Search This Blog

HOME

Monday, December 30, 2013

10 Jenis Batu Permata Paling Bernilai Di Dunia.




Batu permata merupakan salah satu perhiasan termahal di dunia, memiliki bentuk yang unik dan sangat menarik membuatkan harganya sanagat mahal. Ada 10 jenis batu permata termahal di dunia yang beredar di pasaran, harganya ada yang sehingga beratus juta dan hanya mereka yang benar-benar kaya mampu membelinya.

Senarai nama dan jenis batu permata adalah seperti berikut dibawah.........

10. Jeremejevite.

Batu ini ditemukan oleh Pavel Vladimirovich Eremeev di daerah Siberia yang sebagian besar batu ini berwarna kuning dan biru. Namun seiring dengan kemajuan teknologi jenis batu permata ini juga banyak di temukan dengan warna putih yang berkilau. Daerah yang paling banyak menghasilkan batu ini adalah Namibia, Distrik Eifel di Jerman dan daerah Gunung Pamir di Tajikistan. Harga batu Jeremejevite adalah USD 2000 per karat.

9. Black Opal.


Batu Black Opal merupakan salah satu jenis batu permata yang paling banyak ditemukan di Australia. Australia merupakan negara terbesar penghasil batu ini, yakni hampir 97%  dari seluruh batu Opal di dunia. Struktur internal batu permata ini membuatnya lentur terhadap cahaya. Batu ini dapat terdiri dari berbagai warna yaitu coklat, abu-abu, biru, hijau, oranye, pink, merah, dan kuning. Dari berbagai warna tersebut Opal Hitam merupakan yang paling mahal diantara warna lain. Batu itu juga telah ditemukan di Brasil, Meksiko, Amerika Serikat, Mali dan Ethiopia.  Harga batu Black Opal adalah USD 2,355 / Karatnya.

8. Red Beryl Emerald.

Batu Red Beryl Emerald merupakan salah satu batu permata yang cukup terkenal di dunia, nama lain dari batu ini adalah bixbites. Batu ini ditemukan secara tidak sengaja oleh Lamar Hodges, seorang ahli mineral yang tengah mencari uranium. Batu ini memiliki harga USD 10,000/Karatnya.

7. Musgravite.

Batu permata ini ditemukan di daerah Australia yang mana daerah tersebut disebut Musgrave, batu ini mengandung mineral silikat. Batu ini cukup terkenal dan sangat jarang ditemukan di dunia, harga batu ini ditaksir sekitar USD 35,000 per karatnya.

6. Painite.

Jenis batu permata ini ditemukan tahun 1950 oleh Arthur C. Pain warga Inggris. Painite merupakan salah satu material borat terkenal yang sangat susah ditemukan. Umumnya batu ini memiliki bentuk segi enam dan memilih warna oren kemerahan dan coklat kemerahan. Walaupun terkenal, batu ini juga telah ditemukan di Burma. Harga batu ini adalah berkisar USD 50,000 – USD 60,000.

5. Grandidierite.

Grandidierite merupakan salah satu jenis batu yang ditemukan oleh Alfred Grandidier, seorang arkeolog yang melakukan penelitian sejarah di berbagai negara. Ia menemukan batu ini di Sri Lanka, sebuah batu langka yang mentransmisikan warna biru, hijau dan putih terang. Harga batu Grandidierite ditaksir sekitar USD100,000 / karatnya.

4. Blue Garnet.

Ada banyak garnet yang beredar di pasaran dengan beragam warna seperti merah, kuning, pink, oren, hijau, dan coklat. Namun Garnet biru merupakan salah satu jenis termahal di antara yang lainnya. Harga Blue Garnet ini lebih dari 1 Juta Dolar Amerika. Batu permata ini ditemukan pertama kali di Madagaskar pada 1990-an, meskipun sejak saat itu telah ditambang di Rusia, Amerika Serikat dan Turki juga merupakan negara yang memiliki batu ini.

3. Serendibite.

Serendibite dengan kualiti yang tinggi hanya berasal dari dua daerah iaitu Ratanapura di Sri Lanka dan Mogok di Burma utara. Warna Serendibite yang paling sering di temukan adalah hijau kebiruan, biru keabu-abuan, dan kuning. Harga dari Serendibite ini berkisar antara USD 1,800,000.

2. Red Diamonds.

Jenis batu permata ini sangat terkenal dan hanya ada beberapa di dunia. Warna dari Red Diamonds adalah merah keunguan, salah satu perusahaan tambang yang berlokasi di Australia hanya menemukan beberapa saja setiap tahunnya ini membuatkan harga Red Diamons mencapai lebih dari 2 Juta Dolar Amerika.

1. Jadeite.

Jadeite merupakan jenis batu permata termahal di dunia, Jadeite ini sebenarnya adalah mineral piroksen. Jadeite memiliki warna seperti apel hijau, zamrud hijau, hijau kebiruan atau daun bawang hijau. Semakin hijau warna dari batu ini, maka semakin tinggi pula harganya. Batu ini sangat langka, Guatemala merupakan salah satu negara penghasil dari Jadeite. Batu ini sangat terkenal menyebabkan harganya sangat tinggi lebih dari 3 juta, selain itu faktor sejarah juga menjadi penyebab batu ini sebagai batu termahal di dunia.

Info - Manusia yang boleh digelar raksaksa.




Sejarah manusia yang paling tinggi di dunia pernah direkodkan sehingga mencapai 3 meter tingginya.

Bayangkan bagaimana manusia setinggi ini bergerak dari satu tempat ke satu tempat?, apa jenis kenderaan yang boleh dinaikinya kecuali bas atau lori dan bagaimana besarnya katil perlu disediakan untuknya?.

Bersama-sama ini dipaparkan info daripada Guiness World Record  berkaitan 5 manusia yang boleh digelar raksaksa ini...........

5. Vaino Myllyrinne.

Lelaki ini dilahirkan di Finland pada tahun 1909 dan meninggal dunia pada tahun 1963, beliau mempunyai ketinggian 2.51 meter.

4. Leonid Stadnyk.

Lelaki ini dilahirkan di Ukraine pada tahun 1971, memiliki ketinggian 2.57 meter.

3. John F. Caroll.

Lelaki ini memiliki ketinggian 2.63 meter, ia lahir di New York, Amerika Syarikat pada tahun 1932 dan meninggal pada tahun 1969.

2. John Rogan.

Dikatakan lelaki ini telah dilahirkan pada tahun 1865 dan memiliki ketinggian 2.68 meter.

1. Robert Wadlow.

Lelaki berasal daripada Amerika Syarikat ini memiliki ketinggian 2.72 meter, beliau juga diistihar sebagai lelaki terbesar di dunia oleh Guiness World Records.

Info - Manusia terbesar dan terberat di dunia.




Tahukah anda rekod manusia terbesar di dunia yang dinilai melalui berat badan masih lagi dipegang oleh Jon Brower Minnoch dengan berat badan 635kg, namun manusia terbesar serta tertinggi di dunia masih dipegang oleh Robert Wadlow dengan ketinggian 2.72 meter.

Berikut diantara manusia paling berat dan besar tubuh badannya di dunia.

5. Walter Hudson.

Lelaki ini dilahirkan pada tahun 1944 dan meninggal 1991 ia memiliki berat 544 kg.

4. Carol Yager.


Wanita ini dilahirkan pada tahun 1960 merupakan kewarganegaraan Amerika, ia meninggal pada tahun 1994. Ia memiliki tinggi 1.70 dengan berat badan 545kg.

3. Manuel Uribe.

Lelaki ini dilahirkan pada tahun 1965 di Mexico dan memiliki tinggi 1.96 m  serta berat badannya 597 kg.

2. Khalid bin Mohsen Shaari.


Beliau memiliki berat badan 610 kg dan dilahirkan di Arab saudi.

1. Jon Brower Minnoch.

Lelaki ini dilahirkan pada tahun 1941 dan mempunyai ketinggian 1.85 m, warganegara Amerika Syarikat ini telah meninggal dunia pada tahun 1983 semasa berumur 42 tahun.

Tahukah anda gambar siapakah ini?, beliau diantara manusia terkenal di dunia terutama di negara-negara Asia.


Nama sebenar mamat yang gambar diatas ini adalah Chan Kong-Sang, tetapi lebih terkenal dengan panggilan Jackie Chan.

Jackie Chan

Pelakon serba boleh ini telah dilahirkan pada tahun 1954 dan beliau diantara pelakon yang melakonkan sendiri adengan-adengan berbahaya didalam filem arahan atau lakonannya.

Jackie Chan
Beliau diantara pelakon Asia yang diberi penghormatan di Hollywood Walk of Fame sebagai ikon kebudayaan.

Mengikut rekod Jackie Chan telah mula berlakon pada tahun 1962 dan filem pertamanya bertajuk “Big and Little Wong Tin Bar” dan beliau telah diberi peranan sebagai seorang anak kecil yang sedang berlatih Kung Fu untuk menjadi master kung fu.

Didalam filem tersebut beliau telah berlawan dengan dengan seorang pelakon terkenal dengan aksi kung fu nya iaitu Sammo Hung.

Sammy Hung semasa kecil
Sammy Hung kini
Jackie Chan telah berlakon lebih dari 150 buah filem sejak penglibatannya pada tahun 1962.

Berita Terkini - Bekas pemandu Formula One, Michael Schumacher berada didalam keadaan kritikal dan koma.


Michael Shumacher


Juara 7 kali Formula One, Michael Shumacher diberitakan berada didalam keadaan kritikal dan koma apabila terlibat didalam kemalangan semasa bermain ski dipergunungan Alps, Perancis hari ini.


Bekas pemandu Formula One berumur 44 tahun itu kini menerima rawatan di hospital di bandaraya Grenoble apabila telah terjatuh dan kepalanya terhantuk batu.

Schumacher diberitakan bersama-sama anaknya yang berumur 14 tahun semasa bermain ski.

Pengarah Hospital Grenoble, Jean-Marc Grenier mengesahkan legenda Formula One itu berada didalam keadaan kritikal dan masih lagi koma.