Search This Blog

HOME

Wednesday, March 5, 2014

Astaghfirullah al'azim - Bekas Presiden ABIM, Dr. Razali Nawawi label Anwar Ibrahim tidak ubah seperti Nabi Musa?.

Nabi Musa disingkir dari istana kerana difitnah, Anwar disingkir kerana meliwat, samake? 

Perumpamaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Firaun dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ubah seperti Nabi Musa yang dilebelkan oleh bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Razali Nawawi amat keterlaluan yang boleh mengelirukan pemikiran umat Islam terutama golongan muda.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee walaupun sekadar perumpamaan tetapi di dalam Islam dilarang keras menyamakan manusia biasa dengan taraf kenabian atau kerasulan yang dipilih oleh Allah S.W.T.

Katanya, gambaran Dr Mahathir sebagai Firaun berikutan dakwaan kekejaman poltik yang dilakukan keatas Anwar mungkin boleh diterima oleh sesetengah pihak tetapi bukannya tertalu taksub dengan perumpamaan sebagai Nabi Musa.

“Anwar bukan maksum, manusia biasa yang terjebak dengan kes moral yang menjijikkan, apakah ini ciri-ciri yang boleh dibuat persamaan dengan Nabi Musa ?, soal beliau.

Lagipun tegas Syed Ali, perjuangan Anwar berpandukan kepada kepentingan politik dalam memburu impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan Nabi Musa berjuang membawa syariat dan ajaran agama untuk kesejahteraan umatnya pada ketika itu.

“Walaupun bekas pemimpin Abim itu cuba menggambarkan kebencian melampau terhadap bekas Perrdana Menteri dan melatakkan Anwar, yang sedang berdepan dengan kes liwat tidak ubah sebagai Nabi Musa, perbuatan seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

Beliau kesal kerana pembangkang berterusan menyemarakkan rasa benci rakyat terhadap Tun Dr Mahathir dengan mengaitkan dengan isu kekejaman politik terhadap Anwar sehingga dipecat daripada UMNO pada tahun 1998.

Syed Ali berkata, sebagai seorang pemimpin pertubuhan Islam yang sedikit masa dahulu amat berpengaruh, Dr Razali tidak sepatutnya membuat perbandingan sedemikian rupa kerana dikhuatri boleh menjejaskan akidah umat Islam..

Katanya, belum ada ada lagi mana-mana pemimpin politik di negara ini yang dibuat perumpamaan sebagai seorang Nabi atau Rasul dan ini satu perbuatan mengelirukan.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam menyiasat dakwaan yang dibuat oleh bekas presiden Abim itu, ketika berceramah di Taman Puncak Saujana, Kajang, malam tadi.

Dalam ceramah kempen politik bagi PRK DUN Kajang, Dr Razali seperti yang dilaporkan oleh portal berita themalaysiainsider hari ini (Selasa) bahawa penderitaan dialami Anwar akibat kekejaman Dr Mahathir tidak ubah seperti Nabi Musa yang dibesarkan Firaun dan kemudian disingkirkan daripada istana.

Bekas presiden pertama Abim itu berkata, angkara fitnah yang dilemparkan Firaun ke atas Nabi Musa, memaksanya lari meninggalkan istana menuju ke Iraq.

“Saya kata (perumpamaan) mereka ini seperti Firaun dengan Musa. Nabi Musa anak angkat Firaun duduk dalam istananya tetapi apabila dilihat Nabi ini membahayakan, dia membuat fitnah dan Nabi Musa terpaksa membawa diri sampai ke Iraq.

“Beginilah Anwar. Apabila Dr Mahathir nampak Anwar ini bahaya, macam-macam dia berbuat fitnah. Fitnah yang tidak pernah dilakukan orang lain sebelumnya,” ujar Dr Razali lagi.

Mengulas lanjut, Syed Ali menegaskan tuduhan kononnya Anwar difitnah dan menjadi mangsa akibat kekejaman politik Dr Mahathir adalah tidak berasas sama sekali dan dilihat cuba menegakkan benang yang basah.

Katanya, sudah menjadi kelaziman pembangkang dan mereka yang memusuhi pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan melemparkan pelbagai tuduhan dan andaian bagi menyemarakkan kebencian rakyat terhadap parti pemerintah.

“Tuduhan Anwar dizalimi oleh Dr Mahathir sudah berulang kali diungkitkan pembangkang, tetapi inilah pertama kali pula Anwar diberikan perumapamaan seperti Nabi Musa, ini perbuatan melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam,” tegasnya.

Sehubungan itu, belain menasihatkan pemimpin pembangkang jangan memutarbelitkan ajaran Islam untuk kepentingan agenda politik sehingga boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Islam khususnya.

“Berkempenlah secara sihat dan bertamadun, tak perlu untuk mendewa-dewan Anwar sehingga tarafnya diumpamakan dengan Nabi, ini sudah terkeluar dearipada syariat Islam,” tegasnya.

Sumber - umnobahagiancheras

Tuesday, March 4, 2014

Azizul jadi ‘kambing hitam’

Azizulhasni Awang dianiaya secara kejam oleh UCI

Kuala Lumpur: Pelumba trek terbaik negara Azizulhasni Awang menjadi mangsa keputusan yang tidak adil semata-mata kerana Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) terpaksa mencari ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan.

Itu pendapat ketua jurulatih negara, John Beasley berikutan pembatalan Azizulhasni dalam acara keirin di Kejohanan Dunia di Cali, Colombia kerana dianggap sebagai penyebab kemalangan yang turut membabitkan pelumba Australia, Matthew Glaetzer, Jumaat lalu.

Beasley menyifatkan keputusan UCI berkenaan sebagai kejam kerana rakaman video perlumbaan pusingan kedua itu jelas membuktikan Azizulhasni tidak bersalah.

“UCI menjatuhkan hukuman tidak adil dan kejam terhadap Azizul yang pada saya, langsung tidak melakukan kesalahan.

“Rakaman video itu jelas menunjukkan pelumba Australia (Glaetzer) yang datang dari arah belakang dan meluru masuk ke dalam garisan Azizul lalu menyebabkan kemalangan.

“Berikutan insiden itu UCI terpaksa mencari seseorang untuk dipersalahkan dan akibatnya Azizul yang menjadi mangsa biarpun Matthew jelas menjadi punca insiden berkenaan berlaku,” katanya.

Sumber - HARIAN METRO

Tahniah Koperal Aidil Mustafa - DARAH BALAS DARAH

Jenazah Raja Aizam dibawa menaiki van untuk dikebumikan di Kuala Kangsar.


Klang: “Syukur nyawa saya masih panjang apabila pistol tidak meletup ketika penjenayah itu melepaskan tembakan yang disasar tepat ke kepala saya,” kata Koperal Aidil Mustafa, 29.

Dia seorang daripada dua anggota polis yang diserang sekumpulan lima warga Indonesia di Taman Sentosa, dekat sini awal pagi semalam, menyebabkan rakannya Koperal Raja Aizam Raja Mohid, 53, meninggal dunia akibat ditetak di kepala.

Anak Raja Aizam mengiringi jenazah ayahnya
Seorang daripada dua penjenayah yang mati ditembak.
Kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu turut mengakibatkan dua daripada penjenayah terbabit mati selepas ditembak Aidil yang berjaya merampas semula senjata, namun dia turut cedera di muka akibat ditikam dengan pisau.

“Lelaki yang merampas pistol (milik Raja Aizam) itu memetik picu sambil pistol dihalakan tepat ke kepala. Saya terdengar bunyi tap! tap! Apabila pistol tidak meletup, saya rampas semula senjata itu dan menendangnya hingga terjatuh.

“Pada masa sama datang seorang rakan lelaki terbabit menerkam lalu memeluk saya sebelum saya ditikam dengan pisau. Saya kemudian melepaskan tembakan ke arah kedua-dua mereka,” katanya.

Sumber - HARIAN METRO

Kalimah Allah: Mahkamah Persekutuan Tangguh Keputusan Permohonan Kebenaran Merayu


PUTRAJAYA, 5 Mac (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan di sini menangguhkan keputusan berhubung permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan, 'The Herald' dalam versi bahasa Malaysia, daripada menggunakan kalimah Allah.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel tujuh hakim, berkata mahkamah menangguhkan keputusannya sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Orang Islam yang hadir untuk memberi sokongan
Terdahulu, panel itu mendengar penghujahan daripada peguam yang mewakili gereja itu, enam majlis agama Islam negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) di samping penghujahan daripada peguam kanan persekutuan mewakili Menteri Dalam Negeri.

Enam negeri itu ialah Terengganu, Kedah, Johor, Melaka, Wilayah Persekutan dan Selangor.

Turut bersidang dalam panel itu bersama Arifin ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali serta Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Gereja itu memohon kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Okt tahun lepas yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan versi bahasa Malaysianya.

Sumber - BERNAMA

9 Roket Angkasa Terbesar Yang Pernah Dibina!

Saturn V antara roket terbesar pernah dibina

Roket bukan hanya digunakan untuk tujuan ketenteraan tetapi juga untuk kegunaan sains, komunikasi dan juga digunakan oleh manusia untuk mendarat di Bulan. Perkembangan teknologi di seluruh dunia berbeza-beza, begitu juga saiz roket.

Dan tahukah anda 9 Roket Angkasa Terbesar Yang Pernah Dibina manusia!? Jom baca..

Falcon 9

Falcon 9 telah dilancarkan pada 23 Mei 2012 untuk membawa kapsul berisi muatan makanan. Roket ini adalah sepanjang 54 meter dan tanpa juruterbang. Ia dimiliki oleh Space X, syarikat yang dimiliki oleh jutawan Elon Musk. Beliau merupakan salah seorang pengasas Paypal.

H-IIB

H-IIB adalah roket yang menggunakan bahan bakar cair. Roket ini adalah buatan Jepun yang dilengkapi dengan sistem peluncuran utama, H-II Transfer Vehicle (HTV) yang dihubungkan dengan Stesen Luar Angkasa Antarabangsa (ISS). Roket ini adalah sepanjang 56 meter.

Space Shuttle

Roket ini dimiliki oleh Amerika Syarikat dan boleh dikendalikan oleh 7 orang anak kapal. Dengan panjang 184 kaki, roket ini merupakan sebuah pesawat angkasa ulang-alik yang digunakan untuk menghantar kargo ke angkasa lepas.

Ariane 5

Pada Jun 1996, roket sepanjang 193 kaki ini telah gagal dalam ujian selepas mengalami kerosakan pada perisian utamanya selepas 37 saat dilancarkan ke udara.

Atlas V

Roket milik Amerika Syarikat yang dikhaskan untuk membawa muatan berat ke orbit. Roket sepanjang 195 kaki ini mampu membawa bebanan sehingga 333,298 kilogram.

Delta IV

Sepanjang 206 meter, roket ini dibina untuk kegunaan pihak tentera dan juga komersial.

Ares-1

Walaupun roket ini masih lagi dalam proses pembinaan, Ares-1, yang sepanjang 310 meter ini bakal menjadi roket paling canggih yang pernah dibina manusia untuk meneroka ruang angkasa lepas dan menghantar manusia ke bulan.

N-1

Roket dengan keupayaan tinggi dan merupakan roket terbesar di dunia yang dibina oleh Rusia untuk membawa manusia ke bulan. Malangnya, roket ini telah musnah sewaktu ujian penerbangan. Panjang roket ini adalah sekitar 344.5 meter.

Saturn V

Merupakan roket paling besar di dunia dan memiliki keupayaan paling tinggi yang pernah dibangunkan dalam sejarah peradaban manusia. Ia adalah satu-satunya roket yang mampu membawa manusia mendarat di Bulan. Saturn V, sepanjang hampir 363 meter menyamai ketinggian sebuah bangunan 40 tingkat.

Rahsia Kelebihan Zat Masam Epal Hijau Sebagai Pembersih Tubuh

Zat Masam Epal Hijau Sebagai Pembersih Tubuh

Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah:

• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Sumber

Sayur Kobis Mampu Elak Barah

Sayur Kobis mampu elak barah

Tahukah anda bahawa kobis mengandungi banyak zat di dalamnya dan baik untuk kesihatan tubuh badan terutamanya bagi mengelakkan penyakit kanser.

Pelbagai khasiat antikanser yang terkandung dalam sayuran ini iaitu klorofil, vitamin E dan C.

Kandungan sulfur di dalam kobis juga membantu membuang sisa alkohol dalam darah.

Kobis juga baik digunakan untuk mengubati penyakit kulit iaitu dengan mengisar daun kobis kemudian dilumur ke kulit bermasalah.

Bagi perubatan dalaman, kobis boleh mengubati penyakit kanser dengan mengamalkan pengambilan sayuran ini sama ada dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam.

Antara manfaat kobis ialah menurunkan risiko gangguan jantung dan angin ahmar, mengurangkan risiko kanser usus besar, penyembuhan bisul dan meningkatkan sistem pencernaan.


Kobis juga berguna untuk menurunkan kadar kolesterol.