Search This Blog

HOME

Sunday, February 9, 2014

Azwan Ali apa nak jadi dengan anda, kenapa menghina wanita sebegitu rupa?.

Pose manja Azwan Ali

Jika kita melihat polemik politik yang berlaku di Selangor sekarang, nampaknya api yang kecil semakin membara.

Semalam sahaja, adik kepada YB Azmin Ali (Azwan Ali) telah melempiaskan kemarahannya kepada Faekah Husin, bekas Setiausaha Politik TS Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan kini CEO Menteri Besar Incoroperate (MBI). Pembaca boleh membaca sendiri apa yang ditulis oleh Azwan Ali di atas.

Inilah ceritanya..........
Sebagai seorang selebriti yang berpengalaman adalah sangat tidak manis malah kurang etika seorang yang pernah menjadi figure anak muda melepaskan gejolak marahnya dengan kata-kata yang sedemikian di atas itu, apatah lagi kepada kaum perempuan yang dijadikan oleh Allah SWT dengan lemah lembut.

Azwan dan Anwar Ibrahim
Bercakap tentang jodoh, dalam Al-Quran ada menyebut, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal itu amat buruk bagimu.(Mengapa?) Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui” (Surah Al-Baqarah, ayat 216).

Perjalanan ke Mekah satu ketika dahulu.......
Juga disebut, “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah An Nur : Ayat 26)

Maka, siapakah kita untuk menghukum lagi menghina seseorang sebagaimana tweeter di atas?. Berapa ramai kaum hawa di luar sana tersindir, terhina dan marah dengan penghinaan itu?

Azwan di Mekah
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w., sabdanya bermaksud: “Orang yang berusaha membantu wanita yang tidak bersuami dan orang miskin, adalah seperti orang yang berjuang di jalan Allah.” (Al-Bukhari)

Seseorang yang berjuang di jalan Allah SWT adalah pejuang Allah SWT. Orang yang membantu wanita yang tidak bersuami adalah seperti orang yang berjuang di jalan Allah SWT.

Perumpamaan yang diriwayatkan daripada Imam Malik pula meletakkan orang yang membantu wanita tidak bersuami ini seperti orang yang mendirikan solat malam tanpa rasa lemah dan yang berpuasa tanpa berbuka.

Inilah berita gembira kepada wanita yang tidak bersuami yang telah dikhabarkan oleh kekasih Allah SWT, junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Inilah pesanan yang telah ditinggalkan baginda kepada umat Islam supaya sentiasa menjaga kebajikan wanita yang tidak bersuami.

Pesanan ini juga jelas menunjukkan wanita tidak bersuami adalah golongan yang mendapat keprihatinan khusus daripada manusia paling utama kedudukannya di sisi Allah SWT.

Lantaran itu, saya berpandangan eloklah Faekah mufaraqah daripada PR yang telah menghinanya lagi menjatuhkan kehormatan dirinya dan keluarganya itu, apatah lagi penghinaan itu dibuat oleh seseorang yang mempunyai kaitan keluarga dengan kepimpinan tertinggi PR.


Saya tidaklah bermaksud Faekah harus menyertai PAS atau UMNO, tetapi perjuangan masih boleh dilakukan melalui NGO yang sesuai. Apakah gunanya berada di dalam pakatan sesudah Faekah dihina keterlaluan sedemikian rupa?

No comments:

Post a Comment