Kebelakangan ini, beberapa laman portal pro-pembangkang dilihat seperti melancarkan satu kempen membela seorang juruterbangTentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa di Mahkamah Tentera Kuala Lumpur kerana isu dakwat kekal ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Pengerusi DAP Lim Kit Siang awal-awal lagi mempersoalkan tindakan Mahkamah Tentera mendakwa Zaidi tetapi ‘melepaskan’ pihak yang lebih besar terlibat dalam menindas rakyat.
Untuk rekod, Zaidi membuat laporan polis pada pagi 1 Mei tahun lepas selepas dakwat kekal yang dicalit dijarinya ketika mengundi didapati luntur dan hilang selepas dibasuh dengan sabun.
Zaidi adalah seorang salah seorang daripada 235,826 orang pegawai dan anggotaa pasukan keselamatan dan pasangan di seluruh negara yang mengundi lebih awal pada 30 April tahun lepas.
Zaidi kini didakwa di bawah Seksyen 50 (2) dan Seksyen 51 Angkatan Tentera 1972 di Mahkamah Tentera.
Sebagai seorang pegawai tentera, tatkala Zaidi dilantik dan ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong beliau sepatutnya menyedari bahawa penglibatan tentera dalam pembangunan negara hanya untuk menyokong usaha kerajaan ke arah kesejahteraan rakyat dan tidak ada kena mengena dengan politik.
Walaupun pun begitu, ini tidak bererti Mejar Zaidi tidak boleh ambil tahu tentang hal politik cuma dia tidak boleh terlibat dalam politik dan dipolitikkan.
Sebagai pegawa tentera, tugas utama Mejar Zaidi adalah mempertahankan negara dan menyokong usaha yang dilakukan kerajaan yang memerintah.
Justeru itu, pegawai tentera sepatutnya tidak diheret ke dalam konflik politik tanahair ataupun diri sendiri bertindak melibatkan diri dalam kancah politik tanah air dengan cara sebegitu rupa.
Bukannya pegawai dan anggota tentera TIDAK mempunyai hak untuk bersuara di dalam politik, tetapi ia cuma TERHAD kepada proses pembuangan undi ketika pilihanraya umum atau pilihanraya kecil diadakan, dan tidak lebih dari itu!
Kalau orang seperti Mejar Zaidi tidak mahu menerima hakikat tersebut, beliau kena ‘buka’ pakaian tenteranya, dalam erti kata lain, keluar dari ATM.
Mejar Zaidi perlu ingat yang kerajaan sudah berhabis berbilion ringgit dalam meningkatkan aset pertahanan.
Sebagai juruterbang yang dilatih khusus, tumpuannya perlu kepada memanfaatkan kekuatan tersebut dan bukannya pada isu seperti dakwat ini
Tindakan beliau membuat laporan polis pada tahun lepas itu boleh dipersoalkan tujuannya kemungkinan, dalam erti kata lain, mencari publisiti yang tidak perlu.
Percayalah, pembangkang bukan nak bela sangat Mejar Zaidi ni, tetapi ini adalah ‘peluang’ mereka untuk memanipulasikan isu tersebut bagi kepentingan mereka.
Ibarat pepatah Melayu, tak ada rotan, akar pun berguna!
No comments:
Post a Comment