Papan Tanda The Basement Bistro yang terlalu 'istimewa' |
Jika kita menempah makanan di kedai makan mahupun restoran, menunggu hingga sejam mesti akan membuatkan kita rasa marah. Makanan yang dipesan tidak kunjung tiba di meja makan. Tetapi apakah perasaan anda apabila mengetahui terdapat sebuah restoran yang perlu membuatkan kita menunggu sehingga lima tahun baru dapat menjamah makanan tersebut. Bunyinya pelik, tetapi itulah yang menjadi realiti di restoran ini.
Damon Baehrel tuanpunya bistro |
Sebuah restoran, Basement Bistro di Amerika Syarikat dikatakan sangat eksklusif kerana setiap malam, restoran ini hanya memasak 15 hidangan yang disajikan untuk 18 pelanggan sahaja.
Damon Baehrel, pemilik restoran tersebut hanya menyediakan senarai menunggu kerana masakan yang dia sajikan benar-benar istimewa, salah satu hidangannya yang terkenal, Acorn Ice Cream Kon memerlukan masa satu tahun untuk disiapkan.
Kebanyakkan sumber masakan ditanam sendiri oleh tuanpunya bistro |
Ini disebabkan kerana dia harus mengumpulkan biji-bijian, kemudian merendamnya selama berbulan-bulan untuk dijadikan bahan asas ais krim istimewanya.
Kemampuan memasak bekas pelumba motocross ini dikatakan datang dengan sendiri.
“Saya tidak pernah melakukan kajian atau belajar dari buku memasak”, “Menurut keluarga, saya hanya boleh melakukannya sendiri dan inspirasi itu akan datang terus dari alam.” katanya lagi.
Untuk menikmati hidangan makan malam di restoran ini, pelanggan perlu menyediakan sekurang-kurangnya USD$225 bagi setiap hidangan.
Beberapa selebriti terkenal juga termasuk dalam senarai menunggu restoran ini termasuklah Jerry Seinfeld dan Martha Stewart.
Malah, Barrack Obama, dikhabarkan telah menempah meja sejak tahun 2011 lagi.
Setakat ini, Restoran Basement Bistro berjaya mendapat pendapatan sebanyak USD$750 ribu setahun.
No comments:
Post a Comment