Muhammad al-Zubaidi semasa didalam kelas |
Sebuah sekolah bahasa untuk orang dewasa di Saudi menerima seorang murid lelaki baru. Hebat, murid baru ini menjadi isu hangat di berbagai media di Saudi kerana murid baru ini adalah seorang datuk berusia 100 tahun.
Muhammad al-Zubaidi (100) adalah lelaki tertua bersekolah di sekolah orang dewasa di bandar Saudi. Zubaidi juga merupakan salah satu pelajar paling disiplin di sekolah kerana selalu datang ke sekolah tepat waktunya.
Harian Okaz melaporkan pada Ahad (16/2/2014) "Pihak berkuasa pendidikan yang mengawasi sekolah ini berkata mereka amat tersentuh dengan usaha dan tekad lelaki ini untuk terus belajar, meskipun pada usianya yang sudah mencapai satu abad."
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi
Huraian
i) Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang itu.
ii) Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.
iii) Oleh itu selaku umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menambahkan ilmu masing-masing dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Malah salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa ia kepada Allah S.W.T.
Sumber - Detik Islam
No comments:
Post a Comment