Search This Blog

HOME

Wednesday, February 19, 2014

Johan Elak Cerita Perkara Menakutkan Di Mekah Selepas Pulang Umrah.

Johan dan Ozlyn Wati semasa di Mekah


Setelah pulang mengerjakan Umrah bersama isteri pada Januari lalu, pelawak dan pengacara, Johan Raja Lawak akui mengelak dari bercerita perkara menakutkan kepada rakan seagama yang belum menjejakan kaki ke tanah suci Mekah.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim berkata dia tidak mahu perkara-perkara menakutkan itu akan membataskan niat umat Islam yang lain untuk menjejakan kaki di sana.

"Sesungguhnya kota suci Mekah merupakan tempat yang paling tenang yang pernah saya jejaki dan saya bersyukur kerana segala urusan saya di sana dipermudahkan.

Johan dan Ozlyn Wati bergambar didepan Kaabah
"Malah sepanjang di sana saya dapat rasa inilah nikmat yang paling baik yang pernah Allah kurniakan.

"Saya tahu ada orang yang punya kisah tersendiri apabila berada di sana tetapi saya sendiri tidak pernah menceritakan perkara-perkara yang menakutkan di sana. Yang penting niat kita," katanya kepada murai.com.my ketika Majlis Wrap Part Propaganza, malam semalam.

Alhamdulillah, sejuk mata memandang dapat artis yang sebegini........ 
Johan dan Ozlyn Wati mengerjakan Umrah pada 10 Januari lalu. Beberapa hari sebelum itu, Johan memenangi saman RM1 juta terhadap pengarah filem, Mohd Javed Mohd Nizar dan produksi Juara Film Production Sdn Bhd berikutan kes baling gelas.

Johan turut memberi kata-kata positif kepada rakan-rakannya yang lain bahawa semua umat Islam layak menjejakkan kaki di sana dan bukan soal sudah bersedia atau tidak.

"Sebenarnya nak pegi sana bukan tunggu sudah bersedia atau tidak. Cuma orang yang hendak menjejakkan kaki ke sana pasti takut dengan dosa yang banyak yang pernah di lakukan.

"Bagi saya itu tidak ada masalah kerana tujuan kita ke sana pun hendak mencuci dosa-dosa lalu dan sesungguhnya  Allah itu Maha Pengampun," luahnya lagi.


No comments:

Post a Comment