Search This Blog

HOME

Friday, February 21, 2014

Tiga Rakyat Malaysia di kepung kumpulan ekstremis beragama Buddha Wilayah Rakhine

Tengoklah apa yang ditulis ditelapak tangan Sami Buddha celaka ini

PUTRAJAYA, 21 Feb (Bernama) - Tiga rakyat Malaysia yang dikepung sekumpulan penduduk tempatan ketika dalam misi bantuan kemanusiaan di Sitwee, Rakhine, Myanmar, semalam, kini dalam keadaan selamat.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata ketiga-tiga individu tersebut daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) diselamatkan oleh polis Myanmar dan kini berada di bawah jagaan pasukan keselamatan itu.


Ketiga-tiga individu tersebut ialah Zulhanis Zainol, 36, Mohamed Fithri Ahmad, 42 dan Muhaimin Samad, 28, dan mereka dibawa keluar dari Sitwee ke Yangon pada pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan, katanya.

Tiga individu itu dipercayai dikepung oleh kumpulan ekstremis beragama Buddha ketika dalam misi bantuan kemanusiaan di wilayah tersebut.

Syaitan ekstremis beragama Buddha membakar Masjid di Myanmar
Difahamkan Mohamed Fithri dan Muhaimin merupakan petugas stesen televisyen tempatan untuk menjalankan penggambaran sebuah dokumentari.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Hamzah berkata Mapim tidak memaklumkan atau menghubungi Wisma Putra mengenai misi bantuan kemanusiaan tersebut ke negara itu.

"Misi bantuan kemanusian Mapim sudah hampir dua tahun di sana tetapi mereka tidak pernah menghubungi wakil kita di Myanmar dan apabila berlaku perkara ini baru kita dapat tahu.

"Namun, hubungan diplomatik Malaysia dan Myanmar yang baik, bantuan kepada ketiga-tiga rakyat kita dapat disegerakan," katanya.

Justeru, Hamzah menyeru penganjur misi bantuan kemanusiaan agar menghubungi Wisma Putra dan kedutaan Malaysia sebelum bertolak ke luar negara agar mudah dihubungi sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

"Wisma Putra adalah tidak berpihak dan sedia membantu rakyat Malaysia tanpa mengira idealogi politik masing-masing," katanya.

Sumber - BERNAMA

No comments:

Post a Comment