Dua puluh gadis cantik dan bertubuh seksi berkumpul di satu pantai di Hainan, China. Semuanya mengenakan bikini. Namun mereka bukannya datang ke pantai tersebut untuk bermandi manda atau model-model yang akan menjalani sessi bergambar ditepi pantai, mereka sebenarnya adalah calon-calon untuk menjadi pengawal peribadi.
Gadis-gadis ini kebanyakkannya adalah berpendidikan tinggi di negara china dan akan menjalani latihan fisikal yang sangat keras tidak ubah seperti latihan tentera, mereka ditendang, dibenamkan didalam air juga diarahkan memikul kayu balak.
Gadis-gadis cantik ini dilatih oleh jurulatih pengawal pengiring daripada Tianjio Special guard/Security Consultant LTD. Co, sebuah syarikat kawalan keselamatan yang buat pertama kalinya melatih wanita-wanita untuk dijadikan ‘bodyguard’.
Didalam latihan tersebut, setiap peserta mengikuti latihan selama 10 bulan dan difokuskan kepada latihan pengitipan, anti terroris, seni bela diri dan etika perniagaan. Peserta yang terbaik akan dihantar ke negara Israel untuk menjalani latihan lebih lanjut di Israel International Security Academy.
Dengan perkembangan pesat ekonomi di negara China dan jutaan rakyat di negara itu menjadi jutawan, mereka sangat-sangat memerlukan pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan mereka, harta benda dan juga keluarga mereka.
Kebanyakkan jutawan di negara China lebih sukan mengupah pengawal peribadi dikalangan wanita berbanding lelaki, kerana tidak secara langsung mereka boleh dijadikan setiausaha dan juga pengasuh anak-anak mereka dan bayaran sehingga 100 dollar AS sehari boleh didapati oleh mereka berbanding dengan gaji purata rakyat China hanya 1,500 dollar AS setahun.
Kemajuan ekonomi China juga menghasilkan lebih banyak wanita kaya di negara itu dan sudah tentu mereka lebih selesa dikawal oleh kaum mereka sendiri.
Lihat gambar-gambar dibawah........
No comments:
Post a Comment