Search This Blog

HOME

Friday, June 20, 2014

Padah miliki payudara, punggung besar

Disebabkan mempunyai punggung dan payudara yang besar membuatkan wanita ini tersepit dicelah batu

Mudanjiang: Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas tersepit antara dua bongkah batu selepas gagal meloloskan dirinya.

Kejadian berlaku setelah wanita itu tersepit kerana punggung dan payudaranya tidak dapat melepasi ruang antara bongkah batu itu.

Senario menakutkan itu seakan satu adegan dalam filem ‘127 Hours’ berdasarkan kisah benar mengenai seorang pendaki, Aron Ralston yang lengannya tersepit di celah lubang sempit di Blue John Canyon, Utah, pada April 2003.

Watak yang dimainkan oleh James Franco dalam filem adaptasi Danny Boyle itu menceritakan bagaimana dia jatuh ke dalam gaung selama 127 jam selepas meneroka sebuah kawasan terpencil.

Kerana takut mati keseorangan, Ralston memotong tangannya dengan pisau untuk membolehkan dia melepaskan diri.


Bagaimanapun, nasib wanita yang tersepit itu tidak mempunyai kesudahan yang sama kerana dia diselamatkan oleh 12 anggota bomba. - Agensi

Penyokong England desak Suarez diusir

Penyokong England bengang dengan hero Uruguay, Luis Suarez

Brazil: Selepas menjaringkan dua gol dan meletakkan England di ambang penyingkiran dari kejohanan Piala Dunia, penyokong Three Lions kini menggesa penyerang sensai Liverpool itu diusir, menurut laporan laman web akhbar Metro negara itu.

Tandukan Suarez mengegar gol England
Suarez buat penyokong England angin satu badan
Suarez yang menjaringkan dua gol untuk memberi Uruguay kemenangan penting dalam saingan Kumpulan D, memberitahu media selepas perlawanan semalam bahawa ia adalah sebagai membalas dendam layanan buruk yang diterimanya di England.

Gol kedua Suarez membuatkan England terkeluar dari saingan Piala Dunia
Berikutan itu, penyokong fanatik England mendesak Suarez diusir apabila beliau kembali ke England selepas kejohanan Piala Dunia.

Suarez dilihat cuba mententeramkan Steven Gerard yang juga rakan sepasukannya di Liverpool di akhir perlawanan

Saya Mohon Bayar RM100 Sebulan Kepada Anwar - Papagomo

Blogger Papagomo

KUALA LUMPUR: "Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papagomo.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata demikian selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000 terhadap ketua pembangkang itu.

Wan Muhammad Azri memaklumkan perkara itu kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL Pos Media & Production Sdn Bhd.

Katanya, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.

Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.

Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.

Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.

Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papagomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papagomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.


Sumber - mStar Online

APA NAK JADI DENGAN PENGANJUR INI? - Jamal Abdillah Terkejut Disuruh Menyanyi Pada Undangan Berbuka Puasa

Datuk Jamal Abdillah...... terkejut disuruh menyanyi semasa majlis berbuka puasa

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Jamal Abdillah terkejut apabila baharu diberitahu oleh pihak penganjur bahawa kehadiranya pada satu majlis berbuka puasa Julai depan bukan sekadar kemunculan biasa sebaliknya dikehendaki menyanyi.

Jamal berkata, perkara itu tidak dimaklumkan secara terperinci kepadanya ketika pihak pengajur acara 1001 Malam Majlis Berbuka Puasa 2014 membuat tawaran tersebut.

"Saya ingatkan saya hanya perlu hadir sahaja dan tiada persembahan nyanyian kerana kebiasaannya pada bulan puasa hanya bacaan doa dan solat terawih sahaja," katanya selepas sidang acara itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Jumaat.

Majlis tersebut akan diadakan pada 19 Julai depan di PWTC anjuran Persatuan Kebajikan Persona Selangor dan Kuala Lumpur dengan kerjasama Star Illusionsz Resources.

Selain Jamal, penyanyi veteran dari Indonesia iaitu Endang S Taurina dan Roslan Shah turut dijemput.

Tambah Jamal, dia hanya akan melakukan persembahan selepas selesai solat terawih itupun jika pihak penganjur masih mahukan dia menyanyi.

"Kita akan bincang semula bagaimana syarat dan termanya kerana majlis ini ada penjualan meja dan kalau mereka ingin saya menyanyi mereka perlu ikut syarat saya," katanya.

Sementara itu, penaung persatuan tersebut Datin Rosmina Mohd Arshad berkata, majlis tersebut bukan acara nyanyian sepenuhnya.

Sebaliknya, penyanyi jemputan akan diminta untuk menyanyikan dua buah lagu keislaman yang sesuai dengan bulan Ramadan.

"Ini bukan konsert atau acara nyanyian kita hanya mahu Jamal untuk menyanyikan lagu ketuhanan yang sesuai dengan bulan Ramadan untuk hiburan tetamu yang hadir.

"Kita akan berbincang semula dan menjelaskan perjalanan majlis tersebut kepadanya selepas ini," ujarnya.

Tambahnya, majlis berbuka puasa itu juga merupakan malam amal untuk meraikan insan yang kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.

Untuk keterangan tentang pembelian tiket boleh menghubungi talian 017-4040001.


Sumber - mStar Online

Tuesday, June 17, 2014

Kajian Terbaru: Hafal Al-Quran Mencegah Pelbagai Penyakit


Sebuah kajian terbaru membuktikan semakin seseorang menghafal Al-Quran Al-Karim, maka semakin bertambah baik kesihatan. Dr. Soleh Bin Ibrahim As-Shani', pensyarah psikologi di Universiti Al-Imam bin Saud Al-Islamiyyah, Riyadh, meneliti dua kumpulan responden iaitu mahasiswa Universiti King Abdul Abdul Aziz yang jumlahnya 170 responden, dan kumpulan mahasis Al-Imam Asy -Syathibi yang juga berjumlah 170 responden.

Penyelidik mendefinisikan kesihatan psikologi sebagai keadaan di mana berlaku keselarasan psikologi individu daripada tiga faktor utama: agama, spiritual, sosiologis dan jasmani. Untuk mengukurnya, penyelidik menggunakan parameter kesihatan psikologinya Sulaiman Duwairiat, yang terdiri daripada 60 unit.

Kajian ini mendapati adanya korelasi positif antara peningkatan kadar hafalan dengan tahap kesihatan psikologi dan mahasiswa yang unggul di bidang hafalan Al-Quran itu mempunyai tahap kesihatan psikologi dengan perbezaan yang sangat jelas.

Ada lebih dari tujuh puluh kajian, baik Islam atau barat, semuanya menegaskan kepentingan agama dalam meningkatkan kesihatan psikologi seseorang, kematangan dan ketenangannya. Sebagaimana kajian-kajian yang telah dibuat di Arab Saudi dan hasilnya menunjukkan peranan Al-Quran Al-Karim dapat meningkatkan kemahiran asas pelajar-pelajar sekolah rendah dan pengaruh yang positif dari hafalan Al-Quran untuk mencapai IP yang tinggi bagi mahasiswa.

Kajian tersebut memberi gambaran yang jelas tentang hubungan antara keberagamaan dengan pelbagai bentuknya terutama menghafal Al-Quran Al-Karim dan pengaruh-pengaruhnya terhadap kesihatan fizikal individu dan keperibadian berbanding dengan individu-individu yang tidak disiplin dengan ajaran-ajaran agama atau tidak menghafal Al-Quran, sedikit atau seluruhnya.

Komen terhadap Kajian:

Setiap orang yang menghafal sebahagian dari Al-Quran dan mendengar bacaan Al-Quran secara berterusan itu pasti merasakan perubahan yang besar dalam hidupnya. Hafalan Al-Quran juga berpengaruh pada kesihatan fizikalnya. Melalui pengalaman dan pengamatan, dapat dipastikan bahawa hafalan Al-Quran dapat meningkatkan sistem imun tubuh pada seseorang dan membantu melindungi dari pelbagai penyakit.

Berikut adalah manfaat-manfaat hafalan Al-Quran,

1. Fikiran yang jernih.
2. Kekuatan memori.
3. Ketenangan dan kestabilan psikologi.
4. Senang dan bahagia.
5. Bebas dari perasaan takut, sedih dan cemas.
6. Mampu bercakap di depan awam.
7.Mampu membina hubungan sosial yang lebih baik dan memperoleh kepercayaan dari orang lain.
8. Terbebas dari penyakit akut (acute illness).
9. Dapat meningkatkan IQ.
10. Memiliki kekuatan dan ketenangan psikilogis.

Kerana itu Allah berfirman, "Sebenarnya, Al Qur'an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. "(QS Al-'Ankabut [29]: 49)

Ini adalah sebahagian dari manfaat di dunia. Ada manfaat-manfaat yang jauh lebih besar di akhirat, iaitu kebahagiaan ketika berjumpa dengan Allah, memperolehi keredhaan dan nikmat yang abadi, mendapatkan tempat dekat kekasih mulia Muhammad Saw.


Sumber - Detik Islam

Kilang Bihun ‘Pengotor’ Terbakar - Taukeh Bengang Tuduh Orang Bakar Kilang

 

Kuala Lumpur: “Saya yakin kilang bihun ini sengaja diletupkan dan dibakar oleh individu yang sakit hati,” kata pemilik kilang bihun yang mahu dikenali sebagai Chin, 75, susulan kebakaran mengejut menimpa kilangnya awal pagi semalam.


Kilang bihun itu yang beroperasi di Batu 7, Jalan Ipoh di sini, pernah diserbu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu sebelum diarah menghentikan operasi selepas didapati memproses bihun dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 3 pagi itu, empat lagi bangunan kilang yang terletak berhampiran turut musnah dalam insiden itu.

Chin berkata, dia menyedari kebakaran itu selepas mendapat panggilan telefon daripada pekerjanya sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, salah seorang pekerja mendakwa terdengar bunyi letupan sebelum api mula marak di bahagian dapur.

Sumber - myMetro

Bukit Aman Tubuh Pasukan Khas Kesan Polis Rasuah


PETALING JAYA: Pasukan bertindak anti-rasuah dianggotai petugas khas yang menyamar untuk mengesan pegawai polis yang terlibat dengan rasuah akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman, Datuk Ayub Yaakob berkata, pasukan itu akan ditubuhkan di setiap negeri dan daerah dengan ketua polis daerah masing-masing mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap integriti pegawai mereka.

"Langkah ini selaras matlamat untuk meningkatkan integriti pasukan polis. Kami tidak akan berkompromi dengan sikap buruk seperti itu. Tindakan tegas akan diambil," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Urusetia Ketua Polis Negara, Integriti (Tatatertib), Datuk Hashim Abdul Jalil bahawa sistem pematuhan standard jabatan dan integriti akan ditubuhkan untuk membersihkan imej polis.

"Polis berpakaian preman akan menguji pegawai yang bertugas dengan berpura-pura menawarkan rasuah kepada mereka," katanya kepada pemberita mengenai garis panduan seminar anti-rasuah di Shah Alam.

Sebelum ini dilaporkan bahawa polis akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk melihat sama ada anggota polis atau ahli keluarga mereka mempunyai 'hutang tertunggak.

Ayub berkata, polis telah melancarkan perang terhadap rasuah insiden berkenaan cukup memalukan dan mencemarkan nama baik anggota polis.

"Mana-mana kakitangan atau pegawai yang mengambilnya akan dikenakan tindakan. Aset dan akaun kakitangan yang berkaitan juga akan dipantau," katanya.

Ayub turut mengalu-alukan maklumat daripada mana-mana pegawai yang telah menerima dan meminta rasuah.


Sumber - mStar Online