Search This Blog

HOME

Saturday, February 15, 2014

Rahsia Usahakan Kedai 21 Jam Sehari Terbongkar!

Kembar kahwin kembar

Selama ini pelanggan setia sebuah kedai makan yang terletak Yiwu, China berasa pelik dengan ‘tenaga berpanjangan’ pasangan suami isteri yang mengusahakan perniagaan mereka selama 21 jam sehari tanpa rehat.

Namun, baru-baru ini pasangan tersebut mendedahkan bahawa mereka mempunyai pasangan kembar seiras yang bersama-sama mengusahakan kedai makan itu.

Kebetulan, pengusaha lelaki tersebut mempunyai pasangan kembar seiras yang turut berkahwin dengan kembar isterinya.


Jadinya mereka mengambil shif bertugas mengendalikan perniagaan yang bermula dari jam enam pagi sehingga tiga pagi setiap hari.

Malah, pelanggan mereka turut mengelarkan pasangan itu sebagai ‘robot couple’ sebelum mengetahui rahsia tersebut.

Kedua-dua pasangan suami isteri kembar ini turut memiliki seorang anak lelaki yang turut mirip di antara satu sama lain.

Memang uniklah keluarga ni..

Sumber

No comments:

Post a Comment