-undang syariah seperti sebatan, pemotongan anggota badan serta hukuman rejam sampai mati mulai 1 April ini." - Sultan Hassanal Bolkiah

Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menyuarakan kemurkaan dan mengarahkan pengguna media sosial berhenti mengkritik rancangan beliau untuk memperkenalkan undang-undang syariah di negara itu.

Sultan Brunei salah seorang individu terkaya dunia pada Oktober lalu mengumumkan bahawa Brunei akan melaksanakan undang-undang syariah seperti sebatan, pemotongan anggota badan serta hukuman rejam sampai mati mulai 1 April ini.

Tindakan cetus kritikan

Tindakan itu mencetuskan kritikan daripada media sosial, satu-satunya kaedah rungutan awam membabitkan pihak berkuasa negara itu dengan tindakan mempersoalkan Sultan dielakkan.

Dalam titah ucapan hujung minggu lalu, Hassanal memberi amaran keras kepada pengkritik beliau.

“Mereka tidak boleh dibenarkan melakukan penghinaan ini tetapi jika ada elemen yang membolehkan mereka dibawa ke mahkamah, mereka akan menjadi yang pertama merasai pelaksanaan Perintah Kanun Keseksaan Syariah pada April,” katanya menurut salinan ucapan yang diterbitkan media kerajaan.
Beliau tidak memperincikan bagaimana pengguna media sosial boleh didakwa di bawah undang-undang Islam itu. Sultan kekal sebagai individu amat dihormati di negara 400,000 penduduk itu yang menikmati taraf hidup tertinggi di Asia.

Bagaimanapun, beberapa minggu lalu perdebatan internet berlaku membabitkan penyokong undang-undang berkenaan dan mereka yang amat bimbangkan pelaksanaannya.

“Amat menakutkan untuk memikirkan kami mungkin direjam dengan batu sehingga mati kerana menyintai atau didenda kerana meminati sesama jantina dan pakaian kami turut dikawal,” kata satu kiriman internet.

Brunei mempunyai penggunaan dan kadar penembusan media sosial terbesar dunia. Undang-undang syariah memperuntukkan hukuman mati kepada zina, potong tangan kerana mencuri serta sebatan dalam kesalahan seperti pengguguran, minum arak dan homoseks.

Negara itu melaksanakan ajaran Islam konservatif berbanding jiran Islamnya, iaitu Malaysia dan Indonesia dengan mengharamkan jualan arak dan mengehadkan agama lain.

Ia juga mempunyai dua sistem perundangan, iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang mengendalikan kes perkahwinan, pewarisan harta dan banyak isu kecil lain.

Sumber

Monday, February 24, 2014

Allahu Akbar - Meleleh airmata setelah pertama kali melakukan solat

"Saya tidak pernah merasa kebahagiaan dan ketenangan diseluruh hidup selama ini"

Allahu Akbar - Lelaki ini baru selesai mengucap Dua Kalimah Shahada dan telah diajarkan cara-cara bersolat, dia mula menangis selepas melakukan solat, SubhanAllah, dia berkata “Saya tidak pernah merasa kebahagiaan dan ketenangan diseluruh hidup selama ini dan akhirnya saya telah mendapatkannya, In’sha’Allah kita akan dapat kekhushukkan seperti ini hingga keakhir hayat.

Sumber - SPREDING ISLAM

Subhanallah - Setiap tahun lebih 5,000 rakyat British memeluk Agama Islam.


"Saya jatuh cinta dengan Islam" - Jayne Kemp

Saya tidak mencari agama............ saya cuma jatuh cinta dengan Islam, itulah kata-kata yang keluar dari mulut Jayne Kemp.

Apabila ditanya kenapa secara ‘dramatik’ menukar agama daripada Kristian Katolik kepada Agama Islam, Jayne yang bertugas sebagai pegawai sokongan komuniti polis berkata “saya jatuh cinta dengan Islam” selepas membantu mangsa keganasan seksual.


Jayne semasa melakukan tugas rondaan
Mengikut kajian kebanyakan mereka yang memeluk Agama Islam adalah dikalangan orang kulit putih dan 75% daripadanya adalah wanita.

Beliau yang telah memeluk Agama Islam pada akhir bulan April 2013 memakai hijab semasa menjalankan tugas rondaan di kawasan Eccles, Gtr Manchester dan bercadang untuk menukar namanya kepada Aminah.

Ibu tunggal berumur 28 tahun ini berkata “Saya ingat sebagai wanita Islam akan dijadikan sebagai hamba dan hanya duduk di dapur, tetapi anggapan saya salah kerana Agama Islam adalah agama yang menghormati diantara satu sama lain”.

Orang Kristian Belanda tolak guna 'Allah'

Orang Kristian Belanda tolak guna 'Allah' - Siti Shamsiah Md Supi

Masyarakat Kristian di Belanda menolak penggunaan Kalimah Allah sebagai merujuk kepada maksud 'God' bagi agama tersebut, demikian menurut pensyarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Siti Shamsiah Md Supi.

Ia terbukti melalui satu kajian yang dijalankan kepada 4,000 responden beragama Kristian di sana.

Kata Siti Shamsiah, hasil dari kajian itu juga mendapati masyarakat Kristian di sana tidak mahu menyamakan Tuhan mereka dengan Allah.

"Di Belanda ada satu kaji selidik sekitar 2007, dan dijalankan kepada seramai 4,000 responden yang beragama Kristian. Hasilnya sebanyak 92 peratus tidak setuju 'God' diterjemahkan sebagai Allah.

"Seorang daripada 4,000 responden ini mengatakan, jika 'God' orang Kritian panggil Allah, maka gereja boleh dipanggil masjid. Sedangkan setiap satu entiti ini mempunyai pengertian dan identiti tersendiri," katanya di sebuah forum tentang kesucian Islam di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah menurut Siti Shamsiah lagi, cadangan penggunaan kalimah Allah untuk menyamakan Tuhan Kristian ini turut mendapat tentangan daripada seorang pimpinan paderi di sana, iaitu Jonathan Morris.

Morris dilaporkan berkata hanya orang-orang Kristian yang bingung sahaja yang mahu mengampu agama lain.

"Perkara ini perlu ditolak kerana ia isu teologi, akidah dan bukannya isu tolak ansur. Pertubuhan terbesar Katholik Belanda membantah cadangan ini (di Malaysia) yang di sini cuba dibawa di kalangan orang-orang Islam di Malaysia.

"Mereka berkata bahawa orang-orang Katholik yang bingung sahaja yang sanggup mengampu agama lain," katanya.

Perdebatan mengenai penggunaan kalimah Allah di negara ini menjadi isu sejak beberapa tahun lalu sementelah penerbitan Katolik, The Herald bertegas mahu menggunakannya.

Namun Mahkamah Rayuan 14 Oktober lalu memutuskan bahawa The Herald tidak boleh menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada 'Tuhan' kerana mendapati kalimah tersebut bukan merupakan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Bukan Islam di Selangor turut di larang menggunakan kalimah itu sementelah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Sekatan Pengembangan di Kalangan Orang Bukan Islam) 1988 melarang mereka daripada menuturkan sekurang-kurangnya 25 perkataan.

Perkataan itu adalah Allah, Illahi, Rasul, Fatwa, Firman Allah, Wahyu, Iman, Ulama, Mubaligh, Dakwah, Nabi, Hadith, Syariah, Injil, Sheikh, Ibadah, Qiblat, Salat, Kaabah, Haji, Khalifah, Kadi, Mufti, Wali dan ibadah.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menitahkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible dan juga penerbitan 'The Herald' versi Bahasa Melayu perlu dihentikan serta merta.


Sumber - ANTARAPOS

Video klip Katy Perry hina Islam ?

Kelihatan seorang lelaki memakai seutas rantai tertera kalimah Allah didalam video klip terbaru Katy Perry  


Penyanyi barat, Katy Perry kali ini mencetuskan kontroversi apabila video klip terbarunya, Dark Horse didakwa mempunyai elemen menghina Islam.

Melalui video klip itu, jelas kelihatan seorang lelaki memakai seutas rantai tertera kalimah Allah pada minit ke 1.15.

Badan lelaki itu kemudiannya hancur lebur menggunakan teknik grafik.

Inilah Katy Perry penyanyi celaka yang menghina Islam
Tidak diketahui apakah motif penggunaan kalimah Allah dalam video klip itu? Tidak diketahui juga apakah kewajaran badan lelaki itu di musnah sebegitu rupa?

Pelayar internet yang berang dengan penghasilan video klip itu menyifatkan ia seolah-olah mahu menggambarkan kehancuran Allah dan agama Islam itu sendiri.

Sehubungan itu, wujud beberapa usaha dari pihak tertentu yang mahukan Youtube supaya mengeluarkan video itu dari laman tersebut.

Seorang pelayar internet, Shazad Iqbal dari Bradford, United Kingdom kini sedang mengumpul sebanyak mana petisyen daripada masyarakat Islam seluruh dunia untuk dihantar kepada laman sosial berkenaan.

"Seperti yang ditonton, kekufuran itu jelas disampaikan di dalam video itu sementelah Katy Perry ingin menonjolkan sebagai berlawanan dengan Allah yang meletakkan kalimah Allah seolah-olah musnah.

"Inilah tujuan utama kami mahu menyerahkan petisyen ini supaya masyarakat dari pelbagai perbezaan agama dan latar kehidupan percaya bahawa video ini bermaksud menggalakkan kekufuran, menggunakan kalimah Allah dengan cara tidak terhormat yang dianggap sangat tidak wajar," demikian menurutnya.

Sumber - ANTARAPOS