Search This Blog

HOME

Wednesday, December 24, 2014

Video - Kalau kita kata main ketuk kepala dengan sudu sakit, tapi permainan yang ini lagi ganas.


Jom tonton videonya...........

Macam-macam hal - Seronok betul VIP ni bila pertama kali di iringi oleh kereta peronda polis (Video)


Jom tonton videonya............


Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api)





Lagu Warisan ( Anak Kecil Main Api)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

MELAYU - hasil nukilan Allahyarham Dato’ Dr. Usman Awang (Video)

Allahyarham Dato’ Dr. Usman Awang

Dia beri $100 kepada seorang pengemis jalanan dan mengikuti dari belakang untuk mengetahui apa yang akan dibuat dengan wang tersebut........ sesuatu yang menakjubkan telah berlaku. (video)


don't judge a book by its cover..........


“You just touch my heart”.............

Air cecah tingkat 3, 500 mangsa di SMK Manek Urai dalam bahaya.

Seramai 500 mangsa banjir berada didalam keadaan bahaya apabila air telah menjejaki tingkat 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai.
KUALA KRAI: Seramai 500 mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah.

Lokasi berkenaan yang dibuka untuk dijadikan pusat pemindahan awal pagi semalam, kini dilanda banjir teruk dan kesemua mangsa berada di tingkat empat bangunan sekolah itu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan, ketika dihubungi berkata pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang tadi kesemua mangsa tidak mampu dipindahkan kerana tiada lokasi selamat.

"Kami tidak tahu di mana mahu menempatkan kesemua 500 mangsa itu. Kita juga tidak menyangka pusat pemindahan berkenaan turut ditenggelami air.

"Kami hanya mampu menghantar anggota bomba untuk mententeramkan keadaan mangsa di sana supaya tidak panik," katanya.


Sumber - BH Online