Search This Blog

HOME

Wednesday, November 26, 2014

KISAH BENAR - Kisah Arwah Ibu Melawat Jenazah Anaknya.


Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.

Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.

Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah SWT Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam.

Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya.

Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna.

Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar.

Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu.

Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi?

Siapakah pemuda itu?

Mengapa wajahnya bertukar hitam?

Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya.

Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya.

Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

"Ustaz," kata wanita itu.

"Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.

Jadi saya nak tengok jenazahnya."kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut.

Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?" tanya saya.

"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."

"Makcik lihatlah betul-betul."kata saya.

Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya.

Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.

Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.

Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.

"Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini"kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.

Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin.

Itulah yang mak cik kesalkan."kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.

Mungkin itulah yang berlaku.

Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.

Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.

Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.

Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,

"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya.

"Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.

Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.

Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.

Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?........... fikir-fikirkanlah.

Sumber - ejeninfo

Pelik!! Penjaga Tanah Perkuburan Gali Kubur Ibunya Untuk Selfie Bersama Ibu.


Beirut – Seorang penjaga tanah perkuburan yang gemar menghabiskan masa di tanah perkuburan Deab Saiqly menggali kubur ibunya dan mengambil gambar bersama mayat berkenaan, menurut laporan TV MBC.

MBC TV Channel menemuramah lelaki itu dan menjemput pakar psikiatri untuk memberi keterangan mengenai kes berkenaan.

Bagaimanapun, dia kelihatan normal dan tidak menunjukkan sebarang tanda masalah mental.

Deab memberitahu pengacara dan pakar psikiatri bahawa dia suka menghabiskan masa di tanah perkuburan kerana suasana di situ membuat perasannya tenteram dan bahagia berada bersama orang yang sudah mati.

Dia juga menolak lamaran seorang wanita dari Amerika Syarikat kerana tidak mahu meninggalkan tanah perkuburan itu.

Menurut Deab dia sudah mengambil banyak gambar selfie bersama rangka manusia di kuburan tetapi cuma menyimpan gambar bersama mendiang ibunya.


Sumber - ejeninfo

Kisah Pulau Hashima, Pulau Yang Bersuasana Menyeramkan Di Jepun (8 gambar)


Pulau Hashima atau yang juga dikenali sebagai Gunkanjima ( Battleship Island ) kerana bentuknya yang menyerupai kapal perang, merupakan sebuah pulau seluas 60,000 meter persegi di laut lepas Nagasaki , Jepun.

Pada 1950 , pulau itu merupakan rumah bagi beribu-ribu pekerja lombong arang batu dan ditutup pada 1974. Semenjak itu, pulau tersebut telah terbengkalai hingga filem agen 007 kembali menemuinya .

Selain perumahan pulau tersebut turut dilengkapi dengan hospital, panggung wayang, restoran dan bar untuk penduduk pulau ini seolah-olah sebuah bandar atas kapal.

Bagaimanapun zaman kegemilangan pulau tersebut mula muram apabila selepas perang dunia kedua permintaan terhadap arang batu mulai kurang kerana penemuan petroleum telah menggantikan penggunaan arang batu.

Akhirnya penduduk pulau tersebut mula berpindah ke daratan untuk mencari peluang pekerjaan baru dan kini terbiar tanpa berpenghuni dan dikatakan teah menjadi sebuah pulau yang berhantu.

Bangunan usang dan barang -barang yang ditinggalkan para pelombong batu arang membuat tempat ini seperti pulau yang paling terpencil di Bumi. Selain digunakan sebagai lokasi dalam filem, pulau itu sebelumnya pernah menjadi berita utama ketika pada 2008 sebuah organisasi nonprofit mengusulkan agar Pulau Hashima ditetapkan sebagai tapak Warisan Dunia .

Pulau Hashima seluruhnya ditutup untuk umum hingga pada 2009 pelancong dibenarkan untuk mengunjunginya. Masalahnya, tidak ada banyak yang boleh dilakukan di sana selain mengagumi runtuhan suasana menakutkan yang ternyata menjadi daya tarik tersendiri. Pulau kini sudah tidak terurus dan kelihatan seperti sebuah bandar berhantu dan amat menyeramkan dengan bangunan yang mula buruk dan runtuh manakala tumbuhan liar mula tumbuh.









Sumber - ejeninfo

Majlis Perkahwinan Menarik Yang Dihadiri Oleh Ramai Superhero (9 gambar)


Majlis perkahwinan adalah satu perkara yang dinantikan oleh semua pasangan dan kebanyakkan atau hampir semua pasangan ingin memastikan majlis perkahwinan mereka akan menjadi majlis yang meriah dan akan sentiasa diingati sampai akhir hayat.

Begitu juga yang terjadi dengan satu pasangan dari Fort Worth, Texas ini iaitu Ali Butrym dan Ryan Jeziorski dimana semasa hari perkahwinan mereka, tema yang dipilih oleh mereka adalah perkahwinan ala tema Batman atau superhero didalam komik. Kedua-dua merupakan peminat tegar kepada superhero Batman serta mempunyai tatu Batman pada tubuh mereka.

Ali Butrym dan Ryan Jeziorski memakai pakaian Harley Quinn serta Joker semasa perkahwinan mereka dan mereka dikahwinkan oleh Batman. Bapa Ali, Anthony menjadi watak Ironman.

Apa yang membuatkan perkahwinan ini lebih menarik apabila tetamu yang hadir ke perkahwinan mereka juga memakai pakaian superhero yang seperti Wolverine, Bat Woman, Mario, Bane, Wonder Woman dan lain-lain.

Bagi Ali Butrym dan Ryan Jeziorski sudah tentu majlis perkahwinan mereka ini akan diingati bukan sahaja mereka juga kepada semua saudara-mara dan tetamu yang hadir.










Sumber - ejeninfo

Kisah Menyedihkan Wanita Tukang Rasa Makanan Adolf Hitler. (9 gambar)

 

Semasa era perang dunia ke-2 banyak kisah-kisah yang menyayat hati yang berlaku kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan perang. Ada yang dirahsiakan pengalaman itu dan ada juga yang menceritakan untuk perkongsian anak-anak mereka. Kisah menyayat hati ini juga berlaku kepada Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, wanita  ini menyimpan sendiri kisah menakutkan itu dari pengetahuan dunia luar, bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu.

Walaubagaimana pun, beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di Berlin.

Margot Woelk diusia muda
Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.


“Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepada Associated Press pada 26.4.2013.



Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging.


“Dia seorang vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk.


Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.


“Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.

Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.

Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.

Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.

Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerana malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tidak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.

Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. “Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam,” ujarnya.


Sumber - ejeninfo

MH370: Sampai Bila Nak Digantung Tak Bertali?


PETALING JAYA: Ketiadaan sijil kematian susulan status pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masih belum dimuktamadkan sehingga kini bukan sahaja menyukarkan proses pernikahan suami salah seorang penumpang pesawat malang itu, malah beberapa waris lain turut berhadapan pelbagai masalah lain sejak tragedi itu berlaku 8 Mac lalu.

Beberapa waris penumpang pesawat yang hilang itu turut mengadu menghadapi beberapa kesukaran dalam menyelesaikan pinjaman perumahan, kereta dan kad kredit milik mangsa.

Aduan tersebut disampaikan kepada Pertubuhan Sukarela Peguam Malaysia (SukaGuam) yang dalam dilema mengenai apa yang patut dilakukan mengenai status pesawat yang masih 'tergantung tidak bertali' itu.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, beberapa waris telah menemuinya untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung permasalahan yang dihadapi.

Datuk Khairul Anwar Rahmat
"Mereka datang mengadu masalah pinjaman perumahan, kereta dan kad kredit milik mangsa. Buat masa ini, mereka hanya dapatkan khidmat nasihat daripada kami," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak menerima sebarang permintaan daripada waris yang mahu kes tersebut dibawa ke mahkamah.

"Setakat ini belum ada waris yang mahu membawa kes ini ke peringkat pemfailan. Sekarang, hanya di peringkat khidmat nasihat sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Khairul berkata, beliau sedia membantu sekiranya ada waris yang mahukan bantuan guaman bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

"Insya-Allah kalau mereka datang kami sedia membantu, jika ada waris yang mahu mendapatkan bantuan guaman," katanya.

Khairul yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Johor berkata, beliau akan mengetengahkan isu status MH370 ketika membahaskan ucapan Presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis ini.

"Insya-Allah, perkara ini akan dibahaskan pada Khamis ini. Kita mahu status pesawat tersebut dimuktamadkan dengan segera agar waris dapat meneruskan kehidupan masing-masing," katanya.

Beliau berkata, keputusan untuk memuktamadkan status pesawat tersebut perlu dibuat dengan mengambil kira pandangan terkini daripada Majlis Fatwa Kebangsaan dan nasihat pakar yang boleh mengesahkan pencarian tersebut sudah berakhir.

"Kerajaan juga perlu ambil kira hasil analisis teknologi satelit yang mengatakan pencarian sudah muktamad supaya suatu tempoh yang munasabah ditetapkan dalam mengisytiharkan status pesawat itu. Tidak perlu tunggu tempoh empat atau tujuh tahun untuk mengesahkan kematian," katanya.

Jelas beliau, sekiranya terdapat alasan kukuh yang menyokong kepada keputusan tersebut, sijil kematian bolehlah dikeluarkan dengan segera bagi memudahkan proses tuntutan insurans dan pampasan kepada waris mangsa.


Sumber - mStar Online

Rejim Syria Serang IS, 63 Terbunuh


BEIRUT: Seramai 63 terbunuh di Raqa apabila tentera Syria melakukan dua serangan udara berturut-turut di kawasan yang dikawal oleh kumpulan militan Negara Islam (IS).

Dalam serangan oleh tentera rejim Bashar al-Assad itu, seramai 36 daripada 63 mangsa merupakan orang awam manakala selebihnya gagal dikenalpasti.

"Dikalangan 63 yang terbunuh dalam serangan itu, seramai 36 merupakan orang awam.

"Selain itu ramai juga yang cedera dalam serangan berturut-turut paling teruk oleh tentera Syria sejak setahun lalu.

"Serangan pertama dilakukan terhadap kawasan penempatan awam dan apabila usaha menyelamat sedang dilakukan, serangan kedua dibuat," jelas wakil Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman.

Dalam pada itu, kumpulan aktivis turut mengedarkan video serangan yang dianggap kejam itu.

Dalam rakaman tersebut kelihatan cebisan daging manusia dan kumpulan orang awam yang mengalami kecederaan.


Sumber - mStar Online