Search This Blog

HOME

Monday, June 16, 2014

Pegawai JAKIM Enggan Jamah Hidangan Coklat Cadbury!

Sedapnyer coklat free........

Satu program memakan coklat Cadbury dilaporkan telah diadakan hari ini dianjurkan oleh penggiat media sosial dan blogger di Wisma Nusantara, di Kuala Lumpur.

Difahamkan pada program itu, coklat berkenaan hanya dijamah oleh para blogger tetapi pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang turut hadir enggan menjamahnya.

Menurut laporan Astro Awani, sebab mengapa wakil Jakim enggan menjamah coklat berkenaan tidak diketahui.

Sebelum ini, pada 3 Jun lepas seorang pegawai Jakim pernah mmebuat kenyataan sedia memakan coklat berkenaan pada bila-bila masa bagi membuktikan kebenaran pensijilan halal yang diberikan oleh badan itu di negara ini.

Program itu diberi nama “Sijil Halal Malaysia Dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif”.

Menurut penganjur program berkenaan, rogram itu antara lain bertujuan mempertahankan kenyataan halal yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Cadbury Malaysia berhubung isu DNA babi (porcine) dalam coklat yang dibangkitkan beberapa pihak, kebelakangan ini.

Selain itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

Tindakan pegawai Jakim yang tidak diketahui sebabnya itu boleh mewujudkan kekeliruan khususnya apabila ada pegawai Jakim pernah mengeluarkan kenyataan berbeza.


Kenyataan itu sebelum ini dikeluarkan oleh Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah yang berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

MH370: Kehilangan Pesawat Dirancang Dengan Teliti

Masih menjadi misteri


Teori berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lalu kini semakin bertambah dengan pelbagai versi dan cerita apabila semalam sudah genap 100 hari kehilangannya.

Terbaru, seorang juruterbang telah menulis secara bersama menulis sebuah buku mendakwa kehilangan pesawat itu telah disengajakan dan dirancang dengan teliti, menurut laporan The Independent.

Buku itu bertajuk “Good Night Malaysia 370 : The Truth Behing The Loss of Flight 370” ditulis oleh juruterbang Ewan Wilson dan wartawan dari New Zealand Geoff Taylor.


Menurut laporan itu, pasangan itu juga menulis bahawa pesawat MH370 secara faktanya memang berakhir di Lautan Hindi dan ia adalah untuk menghapuskan sebarang bukti salah laku dan penyelewengan.

Menurut Wilson, ia adalah kali pertama satu analisis lengkap berkaitan kehilangan pesawat itu dihasilkan termasuk laluannya juga siapa yang dipercayai mereka bertanggungjawab apabila peswat itu memasuki Lautan Hindi.

“Kehilangan pesawat MH370 menarik perhatian dunia dan juga telah mengejutkan semua orang termasuk jalan ceritanya,” katanya.

Bagi Taylor, kehilangan pesawat MH370 bukanlah suatu nahas kerana ia telah benar-benar dirancang secara teliti dan tidak sepatutnya dibiarkan berlaku.

Pada 15 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun membuat pengumuman bahawa sistem mengesan pesawat berkenaan iaitu transponder telah secara sengaja dimatikan.


100 Hari Yang Paling Menyakitkan


Semalam, genap 100 hari kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas semasa dalam penerbangan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata tempoh 100 hari itu adalah satu tempoh panjang yang amat menyakitkan bagi syarikat penerbangan Malaysia itu.

Ahmad Jauhari berkata, pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu tidak pernah dilupakan syarikat itu walaupun lokasinya ketika ini masih belum diketahui.

“Ini menjadi tempoh 100 hari paling panjang dalam sejarah sejak kehilangan pesawat MH370,” katanya, dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur, hari ini.

“Doa dan harapan kami bersama anggota keluarga 239 penumpang. Mereka sentiasa berada dalam fikiran kami sejak 100 hari lalu,” katanya.

Beliau berate, MAS akan terus mencari jawapan terhadap misteri kehilangan pesawat berkenaan.

“Malaysia Airlines akan terus berharap untuk mencari jawapan bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada MH370,” katanya.

MH370 hilang pada 8 Mac dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing, China.

Sejak tempoh itu, usaha misi pencarian melibatkan 26 negara digerakkan untuk mengesan pesawat berkenaan, namun sehingga kini masih belum membuahkan hasil.

Antara negara yang terlibat dalam misi pencarian yang dikoordinasikan Malaysia termasuklah Australia, China, Singapura dan Amerika Syarikat.

Majoriti penumpang pesawat malang itu adalah warganegara China.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan agensi terlibat dari Malaysia, Australia dan China dan negara-negara lain yang tampil membantu mencari dan mengesan MH370.


“Meskipun pelbagai usaha dilakukan sejak 100 hari lalu, misteri kehilangan pesawat masih belum terungkai,” katanya.

Friday, June 13, 2014

Anggota Trafik Tidak Bersalah Koyak Wang Sogokan

Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang anggota polis trafik mengoyak wang yang disogokkan kepadanya tidak dianggap sebagai kesalahan.

Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, perkara itu diputuskan selepas membuat rujukan perundangan.


"Saya sudah rujuk kepada pihak perundangan kami, tiada kesalahan yang dilakukan (anggota trafik).

"Kalau pemandu tidak puas hati dia boleh buat laporan polis, biar kita siasat kelakuan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'flag-off' konvoi bermotosikal program kesedaran dan keselamatan jalan raya anjuran pasukan Polis Trafik dengan kerjasama iM4U, di sini, Jumaat.


Mohd Fuad mengulas mengenai gambar yang tersebar di laman sosial berhubung keengganan seorang anggota polis trafik menerima wang kertas RM20 yang disogokkan seorang pesalah trafik kepadanya.


Difahamkan, marah dengan tindakan merasuah itu, beliau telah bertindak mengoyak wang kertas berkenaan.

Mohd Fuad berkata, walaupun tindakan mengoyak wang dilihat tidak sepatutnya dilakukan, tetapi ia harus dilihat pada situasi dan masa.

"Pada saya anggota trafik tak sepatutnya melakukan tindakan mengoyak wang, tetapi bagi keadaan itu, bila ada orang memberi wang sogokan, ia boleh diterima.

"Pemandu boleh buat laporan, tetapi dia nak tulis apa dalam laporan...takut nanti laporan itu makan dirinya sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Fuad berkata, beliau sering mengingatkan pegawai dan anggota trafik supaya menolak dan memberi amaran kepada pemandu yang cuba memberikan wang sogokan.

"Jika pemandu berkeras juga mahu beri (wang), tak ada salahnya kalau mereka ditangkap, malah saya sendiri beri arahan supaya mereka ditangkap," katanya.

Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan jika terdapat mana-mana anggota polis trafik yang cuba meminta wang sogokan daripada pesalah trafik.

Katanya, jika nama atau nombor pengenalan anggota trafik itu tidak dapat dikenalpasti, orang awam boleh membuat laporan dengan mengemukakan nombor kenderaan dan tempat kejadian.


Sumber - mStar Online

Monday, June 9, 2014

Pangsapuri Mewah Pasang Pancang Logam Usir Gelandangan


SEBUAH blok pangsapuri mewah yang terletak di Southwark Bridge Road, London memasang pancang logam sepanjang 17 inci untuk mengelak gelandangan tidur di sekitar kawasan terbabit.

Beberapa penduduk berkata, mereka sering melihat gelandangan tidur di sudut dekat pintu masuk ke pangsapuri terbabit beberapa minggu lalu sebelum pancang logom tersebut dipasang.


Malah, pancang logam tersebut turut dipasang di beberapa kawasan di sekitar kota metropolitan itu.

Tindakan tersebut turut mencetuskan kemarahan pelbagai pihak dengan ada di antara mereka menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan.

Twit daripada pelawak terkenal David Schneider
Seorang penduduk di pangsapuri terbabit, Emi Takehara berkata beliau tidak selesa melihat pancang logam tersebut dipasang di hadapan pintu ke kawasan perumahan mewah itu.

"Saya rimas melihat pancang logam ini dipasang di hadapan tempat tinggal saya. Saya merasakan golongan gelandangan ini dilayan seperti binatang," katanya.

Menurut pusat kebajikan untuk golongan gelandangan Britain, Crisis, sejak tiga tahun lalu, London mencatatkan peningkatan gelandangan sebanyak 75 peratus disebabkan kemelesetan ekonomi dan pemotongan faedah perumahan.


Sumber - standard.co.uk

Bekas Jurutera Belanja RM699,000 Ubah Suai Boeing 727 Jadi Rumah ( 15 Gambar)


SEORANG lelaki sanggup membelanjakan kira-kira 130,000 pound (RM699,000) semata-mata untuk mengubah pesawat Boeing 727 menjadi sebuah tempat tinggal yang menarik.

Katanya, beliau mengambil keputusan tersebut sebagai satu usaha untuk menyelamatkan pesawat itu daripada dijadikan besi buruk.

Bruce Campbell, dari Portland, Oregon, menghabiskan tempoh hampir setengah tahun tinggal di dalam pesawat tersebut yang masih memiliki kokpit.

Bekas jurutera elektrik berusia 64 tahun itu pada asalnya merancang untuk membina rumah dari van pengangkut di tanah berkeluasan 10 ekar.

Namun, dia kemudiannya mengubah fikiran dengan menjadikan pesawat sebagai tempat tinggalnya.

"Matlamat hidup saya adalah untuk mengubah tingkah laku manusia supaya meminat bidang ini," katanya.














 Sumber - designyoutrust.com

Sunday, June 8, 2014

SIAPA MAHU JAWAB - Jual pasir ke Singapura ibarat jual negara sendiri, kata Dr Mahathir

Jangan  sampai hanya tinggal nama, isinya kepunyaan orang lain..........

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad menyifatkan aktiviti penjualan pasir ke negara jiran sama seperti menjual wilayah sendiri ke negara asing.

Dr Mahathir yang berkhidmat paling lama sebagai perdana menteri berkata, negara sudah merdeka daripada jajahan British lebih setengah abad lalu tetapi tabiat menjual tanah kepada negara asing masih kekal walaupun undang-undang melarang kegiatan itu dilakukan.

"Dengan digunanya tanah negara ini untuk memperbesarkan wilayah negara lain, hasilnya tidak banyak berbeza dengan penjualan wilayah kepada negara asing, seperti yang dilakukan dahulu," katanya dalam tulisan melalui blognya.

Beliau turut menegur aktiviti tebus guna tanah di pesisir Selat Tebrau yang giat dijalankan dan menyebabkan nilai tanah meningkat tinggi.


masih berbisa bila bercakap...............
Katanya, persaingan antara dua negara menebus tanah di selat masing-masing hanya akan menguntungkan golongan kapitalis memiliki kondominium mewah dan hartanah di kawasan pembangunan bandar baru yang mahal.

Sebaliknya, rakyat sendiri terutamanya orang Melayu akan mengulangi sejarah zaman British dengan menjual tanah milik mereka kepada orang asing apabila ditawarkan dengan harga yang tinggi.

Beliau berkata, selepas tanah habis dijual, orang Melayu akan menjadi penumpang di negara sendiri apabila berpindah ke kawasan lebih jauh dari bandar untuk mendirikan rumah dan tinggal di pinggir hutan.

"Tak mengapalah kita dapat duit banyak. Pinggir hutan amat selesa.

"Kalau kita ternampak sebagai penumpang di negara sediri, itu pun tak mengapa.

"Selagi boleh jual negara sendiri apa salahnya menjadi penumpang," katanya penuh sindiran.

The Edge Review melaporkan projek tebus guna tanah dan pembangunan besar-besaran yang disokong oleh keluarga diraja Johor mencalar hubungan baik antara Malaysia - Singapura.

Memetik sumber dalam ruangan Informer, akhbar itu melaporkan syarikat Country Gardens Holding Co Ltd daripada China mendapat hak daripada kerajaan Johor untuk menebus guna sebanyak 2,000 hektar tanah di pantai Johor untuk projek perumahan mewah.

Projek bernilai berbilion dolar itu akan memanjangkan pantai Johor di Link Kedua sehingga ke tepi sempadan yang memisahkan Malaysia dan Singapura sehingga menimbulkan rasa tidak senang negara republik itu.

Memetik sumber, akhbar itu berkata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar merupakan individu di belakang projek itu, yang sedang dipromosikan secara aktif oleh ahli politik yang berkuasa di Johor.

Katanya, walaupun Singapura masih belum bersuara secara terbuka, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan sedang menghadapi dilema menangani kebimbangan yang akan dibangkitkan oleh Singapura.

Monday, June 2, 2014

Hebat gadis ini....... tak perlu telanjang, tak perlu terkoyak sana terkoyak sini, suarapun sedap didengar........ (Video)

Frida Siregar

Kata namanya Frida Siregar.......... ketertiban semasa membuat persembahan membuatkan gadis comel ini menjadi perhatian ramai........ jom tonton videonya dibawah........... mari ramai-ramai kita LIKE untuk 'promote' gadis ini..........