Search This Blog

HOME

Wednesday, May 28, 2014

Tindakan Saman MAS Sengaja Diperbesarkan - Hanez Suraya

Hanez Suraya memberitahu tindakannya menyaman MAS adalah proses biasa sebagai seorang pelanggan yang privasinya telah diceroboh sehingga menyebabkan dia menjadi bahan perbincangan umum.

PETALING JAYA:Pelakon Hanez Suraya menjelaskan tindakannya memfailkan saman terhadap Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sengaja diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak hanya kerana dia bergelar selebriti.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 28, berkata, tindakannya itu adalah proses biasa sebagai seorang pelanggan MAS yang privasinya telah diceroboh sehingga menyebabkan dia menjadi bahan perbincangan umum.

"Ini adalah berkaitan dengan privasi dan hak saya sebagai pelanggan MAS yang telah diceroboh tanpa kerelaan saya dan berharap peminat tidak terus membuat kesimpulan negatif terhadap tindakan saya itu hanya kerana saya seorang selebriti," jelasnya.

Hanez dan kekasihnya Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, memfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Mei lalu menerusi peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman.

Pasangan itu mendakwa beberapa jam selepas mendarat di Bangkok pada 20 April lalu, mereka dimaklumkan oleh rakan-rakan yang sebahagian daripada  salinan pas masuk mereka telah muncul di akaun Facebook yang dikenali sebagai "Kami sokong Liyana Manan" termasuk 1,000 komen yang mengejek mereka.

"Biarlah apa orang nak cakap tentang perkara itu kerana saya sudah serahkan kepada peguam dan saya dinasihatkan tidak mengulas panjang mengenai perkara ini," katanya.

Bagaimanapun Hanez mengakui ada menerima panggilan daripada pihak MAS selepas memfailkan saman dan respon diberikan positif. Dalam perkembangan lain, Hanez berkata dia kini sedang sibuk dengan latihan teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan.

Teater terbitan Mask Team itu membariskan barisan pelakon Izzue Islam, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Sherry Alhadad dan Kilafairy.


Sumber - mStar Online

Ada Pihak Mahu Tutup Periuk Nasi Akhil Hayy

Akhil jadi mangsa............

PETALING JAYA: Penyanyi dan pendakwah bebas Akhil Hayy mendakwa seorang individu berpengaruh cuba menyekat namanya daripada terlibat dengan beberapa program terbitan sebuah stesen televisyen.

Akhil atau nama sebenar Akhil Abdul Hayy, 44, berkata, dia menyedari perkara itu selepas mendapati sudah beberapa kali namanya digugurkan pada saat-saat akhir sebelum menyertai sesebuah rancangan.

"Saya tiada masalah dengan stesen televisyen berkenaan sebaliknya ada seorang individu dalam stesen itu yang cuba menyekat periuk nasi saya.

"Dia menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi orang lain sehingga mereka gugurkan nama saya tanpa memberi alasan," katanya kepada mStar Online, di sini, Khamis.

Akhil ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Andai Esok di Pua Herritage, Amcorp Mall, di sini.

Dia sepatutnya terlibat dengan sebuah telefilem berjudul Rock Sangkut yang diterbitkan syarikat milik Mawi namun terpaksa digantikan dengan seorang pelakon lain selepas namanya ditolak.

Katanya, bukan itu sahaja, malah beberapa program keagamaan popular yang pada mulanya menawarkan dia sebagai juri juga ditarik balik tanpa sebarang alasan.

"Sudah empat tahun perkara ini terjadi. Ia seperti masalah peribadi individu itu sendiri kerana pihak stesen beberapa kali cadangkan nama saya tetapi digugurkan pada saat-saat akhir,” katanya kesal.

Bagaimanapun, dia biarpun tidak muncul di televisyen, dia masih aktif menyebarkan dakwah di masjid dan juga surau.

Dalam pada itu, single Andai Esok  dicipta oleh Badhisham, manakala lirik ditulis oleh Hairul Anuar Harun.

Menurut Akhil, lagu keagamaan ini merupakan sumbangannya kepada umat Islam sebelum dia meninggal dunia.

"Lagu ini menceritakan tentang perjalanan hidup manusia dan saya harap dapat ia memberi kesan kepada orang yang mendengarnya," kata Akhil.


Sumber - mStar Online

Tuesday, May 27, 2014

INFO UNTUK DIKONGSI - FAKTA ILMIAH DAN HIKMAH KENAPA BABI HARAM DIMAKAN


Yakinlah Apa yang diharamkan Allah pasti ada hikmah yang terkandung didalamnya. seperti hikmah diharamkannya memakan daging babi

”Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi – karena sesungguhnya semua itu kotor – atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al An `am (6) : 145)

Fakta Babi Tidak Layak untuk di konsumsi :

1. Apakah anda tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? Ya, karena mereka tidak memiliki leher, sesuai dengan anatomi alamiahnya. Bagi orang yang beranggapan kalau babi memang harus disembelih dan layak bagi konsumsi manusia, tentu Sang Pencipta akan merancang hewan ini dengan memiliki leher.

2. Konsumen daging babi sering mengeluhkan bau pesing pada daging babi (menurut penelitian ilmiah, hal tersebut disebabkan karena praeputium babi sering bocor, sehingga urine babi merembes ke daging).

3. Babi adalah hewan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi hewan lain. Ia melahap semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, kotoran manusia, hewan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada tersisa.

4. Kadang ia mengencingi kotorannya dan memakannya jika berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran hewan. Babi adalah hewan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama jika dibiarkan. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang tidak sedap.

5. Penyakit-penyakit cacing pita merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang dapat terjadi karena mengonsumsi daging babi. Cacing berkembang di bagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita bisa mencapai sekitar ”1000 ekor dengan panjang antara 4 – 10 meter”, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).

6. Daging babi merupakan penyebab utama kanker anus & kolon. Persentase penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastis, terutama di negara-negara Eropa, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara negara Islam, persentasenya amat rendah, sekitar 1/1000. Itulah Beberapa alasan Kenapa Allah S.W.T melarang kita Memakan daging Babi.Subhanallah .

Inilah Sepuluh Alasan Mengapa Islam Mengharamkan Babi

REPUBLIKA.CO.ID, SCOLAND - Ajaran Islam mengharamkan umatnya mengkonsumsi daging babi dan atau memanfaatkan seluruh anggota tubuh babi. Berikut sepuluh alasan mengapa babi diharamkan.

Pertama, babi adalah container (tempat penampung) penyakit.

Beberapa bibit penyakit yang dibawa babi seperti Cacing pita (Taenia solium), Cacing spiral (Trichinella spiralis), Cacing tambang (Ancylostoma duodenale), Cacing paru (Paragonimus pulmonaris), Cacing usus (Fasciolopsis buski), Cacing Schistosoma (japonicum), Bakteri Tuberculosis (TBC), Bakteri kolera (Salmonella choleraesuis), Bakteri Brucellosis suis, Virus cacar (Small pox), Virus kudis (Scabies), Parasit protozoa Balantidium coli, Parasit protozoa Toxoplasma gondii

Kedua, daging babi empuk.

Meskipun empuk dan terkesan lezat, namun karena banyak mengandung lemak, daging babi sulit dicerna. Akibatnya, nutrien (zat gizi) tidak dapat dimanfaatkan tubuh.

Ketiga, menurut Prof. A.V. Nalbandov (Penulis buku : Adap-tif Physiology on Mammals and Birds) menyebutkan bahwa kantung urine (vesica urinaria) babi sering bocor, sehingga urine babi merembes ke dalam daging. Akibatnya, daging babi tercemar kotoran yang mestinya dibuang bersama urine.

Keempat, Lemak punggung (back fat) tebal dan mudah rusak oleh proses ransiditas oksidatif (tengik), tidak layak dikonsumsi manusia.

Kelima, babi merupakan carrier virus/penyakit Flu Burung (Avian influenza) dan Flu Babi (Swine Influenza).

Di dalam tubuh babi, virus AI (H1N1 dan H2N1) yang semula tidak ganas bermutasi menjadi H1N1/H5N1 yang ganas/mematikan dan menular ke manusia.

Keenam, menurut Prof Abdul Basith Muh. Sayid berbagai penyakit yang ditularkan babi seperti, pengerasan urat nadi, naiknya tekanan darah, nyeri dada yang mencekam (Angina pectoris), radang (nyeri) pada sendi-sendi tubuh.

Ketujuh, Dr. Murad Hoffman (Doktor ahli & penulis dari Jerman) menulis bahwa Memakan babi yang terjangkiti cacing babi tidak hanya berbahaya, tapi juga menyebabkan peningkatan kolesterol tubuh dan memperlambat proses penguraian protein dalam tubuh.
Ditambah cacing babi Mengakibatkan penyakit kanker usus, iritasi kulit, eksim, dan rheumatic serta virus-virus influenza yang berbahaya hidup dan berkembang di musim panas karena medium (dibawa oleh) babi.

Kedelapan, penelitian ilmiah di Cina dan Swedia menyebutkan bahwa daging babi merupakan penyebab utama kanker anus dan usus besar.

Kesembilan, Dr Muhammad Abdul Khair (penulis buku : Ijtihaadaat fi at Tafsir Al Qur’an al Kariim) menuliskan bahwa daging babi mengandung benih-benih cacing pita dan Trachenea lolipia. Cacing tersebut berpindah kepada manusia yang mengkonsumsi daging babi.

Kesepuluh, DNA babi mirip dengan manusia, sehingga sifat buruk babi dapat menular ke manusia. Beberapa sifat buruk babi seperti, Binatang paling rakus, kotor, dan jorok di kelasnya, Kemudian kerakusannya tidak tertandingi hewan lain, serta suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri dan Kotoran manusia pun dimakannya. Sangat suka berada di tempat yang basah dan kotor. Untuk memuaskan sifat rakusnya, bila tidak ada lagi yang dimakan, ia muntahkan isi perutnya, lalu dimakan kembali. Lebih lanjut Kadang ia mengencingi pakannya terlebih dahulu sebelum dimakan.

Selain kesepuluh alasan diatas ternyata ada beberapa penyakit lain yang dapat disebabkan oleh babi seperti kholera babi (penyakit menular berba-haya yang disebabkan bakteri), keguguran nanah (disebabkan bakteri prosilia babi), kulit kemerahan yang ganas (mematikan) dan menahun, Penyakit pengelupasan kulit, dan Benalu Askaris, yang berbahaya bagi manusia.

Ikuti video fakta ilmiah kenapa Umat Islam tidak dibenarkan memakan babi.......


Monday, May 26, 2014

KONGSI INFO - MANDI WAJIB : Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?


Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam. 


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain.

Sunday, May 25, 2014

STYLE ARTIS HOLLYWOOD, BUAT ANAK DULU BARU BERKAHWIN - Kim Kardashian & Kanye West Akhirnya Berkahwin

Kim Kardashian dan Kanye West

Kim dan Kanye selamat disatukan sebagai suami isteri selepas melamar wanita berkenaan pada Oktober tahun lalu.

Pasangan selebriti terkenal Kim Kardashian dan Kanye West akhirnya disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Florance, Itali pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Daily Mail, Kim mengenakan gaun mewah rekaan Givenchy dan diiringi oleh bapa tirinya, Bruce Jenner untuk diserahkan kepada Kanye sebelum upacara pernikahan bermula.

Seramai 600 tetamu hadir pada majlis berkenaan termasuk bintang terkenal seperti Andrea Bocelli, Jayden Smith dan John Legend.

Anggun...Kim menggayakan baju rekaan Givenchy pada hari bahagianya itu.
Peminat yang menunggu diluar kawasan majlis itu turut dapat merasai kemeriahan perkahwinan itu apabila beberapa das bunga api dilepaskan sejurus mereka selesai disatukan sebagai suami isteri.

Menurut sumber yang menyaksikan perkahwinan itu berkata, Kim dan Kanye kelihatan begitu gembira dan sering berpegangan tangan sepanjang acara itu berlangsung.

Penyanyi Andrea Bocelli turut menyampaikan beberapa buah lagu romantiknya pada majlis berkenaan diikuti John Legend dengan lagunya, All of Me.

Ini adalah perkahwinan pertama buat Kanye manakala ketiga buat Kim.


Sumber - mStar Online

Zizan Razak Tewas Bukan Kerana Kontroversi

Zizan tidak melihat kontroversi yang melanda kerjayanya sebagai punca dia tidak berjaya membawa pulang sebarang trofi pada ABPBH 2013.

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Zizan Razak menyangkal dakwaan kononnya dia gagal meraih sebarang trofi pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) kerana namanya dikaitkan dengan beberapa kontroversi.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 30, berkata, sekiranya faktor tersebut diambil kira dia yakin namanya tidak akan tersenarai sejak pencalonan awal kerana para peminatnya dan pengundi sudah bijak untuk menilai seseorang artis.

"Alhamdulillah, sudah tercalon dalam lima kategori pun sudah dikira cukup bagus dan rasanya bukan kerana kontroversi saya gagal mendapat sebarang trofi kerana peminat hari ini sudah bijak menilai.

"Tambahan pula kontroversi yang melibatkan saya tidaklah seteruk mana sehingga ia mampu membuatkan peminat membenci saya," katanya.

Menerusi ABPBH 2013, Zizan dicalonkan dalam lima kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular, Pengacara TV Lelaki Popular, Gandingan Serasi di Layar Perak dan Artis Berpengaruh di Laman Sosial.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak kecewa apabila gagal membawa pulang sebarang trofi kerana apa yang berlaku diluar kawalannya selain soal rezeki ditentukan oleh Allah.

Jelas Zizan, keputusan yang dibuat peminat perlu diterima dengan baik dan bersyukur apabila ahli kelab peminatnya sentiasa berada disisinya dan memberi sokongan kuat terhadap kerjayanya.

"Tanpa peminat saya tidak mungkin akan berdiri di sini pada hari ini dan sokongan tidak berbelah bahagi mereka membuatkan saya kuat dan bersemangat untuk terus memberikan terbaik dalam kerjaya saya," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2013 buat kali kedua, Zizan berkata, Aaron layak menerima penghargaan berkenaan dan ia tidak seharusnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

"Saya bangga dengan Aaron atas pencapaian mereka dan dia berhak menerima anugerah tersebut malah saya turut tumpang gembira dengan kemenangan sahabat lain seperti Datuk AC Mizal dan Jep Sepahtu," jelasnya.


Sumber - mStar Online

Saturday, May 24, 2014

TERBONGKAR - Dyana kenapa perlu berbohong?

Lawyer?

Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam Haezreena Begum Abdul Hamid tampil membuat kenyataan menyelar tindakan Dyana itu.

Menurut Haezreena seseorang yang hanya memperolehi ijazah undang-undang dan tidak melaksanakan tugas hariannya sebagai peguam atau dalam bahasa mudah tidak berdaftar dengan Majlis Peguam tidak boleh dikategorikan sebagai Peguam.

“Dia tidak harus mempromosikan dirinya sebagai seorang peguam, (tambahan pula) dia tidak mempunyai Sijil Annual dan Sijil Amalam Peguam” katanya kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Beliau yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang dan berdaftar dengan Majlis Peguam menyifatkan tindakan Dyana itu sebagai alpa dan bodoh.

“Pada saya sekiranya wakil calon yang tidak berterus terang berkenaan dengan professionnya secara jelas menunjukkan kealpaan dan kebodohannnya dan tidak boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya.

“Dia hanyalah seorang graduan undang-undang dan bukannya menjalankan amalan sebagai seorang yang berprofesion guaman maka dia harus membetulkan kenyataan bahawa beliau merupakan seorang peguam” katanya lagi.

Dyana sebelum ini mendakwa dirinya masih seorang peguam, namun menurutnya sijil peguamnya telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui kerana ingin memberikan fokus di dalam bidang politik.


Sumber - AIDC

L/Kpl Munir bin Mansor dari Balai Polis Pagoh mulianya hati anda............


Kalaulah ibu kucing ini boleh berkata-kata.......... sudah tentu ucapan terima kasih akan diucapkan olehnya

Bahu kanan anda semakin berat dengan pahala yang anda buat manakala bahu kiri anda semakin ringan berkat keampunan daripada Allah S.W.T............. Hati saya terusik dan tanpa saya sedar saya  mengalirkan air mata apabila melihat gambar anda sedang menyelamatkan haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W. 

Mungkin anda tidak mendengarnya, tapi percayalah, ibu kucing tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada anda dan mendoakan kesejahteraan anda diberikan hidayah seterusnya daripada Allah S.W.T. kerana menyelamatkan anaknya daripada dihanyutkan air................. saya sendiri dapat merasakannya. Amin.

Lihat gambar2 disini..........










Wednesday, May 21, 2014

Video ini menyentuh hati kepada sesiapa yang melihatnya. (15 gambar & Video)


Dalam video ini akan memperlihatkan bagaimana reaksi orang ramai apabila melalui hadapan sebuah kedai di Bahnhofstrasse Zurich yang mempamerkan pakaian-pakaian keluaran mereka, tetapi apa yang peliknya patung model yang diletakkan didalam cermin tersebut kesemuanya kelihatan seperti orang kurang upaya (OKU).

Sebenarnya patung-patung ini direka khas untuk menyedarkan orang ramai agar dapat membantu orang kurang upaya oleh sebuah pertubuhan Pro Infirmis, sebuah organisasi yang membantu orang kurang upaya untuk Hari Antarabangsa Orang Kurang Upaya.

Ia direka untuk memprovokasi refleksi pada penerimaan terhadap orang kurang upaya oleh masyarakat.

Kebanyakkan orang ramai yang melalui kedai tersebut menunjukkan pelbagai reaksi, ada yang tersenyum, hairan dan tidak kurang juga ada yang mengejek.

Pameran ini diberi tajuk "Because who is perfect? Get closer."

Kesemua model patung-patung tersebut telah direka mengikut ukuran OKU yang sebenar........... lihat gambar dan videonya disini............


















Sumber - The Francisco Globe

Tuesday, May 20, 2014

Mengagumkan - Hasil kerja tangan yang sangat menarik......... menyesal kalau tak tengok. (14 gambar & 1 Video)

Hanya dibentuk dari cawan


Mengagumkan - Hanya cawan kertas, air hujan dan pewarna makanan boleh menjadikan lukisan ini menarik dan terbesar di dunia. (Video)

Untuk menyedarkan manusia tentang krisis air dan bagaimana pentingnya air terhadap kehidupan manusia sekumpulan artis yang dikenali sebagai Bela bersama 100 sukarelawan telah berjaya membentuk sebuah lakaran artistik yang sangat menarik dan sangat luar biasa.

Sebanyak 66,000 cawan ‘compostable and biodegradable’, 15,000 liter air hujan yang diwarnakan, 1 kg pewarna makanan, 100 sukarelawan dengan 62 jam masa berkerja mereka telah menyusun cawan-cawan tersebut hingga terbentuk seorang bayi yang masih didalam kandungan ibunya.

Lihat gambar2 dibawah ini........
















66,000 biji cawan tersebut jika diatur sepanjang jalan dan diukur adalah sepanjang adalah sepanjang 5.2km panjangnya.

Lihat videonya disini..............


Source - The San Francisco Globe