Search This Blog

HOME

Monday, February 17, 2014

Kembar yang pelik

‘Kembar Parasit’ atau dalam bahasa perubatan dipanggil  Parasitic Twin (janin dalam janin) adalah penyakit luar biasa berbeza daripada kes kembar siam. Ia terjadi apabila salah satu bayi dalam kandungan membesar lebih baik berbanding kembarnya.

Hal ini membuatkan janin yang tidak sihat sangat bergantung kepada kembarnya, dan ia sekali gus disebut parasit.

Deepak Paswan 7 tahun sedang menanti untuk menjalani pembedahan
Peliknya, apabila dilahirkan, kedua-duanya akan bercantum seperti kembar siam tetapi dalam keadaan lebih mengerikan kerana tubuh badan bayi yang melekat dilahirkan kurang sifatnya.

Ada kes dilaporkan, kembar tak sempurna itu hanya berbentuk tangan, kaki, atau alat kelamin yang menempel pada pasangannya.

Deepak Paswan berjaya menjalani pembedahan yang berisiko pada tahun 2007 disebuah Hospital Di Bangalore dan kini anak ini berumur 14 tahun. 
Dipercayai, keadaan ini berlaku disebabkan pencemaran atau pengaruh radioaktif selain penelitian turut berpendapat kekurangan protein sonic hedgehog (SHH) boleh menyebabkan kes seperti ini.

No comments:

Post a Comment