Search This Blog

HOME

Thursday, March 27, 2014

Waspada fahaman anti hadis (Quraniyyun)


Isu Kassim Ahmad hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Banyak orang mengulas di media arus perdana dan juga media sosial. Ramai juga yang bertanya pendapat saya dalam Twitter, Facebook dan sebagainya. Sebelum mengulas isu Kassim Ahmad, saya ingin berikan secara ringkas takrifan hadis.

Apa itu hadis?

Pengertian hadis seperti yang dijelaskan oleh para ahli ilmu, antaranya Ibnu Hajar rahimahullah, dan ulama-ulama lain sebagai sesuatu yang diriwayatkan daripada Nabi SAW sama ada perkataan Nabi, perbuatan Nabi, perakuan Nabi, ataupun sifat Nabi SAW, sama ada sifat itu merujuk kepada akhlak Nabi atau sesuatu yang Allah ciptakan pada tubuh badan Nabi. Apa saja yang datang melalui perkara tersebut adalah dikategorikan sebagai Nabi SAW.

Adapun tentang pembahagian kelompok-kelompok manusia dalam penerimaan mereka terhadap hadis, bagaimana mereka bermuamalah dengan hadis, manusia terbahagi kepada empat kelompok;

Pertama, Ahli Sunnah wal Jamaah. Ahli Sunnah wal Jamaah adalah mereka yang berpegang dan beramal dengan hadis Nabi SAW. Mereka menerima hadis sebagai sumber agama bersama-sama dengan Al-Quran Al-Karim. Ini berpandukan sabda Nabi SAW, “Aku tinggalkan pada kalian dua perkara, kalian tidak akan sesat selama mana kalian berpegang teguh dengan keduanya; iaitu Kitabullah dan sunnah NabiNya.” (riwayat Malik, Al-Muwattha)

Demikian juga di dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman, “Sekiranya kamu berselisih dalam apa jua perkara, kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul (yakni Al-Quran dan Al-Sunnah)” (Al-Nisa: 59). Para ulama tafsir, antaranya Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhu telah menafsirkan bahawa ‘kembali kepada ALLAH’ dalam ayat ini merujuk kepada Al-Quran, manakala ‘kembali kepada Rasul’ itu merujuk kepada hadis. Ini adalah pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Kelompok kedua, mereka menolak hadis terus, tidak mahu menggunakan hadis. Mereka hanya menggunakan Al-Quran sahaja. Ini kalau dilihat melalui penulisan Kassim Ahmad, berasaskan penulisannya dan umum yang bercakap tentangnya pada hari ini, dapat dilihat bahawa dia membawa ideologi antihadis yakni menolak hadis dan menyeru manusia beramal dengan Al-Quran sahaja.

Antara contoh-contoh pandangan dan pendapat yang dibawa adalah ‘memadai kita dengan Al-Quranul Karim’, ‘Al-Quran sudah cukup manakala hadis Nabi datang dari mulut manusia’, ‘dalam Al-Quran mengatakan bahawa “Kami tidak meninggalkan suatu pun dalam Al-Quran” maknanya Al-Quran telah merangkumi dan menjelaskan segala-galanya’, juga firman Allah “Dia (Muhammad) tidak bercakap sesuatu mengikut hawa nafsunya, melainkan adalah wahyu yang diwahyukan oleh Allah ke atasnya” (Al-Najm: 3-4). Atas asas ini dia mengatakan apa yang dikatakan oleh Nabi adalah wahyu yakni Al-Quran sahaja. Manakala hadis tidak boleh dipakai.

Kelompok ketiga, mereka juga antihadis, tapi dalam masa yang sama mereka mencipta hadis lain. Ini merujuk kepada syiah. Syiah hakikatnya adalah anti-hadis tetapi ramai yang tidak perasan dan kurang sedar hal ini. Masalah syiah adalah lebih besar dari isu Kassim Ahmad walaupun tidak dinafikan kedua-duanya bahaya dan merosakkan Agama Islam. Namun Syiah lebih bahaya dari segi menolak hadis Nabi yang sahih sama ada dari Sahih Bukhari, Muslim dan selainnya, lalu mereka mencipta hadis-hadis yang baru lagi palsu.

Keempat, adalah golongan orang yang mengiktiraf kedudukan Al-Quran dan Sunnah, tetapi tidak beramal dengannya. Mereka mengambil separuh, tinggal separuh, ataupun tidak beramal dengannya langsung walaupun tidak menolak kebenaran Al-Quran dan Hadis sebagaimana golongan anti hadis. Sebaliknya mereka tidak beramal mungkin kerana malas, suka melakukan maksiat, fasiq dan sebagainya. Jadi ini adalah empat kategori manusia secara amnya dalam berurusan dengan hadis Nabi SAW.

SEJARAH QURANIYYUN (ANTIHADIS)

Sejarah orang menolak hadis sebenarnya sudah panjang lebar, maksudnya ia sudah lama berlaku. Ia bukan masalah baru. Saya tidak ingin membahaskan di sini secara panjang lebar. Mungkin ia boleh dibahaskan di pentas lain seperti seminar, yang boleh kita bentangkan kertas kerja mengenai isu ini. Antara yang popular dalam sejarah penolakan hadis antaranya adalah golongan Muktazilah.

Golongan Muktazilah mengambil pendekatan menolak hadis-hadis yang bukan dalam kategori mutawatir. Maksud mutawatir adalah riwayat itu disampaikan oleh satu kelompok yang besar/ramai kepada satu kelompok yang ramai yang mana mustahil dengan jumlah tersebut mereka berpakat untuk berbohong.

Al-Quran sampai kepada kita secara mutawatir. Maka mustahil untuk orang berbohong dalam menyampaikan ayat Al-Quran kepada kita. Maka mereka terima Al-Quran. Sebaliknya, mereka menolak hadis-hadis yang bukan mutawatir khususnya dalam bidang akidah, kerana akidah/ kepercayaan memerlukan keyakinan penuh dan pasti menurut pendirian muktazilah. Jadi muktazilah hanya terima hadis-hadis yang mutawatir sahaja. Adapun hadis-hadis lain mereka tidak mahu terima.

Itu muktazilah adalah sebenarnya ideologi asas kepada anti-hadis. Tetapi kemudian datang pemikiran yang lebih teruk lagi sehingga membentuk satu pemikiran Quraniyyun ini. Terbentuknya ideologi Quraniyun ini sehingga menolak semua hadis dengan hujah-hujah yang disebutkan tadi; Antaranya firman Allah, “Dia (Muhammad) tidak bercakap ikut hawa nafsu, melainkan apa yang disampaikan adalah wahyu yang Allah wahyukan kepadanya”, “Allah tidak tinggalkan sesuatu pun penjelasan dalam Al-Quran” maknanya semua telah dijelaskan.

Kita ingin lontarkan beberapa persoalan kepada golongan antihadis, dan perlu mereka jawab; dari mana mereka mendapat tafsiran terhadap ayat-ayat Al-Quran yang mereka gunakan itu? Itu isunya. Jika hendak dibandingkan tafsiran mereka dengan tafsiran Nabi Muhammad SAW, lebih baik kita mengambil tafsiran Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Allah berikan wahyu kepada Muhammad, dan Baginda sampaikan kepada kita kitab Al-Quran. Jadi siapakah yang paling faham wahyu? Adakah Baginda atau kita?

Kalau dia hendak mengatakan tafsiran dia lebih baik dari tafsiran Muhammad SAW, dia kena buktikan apa kredibiliti dia. Dia tidak terima wahyu sedangkan Nabi Muhammad SAW menerima wahyu, dan Bagindalah yang paling faham tentang wahyu. Maka penjelasan Baginda adalah yang perlu kita terima dan perlu kita dahulukan daripada penjelasan orang lain.

METODOLOGI PERIWAYATAN

Persoalan kedua, mengapa antihadis menerima Al-Quran, dan apa bukti mereka bahawasanya Al-Quran itu benar? Tidak ada antihadis yang boleh membuktikannya melainkan dengan metodologi yang sama yang digunapakai oleh ahli hadis dan ahli tafsir.

Maka jika mereka hendak mempertikaikan kedudukan hadis, mereka perlu mempertikaikan Al-Quran juga. Bagaimana mereka membuktikan bahawa Al-Quran itu benar? Kalau mereka memetik dalil dari ayat al-Quran, apa bukti mereka bahawa Al-Quran itu benar? Lontarkan kepada mereka.

Ini kerana kita membenarkan hadis Nabi kerana metodologi, kaedah dan proses periwayatan yang kita terima. Kita juga membenarkan Al-Quran kerana metodologi periwayatannya yang sama. Kalau Al-Quran diterima kerana metodologi periwayatan, mengapa tidak boleh diterima hadis kerana metodologi periwayatan juga? Mereka sebenarnya menyanggahi pendirian mereka sendiri.

Adapun teori-teori yang mereka timbulkan, adakah teori mereka itu benar? Adakah teori mereka itu boleh didahulukan dan diiktiraf jika dibandingkan dengan metodologi ulama-ulama Islam terdahulu dan jika hendak dibandingkan dengan Nabi SAW sendiri?

Kemudian dia mengatakan kita meletakkan ulama itu seperti kasta paderi, mendewakan ulama seperti para Nabi yang tidak salah dan tidak silap. Beginilah, di kalangan kita sendiri pun ada orang yang kita percaya dan ada orang yang kita tidak percaya. Maka begitu jugalah dalam periwayatan hadis. Ada orang yang boleh dipercayai dalam periwayatan hadis, dan ada orang yang tidak dipercayai dan hadis tidak diambil daripadanya. Semua itu telah ditetapkan kaedah-kaedah di atas landasan ilmu yang teliti dan ketat.

PENDIRIAN TERHADAP KASSIM AHMAD

Isu antihadis ini satu isu yang panjang lebar dan perlu diperbahaskan. Bila bercakap tentang Kassim Ahmad secara khasnya, saya secara peribadi belum pernah berjumpa dan berbincang dengannya. Saya hanya membaca bukunya, kemudian membaca beberapa kenyataannya di dalam blognya dan beberapa isu yang berkisar dengannya yang berlegar di maya. Jakim juga telah mengeluarkan fatwa tentang beliau sendiri secara khususnya.

Setakat ini saya lihat pandangan-pandangan dan tulisan-tulisannya itu cenderung ke arah menolak hadis (fahaman Quraniyyun), di mana dia mengajak orang mengamalkan Al-Quran sahaja dan meninggalkan hadis. Walaupun dia tidak mengatakan dia menolak Nabi secara langsung, tetapi Ahli Sunnah secara prinsipnya melihat apabila sesorang itu menolak hadis, itu bererti dia menolak Muhammad SAW, walaupun dia menafikan secara perkataan bahawa dia menolak Nabi Muhammad SAW.

Saya suka untuk bertemu dan berbincang dengan beliau untuk melihat pandangan beliau secara langsung, walaupun sudah ada dari sudut penilaiannya terhadap hadis dan sebagainya, tetapi siapakah yang telah berdiskusi dan berbicara dengan beliau. Ini kerana kita kena ingat, hatta seseorang itu dikaitkan dengan Syiah, dan kita lihat dia memang pro-Syiah, tetapi untuk menghukum seseorang individu itu adalah Syiah totok, itu sudah tentu memerlukan bukti yang jelas serta ditegakkan hujjah ke atasnya terlebih dahulu.

Maka begitu juga sewajarnya perlu diadakan pertemuan dengan kasim Ahmad supaya kita boleh melihat isu ini dengan lebih jelas dan dekat. Adapun setakat ini melalui pembacaan dan penilaian saya terhadap kenyataan beliau, saya melihat beliau adalah termasuk golongan Quraniyyun/ antihadis. Wallahu a’lam.


Ditulis oleh : Dr. Fathul Bari Mat Jahya

Istighfar, sebab turun hujan dan murah rezeki


Dalam surah Al-Ankabut ayat ke-40, ALLAH SWT menjelaskan bahawa bala bencana yang ditimpakan ke atas manusia adalah disebabkan oleh dosa-dosa yang manusia lakukan sendiri. Allah tidak sesekali menzalimi mereka, tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan.

Maka apa jua bala bencana yang berlaku, sama ada kemarau, runtuhan, taufan, tsunami, penyakit dan sebagainya, manusia pertama sekali wajib beriman kepada perkara-perkara ghaib yang Allah tetapkan ini dan bermuhasabah bahawa ia terhasil dari dosa-dosa manusia. Di antara cara untuk mengangkat musibah yang ditimpakan ke atas manusia sama ada secara khusus atau umum adalah dengan beristighar dan bertaubat, yakni memohon keampunan daripada Allah serta kembali kepadaNya.

Rasulullah SAW adalah orang yang telah dijamin oleh ALLAH bahawa diampunkan dosa-dosa Baginda yang telah lalu dan akan datang melalui firmanNya, “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampunan bagimu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang, serta menyempurnakan nikmatNya ke atasmu dan menunjukkan kamu kepada jalan yang lurus.” (Surh Al-Fath: 1-2)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah dalam kitab Tafsir Al-Quran Al-Adzim mengatakan, “Inilah kekhususan Nabi SAW yang tidak ada seorang pun yang menyamainya. Tidak ada dalam satu hadis sahih pun yang menceritakan tentang balasan amalan kepada selain Baginda SAW yang menyatakan bahawa dosanya yang telah lalu dan yang akan datang akan diampuni.

Inilah yang menunjukkan kemuliaan Baginda SAW dalam segala perkara ketaatan, kebaikan dan keistiqamahan yang tidak didapati oleh manusia selain Baginda, baik dari orang yang terdahulu mahupun orang yang kemudian. Bagindalah manusia yang paling sempurna secara mutlak dan Bagindalah pemimpin seluruh manusia di dunia dan Akhirat.”

Pun begitu, walaupun dosa-dosa Baginda semuanya telah dijamin diampuni oleh ALLAH, Baginda SAW adalah orang yang paling banyak beristighfar dan bertaubat kepada ALLAH pada setiap masa dan keadaan. Baginda bersabda, “Wahai sekalian manusia. Bertaubatlah (beristighfar) kepada Allah kerana aku selalu bertaubat kepadaNya dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Omar radhiyallahu ‘anhu, dia mengatakan bahawa jika kami menghitung zikir Rasulullah SAW dalam satu majlis, Baginda mengucapkan “Rabbighfirli wa tub ‘alayya innaka Anta Al-Tawwabu Al-Rahim” (Ertinya: Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sebanyak 100 kali. (Sahih, Riwayat Abu Daud, Silsilah Al-Sahihah)

ISTIGHFAR SEBAB DITURUNKAN HUJAN

Diriwayatkan dari Al-Sya’bi, dia berkata, “Omar bin Al Khatthab radhiyallahu ‘anhu suatu masa meminta diturunkan hujan, namun dia tidak membaca lebih dari sekadar istighfar sehingga dia kembali. Lalu ada yang berkata kepadanya, ”Kami tidak melihatmu meminta hujan.” Saidina Omar pun mengatakan, “Aku sudah meminta diturunkan hujan dari langit”.

Kemudian Omar membaca ayat, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat” (Surah Nuh: 10-11)

Omar lantas berkata, “Wahai kaumku, mintalah ampunan daripada Rabb kalian. Kemudian bertaubatlah kepadaNya, nescaya Dia akan menurunkan pada kalian hujan lebat dari langit.” (Riwayat Al Baihaqi 3/352)

Para Ulama Tafsir, antaranya Imam Ibnu Katsir rahimahullah ketika mentafsirkan ayat firman Allah “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan Dia akan membanyakkanmu dengan harta dan anak-anak, dan menjadikan bagimu kebun-kebun dan menjadikan bagimu sungai-sungai.”” (Nuh: 10-12) mengatakan bahawa di dalam ayat ini Allah memerintahkan manusia supaya kembali kepada Allah dan tinggalkanlah apa yang selama ini mereka lakukan serta bertaubatlah kepadaNya dengan segera, kerana sesungguhnya barang siapa bertaubat kepadaNya, pasti Allah akan menerimanya, walau sebanyak mana dan sebesar apa pun kekufuran dan kemusyrikan yang telah dikerjakannya.

Maksudnya, Allah akan menurunkan hujan lebat dan terus menerus dengan sebab istighfar tersebut. Oleh kerana itu juga, disunnahkan untuk membaca surah Nuh ini di dalam solat istisqa’ (solat meminta hujan).

Dan jika manusia kembali kepada Allah dan memohon ampunan kepadaNya serta mentaatiNya, nescaya Dia akan memperbanyakkan rezeki dan mencurahkan hujan dari langit untuk menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dari bumi, juga menumbuhkan pelbagai jenis tanaman, melipatgandakan susu ternak, serta melimpahkan harta dan juga anak.

Dalam ertikata lain, Allah akan memberikan harta kekayaan dan juga anak serta menjadikan kebun-kebun yang di dalamnya terdapat berbagai-bagai jenis buah-buahan, dialiri pula oleh sungai-sungai yang mengalir. (Tafsir Al-Quran Al-Adzim, Imam Ibnu Kathir)

ISTIGHFAR JALAN KELUAR PADA SETIAP KESUSAHAN

Adapun dalil dari Sunnah Rasul SAW yang menunjukkan keutamaan istighfar dalam mengeluarkan seseorang daripada kesusahan adalah sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”  (Sahih, Riwayat Ahmad)

Terdapat juga sebuah atsar dari Imam Al-Hasan Al-Basri, seorang tabiin, tentang keutamaan istighfar yang luar biasa. Diriwayatkan bahawa pernah seseorang mengadu kepada Al-Hasan Al-Basri tentang musim kemarau yang terjadi. Imam Al-Hasan menasihatkan, “Beristighfarlah kepada Allah.” Kemudian orang lain mengadu lagi kepadanya tentang kemiskinannya. Lalu Al-Hasan menasihatkan, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian orang lain mengeluh lagi kepadanya tentang kekeringan pada kebunnya. Lalu al-Hasan menasihatkan, “Beristighfarlah kepada Allah.” Kemudian datang lagi orang lain mengadu kepadanya kerana belum mempunyai anak. Al-Hasan menasihatkan, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian Al-Hasan membaca ayat dalam surat Nuh, ayat 10-12, “Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan lebat kepadamu, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan menjadikan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu sungai-sungai.” (Fath Al-Baari, 11/98, Ibnu Hajr Al-Asqalani)

CARA ISTIGHFAR

Istighfar adalah doa dan doa adalah ibadah. Maka cara dan lafaz dalam beristighfar hendaklah sesuai dengan petunjuk sunnah Nabi SAW, iaitu yang ada contohnya dari Al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW. Antara lafaz istighfar yang datang dari Nabi SAW adalah, 1. Astaghfirullaah (Riwayat Muslim); 2. Astaghfirullaha Al-‘Azhim alladzi Laa ilaaha illa huwa Al-Hayyu Al-Qayyuum wa atuubu ilaih. (Sahih, Riwayat Al-Tirmizi)

Secara umumnya tidak ada hadis yang menghadkan atau menetapkan jumlah tertentu dalam mengucapkan istighfar, misalnya beberapa ribu atau puluh ribu. Yang ada, perbanyakkanlah istighfar pada bila-bila masa dan di mana kita berada tanpa dibatasi jumlah tertentu, kecuali jika memang ada hadis sahih dari Nabi SAW yang menetapkan sebegitu.

PENGHULU ISTIGHFAR

Juga terdapat sepotong doa istighfar yang paling utama dan dikatakan sayyidul istighfar (penghulu segala istighfar). Ia diriwayatkan dalam Sahih Al-Bukhari dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda,

“Penghulu istighfar adalah apabila engkau mengucapkan, “Allahumma Anta Rabbi Laa ilaaha illaa Anta, Khalaqtanii wa ana ‘abduka, wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mas-tatha’tu, ‘A’uuzubika min syarri maa shana’tu, abuu-u laka bi ni’matika ‘alayya wa-abuu-u bi dzanbii, faghfirlii fa innahu laa yaghfiru al-dzunuuba illaa Anta (Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.” (Riwayat Bukhari no. 6306)

Faedah dari membaca penghulu istighfar ini menurut Nabi SAW, “barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal pada petang harinya maka dia akan dimasukkan ke syurga. Begitu pula jika diucapkan pada malam hari dengan meyakini maknanya, lalu dia meninggal pada pagi harinya maka dia akan dimasukkan ke syurga.”

Umat Islam perlu yakin kepada kekuatan doa, dan untuk memastikan ia dimakbulkan, sudah semestinya dengan mengikuti adab dan etikanya. Hendaklah ketika berdoa dan memohon keampunan kita menghayati maknanya sambil berusaha memenuhi akibat dari istighfar tersebut iaitu menyesali dosa serta menghindarkan diri dari kemungkaran, maksiat, dan perbuatan dosa yang lainnya. Wallahu a’lam.


Ditulis oleh: Dr. Fathul Bari Mat Jahya 

Wednesday, March 26, 2014

MH370......... WE LOVE U, WE ARE STILL WAITING.........

BOYCOTT THIS STUPID MEDIA
CNN CAN YOU PLEASE STOP SPREADING LIES ABOUT ISLAM AND MALAYSIA

YOU ARE THE GODFATHER OF LIES


ALL MALAYSIAN AND MUSLIM AROUND THE WORLD PLEASE BOYCOTT THIS STUPID MEDIA

#MH370: Selebriti China seru warga China boikot MAS & barangan buatan Malaysia - nak tahu pendapat selebriti Malaysia

Mereka ugut kita, kitapun boleh ugut mereka

Terkini: kedutaan Malaysia ke China pagi ini, mengeluarkan notis amaran keselamatan warganegara Malaysia yang berada di Beijing.

Persatuan termasuk Presiden Student Union Malaysia ke China, Kwok Ching Ching, mengesahkan menerima notis amaran tersebut daripada pihak kedutaan Malaysia.

Dimaklumkan, sekumpulan warga China akan mengadakan demonstrasi dengan panji-panji yang memaki hamun MAS dan Malaysia di depan Kedutaan Malaysia di negara itu.


Lebih buruk lagi, selebriti China secara terbuka menyeru rakyat China memboikot khidmat Malaysia Airlines dan barangan buatan Malaysia.

Di arena media maya seperti Twitter, Weibo dan Forum, Dato Lee Chong Wei, Tan Sri Michelle Yeoh, Sheila Amzah dan beberapa lagi selebriti Malaysia yang lain dihina dan diminta keluar dari negara China.


Di dalam forum terbabit juga, forumer cina China dan cina Malaysia bertikam lidah antara satu sama lain.

MH370 - Terima kasih Umat Islam Malaysia kepada saudara Jerome Wong CJ yang berhati mulia.

Terima kasih saudara Jerome Wong CJ
Bukan semua mereka yang berada di Malaysia bencikan orang Melayu yang beragama Islam, saya percaya ramai yang berhati mulia dan mungkin lebih baik dari Melayu itu sendiri.

Mereka faham apa yang berlaku terhadap MH370, tidak semua mereka ini rasis kecuali yang terlalu taksub dengan parti politik yang bersikap rasis di negara ini yang suka melaga-lagakan diantara Bangsa Melayu dan Bangsa Cina.

Apabila berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap MH370, rakyat Malaysia bersatu hati tidak kira agama dan bangsa telah mendoakan MH370 tetapi tidak kepada manusia yang berada didalam CNN dan Fox News yang mempunyai hati dan perasaan yang kerjanya hanya untuk memusnahkan Agama Islam di dunia. 

Mereka yang berada dikedua-dua agensi media ini dan juga kebanyakkan media asing sebenarnya orang-orang yang bijak tetapi kebijakan mereka telah disaluti dengan otak syaitan, hati dan darah didalam tubuh mereka juga telah bercampur aduk dengan darah syaitan sebab itu mereka bertindak begitu.

Mungkin kita sudah lupa satu ketika dahulu semasa World Trade Centre hancur menyembah bumi pihak CNN telah menyiarkan satu video menunjukkan rakyat Palestin sedang bersuka ria apabila mendapat tahu WTC telah hancur, tetapi apa yang berlaku sebenarnya video tersebut didapati palsu dan rakaman didalam video tersebut telah lama berlaku didalam satu majlis sebelum kejadian WTC dirempuh kapalterbang.

Apa tujuan sebenar mereka menyiarkan video tersebut?, sudah tentu untuk melaga-lagakan dan membuatkan rakyat Amerika termasuk presidennya membenci orang Islam sehingga kini.

Kepada saudara Jerome Wong CJ, admin tidak mengenali saudara, tetapi admin ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana membela umat Islam di negara ini, anda sungguh berhati mulia. Admin berdoa agar anda sihat sejahtera sekeluarga dan dimurahkan rezeki.

Kisah anak muda bernama Abd. Latib Norjam yang bermulut celupar.

Kesian budak ni.........

Wahai anak muda yang bernama Latib..........
Nanti rakyat Malaysia panggil kamu bodoh kamu marah.......
Nanti rakyat Malaysia panggil kamu bangang kamu marah........
Nanti rakyat Malaysia panggil kamu manusia takde hati perut kamu marah...........
Nanti rakyat Malaysia panggil kamu manusia bangsat kamu marah...........
Nanti rakyat Malaysia panggil kamu manusia kurang cerdik kamu marah...........

Tapi memang benar jika dilihat dari air muka kamu, kamu ni memang kurang cerdik,
Tapi memang benar jika dilihat dari air muka kamu, kamu ni memang manusia bangsat,
Tapi memang benar jika dilihat dari air muka kamu, kamu ni memang manusia takde hati perut,
Tapi memang benar jika dilihat dari air muka kamu, kamu ni memang manusia bangang,
Tapi memang benar jika dilihat dari air muka kamu, kamu ni memang manusia bodoh..........

Semasa rakyat Malaysia sedang bersedih kehilangan MH370 bersama penumpang dan anak-anak kapal engkau bersikap seperti manusia yang sudah hilang akal.

Berat tuduhan ni..........
Wahai anak muda Abd Latif Norjam anda ni memang pelik, tahukah anda, anda sudah menuduh seorang Perdana Menteri telah melakukan satu PEMBUNUHAN yang amat kejam, berat tuduhan tu, bayangkan jika ada yang membuat laporan Polis, anda sedang duduk diatas bara api yang sedang menyala untuk membakar tubuh anda disebabkan keceluparan mulut anda.

Pada masa itu agaknya siapa yang akan membantu anda untuk menyediakan wang jaminan?, sebab tuduhan ini amat berat sekali dari segi undang-undang, adakah pihak pakatan rakyat yang mempunyai peguam yang dikatakan tersohor akan membantu anda?, saya rasa tidak sebab peguam mereka yang dikatakan tersohorpun berada didalam keadaan terumbang ambing untuk menyelamatkan diri dari tuduhan menghina Sultan Perak, mereka mempunyai banyak masalah untuk diselesaikan, dan siapa anda dimata mereka????????, kalau mereka nak tolongpun bukan tolong kosong.

Anda kena cepat2 cari peguam..........
Sayang anak muda seperti anda sudah hilang pertimbangan didalam berpolitik, anda belum layak untuk berpolitik jika cara politik anda seperti ini, belajarlah lagi, sebelum membandingkan diri kita dengan orang lain, cari siapa diri kita sebenarnya.

Malang sekali apabila nak berseronok untuk mengutuk orang lain, anda telah terjerat dengan keseronokkan anda sendiri, mungkin pihak polis akan cuba mengesan anda selepas ini, menyerah sahaja lebih baik dan katakan alasan yang paling klise yang selalu digunakan oleh orang macam anda, “saya tak tahu, account saya di hack” itu jawapan yang paling senang atau anda mungkin ada maklumat bahawa PM memang benar terlibat?. Jawab ajelah yer kat polis nanti, tapi ingat polis bukan bodoh.

Tuesday, March 25, 2014

JANGAN PUTUS ASA, KITA MASIH BOLEH BERDOA UNTUK MEREKA

Rakyat Malaysia berdoa tanpa jemu untuk MH370
Wahai Lautan Hindi.........

Jika benar MH370 berada didalam kekuasaan anda, jagalah mereka dengan baik.....
Jika benar anak kapal dan penumpang MH370 berada didalam pelukkan anda, lindungilah mereka.....
Jika benar mereka ingin dimamah oleh sang pemangsa buas yang berada disekeliling anda, tegurlah mereka.....
Jika benar dengan kuasa Allah mahukan mereka timbul, jangan kamu cuba menidakkannya.....
Kerana kuasa Allah S.W.T. itu tidak terkira kehebatanNya.
......... Jangan putus asa, kerana kita masih boleh berdoa untuk mereka.