Hukuman tersebut dilakukan oleh tentera Perancis kepada para wanita yang tertangkap ketika berlaku curang dan melayani nafsu sex tentera Jerman pada tahun 1944 setelah kemerdekaan. Kebanyakan mereka ditangkap dan dicukur hingga botak kepalanya sebahagian lainnya dipukul oleh para tentera Perancis.
Thursday, June 27, 2013
Bandar Atas Gunung. (Gambar & Video).
PENEMUAN MANUSIA RAKSAKSA KAUM A'AD.
Aktiviti eksplorasi gas di wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui beberapa tengkorak manusia bersaiz raksasa yang sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini dikenali sebagai "Penempatan Kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka daripada umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.
Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian daripada pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia berhasil daripada evolusi monyet dan beruk.
Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir."
Yang membuatkan penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagaimana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan dapat ditemui lalu kini mereka tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.
Nicholas Clapp ialah seorang arkeologi amatur yang telah menemui kota legenda yang disebutkan di dalam Al Quran. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah".
Semua nama tersebut bermaksud "Tanah Arab yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang menguntungkan itu?
Keberuntungan mereka sebahagiannya berkaitan dengan kawasan mereka yang begitu strategik untuk menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang mendiami di daerah ini juga menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi daripada sejenis pokok langka. Kerana ia sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam pelbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya menyamai harga dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas telah sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkajinya dengan lebih mendalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas maka beliau berasa yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Pertama, ia menemui pusat-pusat yang menurut suku Badwi adalah benar-benar wujud. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit di daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak berkuasa untuk memotretkan daerah tersebut.
Clapp seterusnya mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemui peta dari daerah tesebut. Setelah membuat penelitian dan kajiannya maka beliau berjaya menemui lokasi bandar puba tersebut. Beliau ditemuinya melalui sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini telah menunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan untuk menuju ke kota berkenaan.
Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan.
Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat dilihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang ada di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang dia cari selama ini: pusat-pusat dalam peta tua itu bersesuaian dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dari satelit atas bantuan NASA. Maka matlamat terakhir daripada kesimpulan yang diambil beliau adalah pergi dan menggali tapak lokasi tersebut.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Setelah runtuhan-runtuhan mulai digali maka diketahuilah bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad yang berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan mirip seperti di dalam Al Quran kerana di antara pelbagai struktur yang digali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran. Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8).
Scold's Bridle : Topeng Hukuman Wanita Yang Kuat Membebel Kurun Ke-16.
Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-19, Scold's Bridle digunakan di United Kingdom bagi menghukum wanita yang kuat membebel dan mengumpat. Rekod sejarah menunjukkan Scold's Bridle mula digunakan pada tahun 1567 di Scotland. Alat hukuman ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah plat mulut berduri yang dimasukkan ke dalam mulut.
Kehadiran plat berduri ini menghalang pesalah yang dihukum dari bercakap dan makan. Bahagian kedua pula mengunci plat berduri kekepala pesalah. Scold's Bridle juga dikatakan digunakan ke atas wanita yang dituduh mengamalkan ilmu sihir. Kali terakhir alat ini digunakan ialah pada tahun 1856 di Lancashire England. Sungguh brutal hukuman zaman dahulu!.
Misteri The Plain Of Jars.
Terletak di Highlands Lao, Xieng Khouang terletak di pusat tapak arkeologi yang dikenali sebagai The Plain Of Jars. Bertaburan di seluruh daerah ini, saintis menganggarkan The Plain Of Jars berusia kira-kira 2000 tahun.
Berbentuk dalam pelbagai saiz dari agak kecil kepada yang besar dengan yang terbesar seberat 14 tan. Kebanyakan The Plain Of Jars telah musnah akibat pengeboman Amerika Syarikat yang menjalankan kempen pengeboman pada tahun 1969 yang mensasarkan semua tempat bersejarah.
Ada yang percaya bahawa The Plain Of Jars ini adalah untuk penyimpanan abu manusia manakala yang lain percaya mereka ianya direka untuk menyimpan air hujan ketika musim tengkujuh. Ia terletak betul-betul di salah satu laluan perdagangan purba dari India Utara ketika itu.
Mungkin juga faktor keagamaan kerana penggali telah menjumpai patung-patung Buddha, manik dan alat-alat gangsa. Apa yang sering difikirkan bahawa The Plain Of Jars ini memerlukan masa yang panjang untuk dibina, mungkin pada skala yang sama seperti Stonehenge dan telah dilakukan atas sebab-sebab yang amat penting. Buat masa sekarang, kewujudan ini hanyalah satu lagi misteri purba yang masih belum terjawab.
Sunday, June 23, 2013
PEMBONGKARAN! - HUBUNGAN DIANTARA KIBLAT, KAABAH DAN JUGA HARI KIAMAT.
Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk manusia beribadah adalah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk manusia. (QS.Ali Imran. 96 ).
Kita mungkin pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada Ibadah Tawaf, Ini juga sering menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:
1. Masa sekolah dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan, dimana putaran tenaga kalu bergerak berlawanan dengan arah jam, maka arah tenaga akan naik keatas. Arah yang ditunjukkan arah 4 jari mewakili pusingan arah lawan jam dan arah keatas ditunjukan oleh Arah ibu jari.
2. Dengan pole ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar berlawanan jam di kaabah, ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh terbalikkan arah tersebut, searah dengan arah jam misalnya.
3. Kenapa solat yang dijalankan harus mengadap Kiblat? dan juga berdoa dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?
4. Kenapa Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat sendiri
5. Singgasana Tuhan ada di Langit Tertinggi??
Pembongkarannya...
1. Tenaga Solat dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia terkumpul di Kaabah pada setiap saat, kerana Bumi berputar sehingga solat dari seluruh dunia tidak terhenti dalam masa 24 jam, misal orang di sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang johor pulak, beberapa minit kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan seterusnya. Sebelum selesai zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya. Pada saat Zohor di Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya.
2. Tenaga yang terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan, dimana ini dilakukan oleh orang-orang yang bertawaf dimana berputar secara berlawanan arah jam yang dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya dan Jemaah Haji.
3. Maka menurut dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan bahawa tenaga yang terkumpul akan diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke LANGIT. Maka sedikit terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik kelangit. Sebagai satu cerobong yang dimulai dari Kaabah. Menuju Langit yang mana kemana disampaikan tu wallahualam. Yang jelas pasti tuhan telah membuat saluran agar solat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai ke Hadirat Nya. Jadi selama 24Jam sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit. Selamanya sehinggakan tidak ada manusia yang solat dan tawaf (Kiamat?).
Kesimpulan
1. Solat dan Doa, diyakini akan sampai ke langit menuju Singgasana tuhan selama memenuhi kira-kira persyaratan uraian di atas dengan sentiasa merenung hukum agama dan hukum alam, kerana dua-duanya dicipta oleh Allah jugak. Jadi harus "Saintis dan Ulama bersama-sama berbincang diantara satu sama lain untuk mengkaji serta mencapai sefahaman yang lebih luas agama dan Manfaat itulah diterima dalam dan luar.
2. Memperkuatkan kita dalam beribadah solat dan doa khususnya dan menggiatkan diri untuk selalu on-line 24 jam dengan Tuhan, sehingga jiwa alan selalu terjaga dan membuatkan segala kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.
3. Terjawablah jika solat itu bukanlah menyembah batu ( Kaabah ) seperti yang dituduhkan oleh Kaum orientalis, tenaga yang digunakan untuk membawa bersama-sama sifat solat dan doa untuk sampai kepada Allah dengan usaha manusia itu sendiri.
4. Allah Maha Pandai, Maha Besar dan Maha Segalanya.
5. Ini seladar renungan dan analisa, mudah mudahan dapat memotivasikan kita untuk mencetuskan fikiran, kajian lebih dalam untuk lebih lanjut bagi mengukuhkan iman dan saksi Bahawa tuhan Menciptakan Semesta dengan penuh Kesempurnaan tidak dengan main-main (asal jadi) jadi itu lebih banyak dan lebih percaya diri dalam kasih Tuahn Yang Maha Esa. Mungkin ini renungan dan berfantasi, sekurang-kurangnya untuk pendekatan ini yang mampu menjawab pertanyaan sebagaimana di atas dan tidak bertentangan denga Kitab Suci dan Hadis bahkan mendukungnya. Semoga bermanfaat..
Ramalan untuk memastikan bahawa Kaabah dan Kiamat hanya Allah yang tahu:
1. Kaabah akan hancur dengan sendirinya (terbukti dengan ditenggelamkannya satu pasukan akan menyerang Kaabah suatu hari nanti).
2. Jika pusat bumi bergeser akan banyak kekacauan (seperti Muslim yang tidak mengenal waktu).
3. Kiamat akan cepat terjadi jika solat sudah ditinggalkan.
4. Anda pasti juga penah mendengar jika siapa yang meninggalkan solat bererti telah merobohkan Agama.
5. Untuk selain Islam, lama-kelamaan kesemuanya akan terbongkar, bagaimana petunjuk Allah disempurnakan dari umat Ibrahim, Musa hingga Muhammad S.A.W, Nabi Isa menyempurnakan Turat dengan Injil, dan Muhammad menyempurnakan keduanya dengan Al-Quran. Sehingga kita mengerti bahawa kita dulu adalah umat yang satu .
Itulah kebesaran Allah SWT masih banyak lagi yang tersembunyi di dunia ini yang masih tidak terjawab. Neil Amstrong juga telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi jom ketahui dimana.
CRISTIANO RONALDO DIHADIAHKAN AL-QURAN (2 GAMBAR).
Bintang Real Madrid itu baru-baru ini mendapat hadiah kejutan dari Mobily, syarikat pembekal telefon bimbit Arab Saudi. Cristiano Ronaldo yang juga dikenali dengan julukan CR7 itu mendapatkan terjemahan Al Quran bahasa Portugal dari syarikat telekomunikasi terbesar di negara Timur Tengah itu.
Pemberian hadiah itu dilakukan dalam sebuah penggambaran iklan terbarunya di dubai.
![]() |
| Cristiano Ronaldo kelahiran Portugal, 5 Februari 1985 kelihatan di dalam foto sedang menerima hadiah mushaf Al-Qur'an dari seorang lelaki Arab. |
Seperti dilaporkan laman tempatan Al-Riyadh, kapten pasukan kebangsaan Portugal ini didaulat Mobily untuk menjadi duta mereka.
Dengan kontrak bernilai US $6 juta, Ronaldo akan membintangi sejumlah iklan Mobily selama tiga bulan dan pengambaraan dilakukan di Riyadh, ibu negara Arab Saudi.
Dengan kontrak bernilai US $6 juta, Ronaldo akan membintangi sejumlah iklan Mobily selama tiga bulan dan pengambaraan dilakukan di Riyadh, ibu negara Arab Saudi.
Secara rasmi menjadi bintang iklan Mobily, Ronaldo hadir untuk bergambar sekaligus menerima pemberian hadiah Al-Quran tersebut pada minggu lalu di Riyadh.
Semakin dekat dirinya dengan Islam, pemain bola sepak termahal di dunia Cristiano Ronaldo mendapat hadiah mushaf Al-Qur'an di Riyadh, Arab Saudi.
Adakah bekas pemain nombor 1 dunia ini akan MEMELUK ISLAM? kerana tanda tandanya telah banyak kelihatan. moga2 dibukakan hati beliau untuk memeluk Islam.. mudah-mudahan hidayah Allah S.W.T melimpah ruah ke serata alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)





































