Search This Blog

HOME

Saturday, November 30, 2013

THE GOOD THE BAD AND THE UGLY.......... WHATEVER.......... TETAPI ANDA MEMANG TERBAIK.

Apabila kita susah sangat hendak berterima kasih kepada mereka yang banyak berjasa kepada kita, manusia jenis apakah kita ini?................


KUALA LUMPUR 29 Nov. - Selepas 19 hari kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik pada 10 November lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya berjaya menyelesaikan kes itu selepas menahan 13 ahli kumpulan Tuhan Harun termasuk dua wanita, hari ini.
Arwah yang berusaha menegakkan Agama Islam dibunuh kejam
Kejayaan itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter beliau pada pukul 7.30 malam ini.


Katanya, susulan penahanan itu, pihaknya turut merampas sepucuk pistol daripada kumpulan terbabit.


Beliau ketika dihubungi malam ini bagaimanapun enggan menyatakan sama ada senjata itu digunakan dalam kejadian tersebut.


"Tahniah Tim Cantas Khas Bukit Aman berjaya merungkai kes bunuh Penguat Kuasa JAIP. Tangkap 13 orang dan pistol dirampas.


"Kejayaan membanggakan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc), PDRM. Tahniah sekali lagi. Antara 13 tangkapan, dua wanita ahli kumpulan Tuhan Harun Durjana," ujarnya seperti di dalam laman sosial berkenaan.


Sementara itu menurut sumber, pistol yang dirampas diperoleh daripada seorang suspek, Mohd. Rizairi Khamis @ Harry, 27, yang ditangkap di Taman Setiawangsa di sini pada pukul 6 petang.


Suspek dipercayai menjadi pembekal senjata itu, sementara seorang lagi yang merupakan bekas polis dipercayai adalah penembak dalam kes tersebut.


Bekas polis yang berasal dari Sabah berusia 39 tahun itu ditahan di Klang.


Pistol semi-auto berkenaan ditemui di dalam sebuah kereta jenis Honda Jazz berserta sejumlah peluru.


Pada 20 November lalu, polis memberkas ketua Tuhan Harun iaitu Harun Mat Saat dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor.


Turut diberkas dalam serbuan itu ialah seorang pengikut Tuhan Harun iaitu Nor Hairi Harun, 41, dan isteri ketiga Harun iaitu Azida Mohd. Zol, 30.


Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, Ahmad Raffli maut ditembak seorang daripada tiga lelaki berjubah hitam dan berkopiah di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan.


Mangsa mati selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh suspek dari jarak dekat.

Friday, November 29, 2013

Zaid Ibrahim : Halang Umat Islam Berjudi Bertentangan Perlembagaan - Apa pandangan anda tentang kenyataan ini?.


Datuk Zaid Ibrahim.......... siapa anda sebenarnya?


AIDCNews – 29/11/13 – Langkah menghalang umat Islam berjudi adalah bertentangan dengan perlembagaan Malaysia, kata bekas Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.


“Melarang orang Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan. Tanggungjawab kerajaan bukan menjadikan orang Melayu lebih alim atau lebih beragama,” katanya dalam twitter semalam.

Zaid dilaporkan mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang bercadang mahu mewujudkan pos kawalan dan menempatkan seorang pegawai agama 24 jam di premis perjudian di negeri itu sebagai usaha mengelak umat Islam terlibat dalam kegiatan perjudian.

“Jika Melaka serius ingin memeriksa orang Islam yang berjudi, mereka harus pergi ke kasino-kasino terkenal seperti di Melbourne, Vegas atau London.

“Jangan hukum pembeli 4 digit (nombor ekor) seperti saya,” kata Zaid lagi.

Apa nak jadi - Artis dituduh merogol bayi.


Ian Watkins....... bayi pun nak di balunnya.


London: Penyanyi rock Ian Watkins semalam mengakui mengambil kesempatan atas statusnya sebagai selebriti untuk melakukan salah laku seks terhadap bayi dua peminatnya.

Aksi penyanyi kumpulan Lostprophets itu yang dikatakan pedofilia tegar dan komited mendera seorang bayi di depan ibu dapat dilihat pihak berkuasa dalam klip sepanjang 17 minit.

Dalam klip rakaman lain Watkins turut dipaparkan melakukan aksi seks maya melalui Skype dan memujuk seorang wanita lain mencabul anaknya sendiri.

penyiasat, Peter Doyle menganggap bukti dikemukakan itu sebagai kes penderaan kanak-kanak paling kejam pernah diketahuinya.

“Saya yakin Ian Watkins menyalahgunakan statusnya sebagai seorang selebriti untuk mencabul kanak-kanak,” katanya.

Sebuah komputer riba yang dirampas dari rumah Watkins di Pontypridd turut menggunakan kata laluan lucah membabitkan kanak-kanak.

Malah, beberapa pesanan ringkas dihantar kepada seorang daripada ibu terbabit juga merujuk kepada perlakuan lucah terhadap budak selain mahu menggunakan bayi wanita itu sebagai hamba seks.

Watkins turut dikatakan menggunakan dadah, malah pernah mendedahkan keinginannya meniup dadah ke muka kanak-kanak dengan tujuan supaya mangsa pengsan.

Ujian dijalankan menunjukkan seorang daripada bayi terbabit turut didedahkan kepada dadah.

Dua ibu terbabit masing-masing berusia 21 dan 24 tahun turut menghadapi hukuman penjara kerana pembabitan mereka dalam kes itu.

Peguam belanya Sally O’Neill QC dilaporkan berkata, anak guamnya tidak ingat kejadian yang dirakamkan dalam video berkenaan.

Mahkamah dijangka menjatuhkan hukuman bulan depan.

Kerana bapanya kerap dihina pengacara - Anak Ahmad Dhani mahu tuntut bela.


El Jalaluddin Rumi


Jakarta: El Jalaluddin Rumi, anak kedua pemuzik terkenal Ahmad Dhani akhirnya mendaftarkan diri ke Persatuan Tinju Nasional (Pertina) untuk berlawan tinju dengan Farhat Abbas.

El Jalaluddin Rumi digelanggang sudah bersedia untuk bertarung dengan Farhat

Farhat Abbas musuh keluarga Ahmad Dhani
Malah, El yakin mampu menjatuhkan pengacara itu hanya dalam satu pusingan.

Langkah El sudah dipersetujui ayahnya, malah Ahmad Dhani yang mengakui tiada masalah dengan aktivit pilihan anaknya itu yang dianggap seperti sukan lain.

Peguamnya Ramdan Alamsyah berkata, pertandingan itu akan diadakan esok di Cilandak.

Sementara itu, Farhat sendiri mengaku bersedia untuk pertandingan berkenaan.

Anak Ahmad Dhani memutuskan bertinju dengan Farhat selepas pengacara itu tidak putus-putus menghina keluarganya menerusi Twitter termasuk menggelar Ahmad Dhani ‘penjahat kelamin’.