![]() |
| Hanya yang bertaraf jutawan aje yang mampu memiliki bas semewah ini....... |
Friday, December 12, 2014
Pelik, rumah usang tetamu tak putus.
Klang: Rahsia sebuah rumah kampung di Jalan Meru Batu 5, yang tidak henti didatangi 'tetamu tidak diundang' akhirnya terbongkar apabila sepasukan polis mendapati rumah itu dijadikan sarang pelacuran warga asing sejak beberapa bulan lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang kelmarin, polis mendapati rumah itu dijadikan sarang pelacuran, malah ketika serbuan, seramai 13 lelaki yang juga pelanggan sedang menunggu giliran untuk mendapatkan khidmat seks dan ada antara pelanggan yang masih memakai kondom.
Difahamkan, rumah yang dihuni dua wanita warga Vietnam lingkungan 40-an itu menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM40 dan menyasarkan lelaki warga asing sekitar daerah ini.
Sumber polis berkata, hasil risikan, polis mendapati rumah itu sentiasa dipenuhi lelaki warga asing dan jumlahnya bertambah pada hujung bulan apabila kebanyakan pelanggan menerima gaji masing-masing.
Katanya, kedudukan rumah itu yang terselindung di sebalik sebuah bengkel membaiki lori menyukarkan pihak berkuasa dan orang ramai mengesan kegiatan yang dilakukan.
Sumber - HM Online
Lahir Dengan Kepala Ke Belakang, Bukan Alasan Dunia Tunggang Terbalik (6 gambar)
Dia dilahirkan dengan kepala ke belakang, namun kecacatan berkenaan tidak menjadikan dunia Claudio Vieira de Oliveira, 37, tunggang terbalik.
Sebaliknya, dia belajar berdikari dan menafikan kecacatan berkenaan untuk berjaya. Claudio kini menjadi akauntan dan penceramah motivasi.
Tiada siapa yang menyangka bahawa dia dapat hidup hingga sekarang sedangkan ketika dilahirkan doktor sendiri ragu-ragu sama ada Claudio mampu bertahan.
Malah ada jiran tetangga keluarganya yang menyuruh ibunya, Maria Jose supaya membiarkan Claudio yang masih bayi ketika itu supaya kebuluran, kerana menyangka Claudio tidak akan hidup lama.
“Sejak kecil saya sentiasa membiarkan diri saya sibuk dengan pelbagai perkara dan saya tidak suka bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
“Saya belajar untuk mengambil telefon bimbit saya, membuka radio dan televisyen, menggunakan internet dan komputer, semuanya sendiri,’’ katanya.
Claudio yang menaip dengan menggunakan mulut, turut memakai kasut khas bagi membolehkan dia berjalan dengan menggunakan lutut.
Pada usia lapan tahun, Claudio, yang selama ini didukung oleh keluarganya merayu untuk berjalan dengan menggunakan lutut dan dia juga mahu bersekolah seperti individu normal lain.
Bagi memudahkan Claudio, keluarganya terpaksa menukar lantai rumah bagi membolehkan dia berjalan dan pada masa sama, semua plak dan lampu dipasang rendah, agar senang Claudio mencapainya.
Sumber - sukamenulis
Rahsia Di Sebalik Kecomelan Lesung Pipit Yang Tidak Kita Ketahui.
Bukan semua orang dilahirkan dengan lesung batu pipit di wajahnya. Lesung pipit atau lekuk kecil pada pipi seseorang dianggap sebagai penambah seri wajah tidak kira lelaki ataupun perempuan.
Tahu rahsianya? Ini serba sedikit bagaimana atau kenapa mereka mempunyai lesung pipit. Ada masyarakat percaya lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan hujung cili ke pipi bayi.
Ini tidak benar kerana lesung pipit terjadi akibat variasi pada otot muka. Lesung pipit boleh muncul di kedua-dua belah pipi atau hanya di salah satunya sahaja dan biasanya akan terlihat dengan jelas pada wajah seseorang ketika mereka tersenyum, tertawa atau bercakap. Sebab paling biasa terjadinya lesung pipit adalah kerana kecacatan pada otot muka - otot yang terhasil pendek. Sedikit sebanyak menjelaskan mengapa lesung pipit pada muka tidak sentiasa kelihatan apabila seseorang itu dalam keadaan rehat (pegun) kerana ketika itu otot yang 'cacat' ini biasanya dalam keadaan asalnya (pendek).
Tindakan seperti senyum akan memaksa otot tadi bekerja menyebabkan kulit muka tertarik dan lekukan akan kelihatan. Sesetengah kes, otot yang terhasil pendek ini boleh meregang perlahan-lahan mengikut perubahan masa. Itulah sebabnya ada orang yang mempunyai lesung pipit ketika mereka masih muda sahaja tetapi ia sudah tidak kelihatan apabila mereka semakin berusia.
Jika salah seorang daripada pasangan suami isteri mempunyai lesung pipit, 25-50% kebarangkalian anak yang bakal lahir akan mewarisi lesung pipit. Jika kedua-dua mereka mempunyai lesung pipit, kebarangkalian tadi akan meningkat kepada 50-100%. Ia merupakan 'kecacatan' yang mudah diturunkan kepada keturunan masing-masing. Lesung pipit/pipi dalam Bahasa Inggeris disebut dimple/+s juga boleh terbentuk pada bahagian badan yang lain, contohnya bahagian dagu dan punggung.
Pencuri Disumbat Mulut Dengan Bangkai Itik
Kadang-kadang hukuman paling berkesan bagi penjenayah bukanlah penjara tapi sesuatu yang menjatuhkan air muka pelakunya.
Sebagai contoh di Selatan China, dua remaja lelaki pasti tidak akan berani mencuri lagi selepas mereka diaibkan dengan dahsyat.
Dua remaja 14 tahun tersebut asalnya mencuri itik-itik di sebuah kolam sebelum perbuatan mereka disedari penduduk kampung.
Mereka kemudiannya ditangkap dan disuruh melutut di tepi jalan dengan itik disumbat ke dalam mulut.
Keadaan mereka menimbulkan kehairanan orang ramai dan kenderaan yang melalui jalan tersebut hingga ramai datang mengerumuni mereka bagi mengetahui hal sebenar.
Ketua Kampung yang dikenali sebagai Yong Ku berkata, dua remaja tersebut layak dihukum begitu kerana mereka sudah beberapa kali kantoi mencuri barangan penduduk untuk mendapatkan wang bagi membeli rokok dan minuman keras.
Fikir-fikir semula rasanya hukuman ini jauh lebih baik daripada cara rakyat Malaysia yang suka membelasah pencuri setiap kali berjaya ditangkapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
























%2B056.jpg)
%2B061.jpg)
%2B068.jpg)
%2B112.jpg)
%2B119.jpg)
%2B171.jpg)
%2B247.jpg)
%2B316.jpg)
%2B331.jpg)
%2B332.jpg)
















