MADINAH 9 Feb. - Sebanyak 15 jemaah umrah terkorban dan lebih daripada 130 orang lagi mengalami kecederaan, selepas hotel yang mereka diami terbakar di sini, semalam.
Kebakaran tersebut berlaku di Hotel Ishraq Al-Madina kira-kira pukul 2.33 petang, sebelum anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran 2 jam setengah kemudian, dengan Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman mengikuti perkembangan semasa insiden berkenaan.
Menurut saksi, mangsa yang terkorban berasal dari pelbagai negara termasuk Mesir dan Turki.
Siasatan berkenaan punca kejadian kini sedang dijalankan dengan sumber memberitahu, laporan awal menunjukkan kebakaran itu berlaku ekoran masalah litar pintas ketika kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan.
No comments:
Post a Comment